Friday, September 28, 2012

Sate Goreng

Satay Goreng
Resepi untuk satay goreng
Bahan-bahannya:-
  • 1 kg Daging (dipotong dadu)
Bahan utk dikisar:-
  • 1 inci Kunyit
  • 2 inci Lengkuas
  • 4 btg Serai
  • 6 bj Bawang putih
  • 1 sb Lada sulah biji
  • 2 sk Jintan halus - disangai
  • 3 sb Ketumbar - disangai
  • Garam, gula merah dan gula pasir secukup rasa.
Cara memasak:-
  1. Perapkan daging bersama bahan kisar. Seeloknya semalaman.
  2. Goreng daging, masukkan garam, gula merah dan gula pasir.  Goreng hingga garing.  Jika daging masih tidak lembut, boleh tambahkan air, byk pun boleh sehingga daging lembut.

Kuah Sate Kacang

Kuah satay kacang
Resepi untuk kuah satay kacang
Bahan-bahnnya:-
  • 1pkt Kacang tanah yg hancur
  • 1 senduk Lada kering kisar
  • 2bj  Bawang merah besar - dikisar
  • 4bj  Bawang putih - dikisar
  • 3btg Serai - dikisar
  • 1 1/2inci Lengkuas - dikisar
  • 1 1/2inci Halia - dikisar
  • Gula merah secukup rasa
  • Gula pasir dan garam secukup rasa
  • Asam jawa secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara memasak:- 
  1. Panaskan kuali dengan minyak, setelah panas, masukkan kesemua bahan kisar dan tumis lagi sehingga garing.  Masukkan lada kering yang telah dikisar dan ditumis lagi. setelah garing, masukkan kacang tumbuk dan dikacau.
  2. Masukkan air asam jawa (lebihkan airnya untuk sambal tersebut masak lama sedikit dan tidak terlalu pekat).
  3. Setelah sedikit pekat, masukkan gula merah, gula pasir dan garam secukup rasa.

Kek Kukus Gula Hangus

Kek Kukus Gula Hangus
Resepi untuk Kek Kukus Gula Hangus


Bahan-bahannya:
1 cawan    Tepung gandum
1 cawan    Susu pekat
4 biji         Telur
1 s/k         Esen vanilla
1 s/k         Bikarbonat soda
1 s/k         Baking Powder

Untuk membuat Gula Hangus
1 cawan    Gula pasir
1 cawan    Air panas
2 s/b         Butter


Cara Memasak:
  1. Masukkan gula ke dalam kuali dan masak sehingga menjadi perang (biarkan gelap sedikit, tetapi jangan sampai hangus).  Setelah itu masukkan air panas (masukkan sedikit dahulu dgn hati-hati kerana ianya akan meletup sedikit).  Akhir sekali masukkan butter dan kacau sehingga butter cair.  Ketepikan dan biarkan sejuk.
  2. Ayakkan tepung gandum bersama bikarbonat soda dan baking powder.  Ketepikan.
  3. Pecahkan semua telur ke dalam mangkuk dan dikacau menggunakan whisk tangan (tidak perlu menggunakan mixer kerana ianya boleh menyebabkan kek menjadi kering).
  4. Setelah itu masukkan susu pekat dan gaul lagi sehingga sebati.
  5. Setelah itu masukkan tepung sedikit demi sedikit (sila gunakan senduk) jika adunan tidak larut, maksudnya masih ada ketulan tepung, jangan risau, teruskan dengan meletakkan esen vanila dan seterusnya gula hangus tadi.  Kacau sehingga sebati.
  6. Oleskan loyang dengan butter.  
  7. Sebelum dimasukkan ke dalam loyang, tapiskan adunan tadi dan masukkan ke dalam loyang yang telah dioleskan dengan butter tadi.  Tutup dengan aluminium foil, kalau boleh diikat sekeliling untuk mengelakkan dari wap masuk.
  8. Biarkan adunan yang sudah bertutup tadi lebih kurang 2-3 jam untuk mendapatkan lubang 'sarang semut' :)
  9. Setelah 3 jam baru lah di kukus selama 1 jam.
 **tips: 
1.  gula tu boleh dikacau, dont worry, biarkan atas kuali gunakan senduk kacau pun boleh biarkan sampai gelap, jgn risau, rasa dia akan sedap rasa gula dah hangus mcm rasa coklat. warna dia akan hitam. kalau nak lagi hitam, sis pernah cuba tambah 2 s/k koko plus air panas sikit and tuang, lagi sedap rasa dia...

2. pukul telur jgn lama....dia akan keringkan kek, pukul sekadar telur kuning pecah n rata dah mencukupi sbb nanti kita kacau lagi bila masuk susu n tepung kan...and masa masukkan susu n tepung pun jgn kacau bayk sgt, hasilnya kek akan lembab n lembut.....lagi satu tip ialah aluminium foil mesti nak tutup loyang kek tu, kalau letak kain pada penutup pun tak dapat secantik klu letak alumuminium foil pada loyang

Ikan Bilis & Kacang Pedas


Ayam Masak Merah mixed fruits