Tuesday, November 23, 2010

Kek Kelapa



Bahan-bahannya
  • 5 biji telur
  • 200gm butter (1 buku)
  • 1 cawan gula (dikisar halus)
  • 1 3/4 tepung naik sendiri (Blue KEY)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 6 sudu besar kelapa kering (ikut suka)
Cara-cara membuatnya
  1. Panas kan oven 190c
  2. Pukul butter bersama gula hingga kembang/ putih
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang
  4. Masukkan esen vanila dan susu pekat
  5. Masukkan tepung dan pukul lagi
  6. Masukkan kelapa kering dan pukul untuk meratakan adunan
  7. Alaskan loyang dengan kertas minyak dan sapukan sedikit bata di keliling loyang dan atas kertas minyak tersebut
  8. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang, hentak-hentakkan sedikit untuk meratakan adunan di dalam loyang dan untuk mengeluarkan angin yang terperangkap.
  9. Di bakar selama 30-35 min, angkat dan boleh lah dihidangkan.

Daging Masak Lemak Lada Kering


Bahan-bahannya
  • 1 kg daging - direbus hingga empuk dan dihiris-hiris
  • Lada kering - dikisar 
  • 3 biji bawang merah besar -dikisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 inci kunyit - dikisar
  • 2 inci  lengkuas - dikisar
  • 1 batang serai - dikisar
  • 1 keping asam keping
  • 1 kotak santan
  • 2 biji kentang - dibelah 4
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya
  1. Panaskan minyak ke dalam periuk, bila sudah panas, tumiskan kesemua bahan kisar hingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan separuh santan dan tambahkan air, gaul dan masukkan daging, kentang, asam keping dan biarkan hingga mendidih.
  3. Setelah mendidih, masukkan separuh lagi santan ke dalam periuk, dikacau hingga mendidih dan masukkan tomato dan garam secukup rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Thursday, November 18, 2010

Kek Batik Ucu




Bahan-bahannya
  • 300gm biskut Marie - Munchy brand
  • 1 buku butter
  • 1/2 cawan milo
  • 1/2 cawan koko
  • 1/2 cawan gula
  • 1/4 tin susu pekat (tin kecil)
  • 1 cawan air
  • 3 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit chocolate chip - untuk hiasan
  • Sedikit colored star chip - untuk hiasan


Cara-cara membuatnya
  1. Masukkan milo, gula, koko, susu, air, esen vanila dan kacau hingga sebati.
  2. Pecah-pecahkan biskut Marie menjadi serpihan yang kecil.
  3. Cairkan butter kedalam periuk dengan api yang kecil, setelah cair, masukkan ke semua bahan-bahan yang di kacau tadi dan masukkan telur dan kacau hingga sedikit pekat.
  4. Setelah pekat, masukkan biskut dan kacau hingga rata.
  5. Angkat dan masukkan adunan tadi ke dalam bekas, tekan-tekankan hingga padat dan taburkan hiasan.
  6. Setelah siap biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Friday, November 12, 2010

Kek Batik


Bahan-bahannya
  • 1 buku buttercup 
  • 1 paket kecik milo – RM 4.60
  • 1 tin susu cair Carnation 
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar gula
  • 300gm Biskut Marie Munchy’s 


Cara membuatnya
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dengan api perlahan kecuali biskut Marie.
  2. Kacau sume tadi hingga pekat.
  3. Tutup api. Masukkan biskut Marie dan kacau hingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam loyang atau tupperware dan mampatkan.
  5. Masukkan dalam peti sejuk untuk lebih sedap dan sedia untuk dimakan...

Thursday, November 11, 2010

Kacang Panjang Masak Lemak


Bahan-bahannya
  • Kacang panjang - dipotong-potong
  • 2 biji lada merah - dihiris
  • 1 biji lada hijau - dihiris
  • 1 biji bawang merah besar - dihiris
  • 2 sudu kecil kunyit serbuk
  • Beberapa ekor udang basah
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 sudu  Pasti Sedap Knorr
  • Santan secukupnya
Cara-cara membuatnya
  1. Masukkan santan, air dan semua bahan-bahan kecuali kacang panjang.  Biarkan hingga mendidih.
  2. Setelah mendidih baru lah dimasukkan kacang panjang dan sedikit lagi santan kotak untuk memekatkan kuah, dikacau sebentar dan boleh lah di angkat.
Tips:

Untuk sayur yang lebih rangup dan sedap, masak air didalam periuk setelah mendidih, masukkan kacang yang telah dipotong, biarkan selama 1 min, angkat dan toskan.

Didalam mangkuk/periuk yang lain, sediakan air yang sejuk atau boleh lah ditambahkan air batu, masukkan sayur kacang tadi kedalam mangkuk tersebut, biarkan lebih kurang 2 min dan di toskan airnya.

    Ayam masak Asam Pedas Lada Hitam

    Ayam Masak Asam Pedas Lada Hitam
    Bahan-bahannya
    • 1 ekor ayam (potong ikut suka)
    • Daun kesom
    • 1 batang serai - dititik
    • 1 kuntum bunga kantan - dibelah dua
    • 1 sudu kecil pes asam jawa
    • Sedikit garam
    • Sedikit kicap manis
    • 1 mangkuk air
    • Minyak untuk menumis
    Bahan dikisar
    • 5 sudu besar lada kering yang sudah dikisar
    • 5 biji lada merah 
    • 3 sudu kecil lada hitam 
    • 3 biji bawang merah besar 
    • 2 biji bawang putih
    • 3 cm halia 
    • 3 cm kunyit hidup
    • 2 cm belacan
    Cara-cara membuatnya
    1. Tumis bahan yang dikisar hingga benar-benar garing.
    2. Setelah garing masukkan ayam dan air, biarkan mendidih, setelah mendidih masukkan asam jawa, serai, bunga kantan, daun kesom, garam secukup rasa dan sedikit kicap manis.
    3. Setelah ayam masak, boleh lah diangkat dan dihidangkan.

    Wednesday, November 10, 2010

    Daging Masak Berempah Lada Hitam

    Bahan-bahannya
    • 1 kg daging direbus dan dihiris nipis
    • 1 mangkuk kecil air rebusan daging
    • 2 biji lada merah di belah 4 (memanjang)
    • 1 biji lada hijau dibelah 4 (memanjang)
    • 2 biji bawang merah besar di hiris bulat
    • 2 biji kentang di hiris nipis
    • 1 paket rempah penumis
    • Sedikit minyak untuk menumis
    • Kicap manis
    • Kicap masin
    Bahan dikisar
    • 4 biji lada merah
    • 4 biji lada hijau
    • 3 biji bawang merah besar
    • 2 biji bawang putih
    • 4 sudu kecil lada hitam


    Cara-cara membuatnya
    1. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing, setelah garing, masukkan daging , hirisan kentang dan air rebusan daging dan biarkan mendidih.
    2. Setelah air sedikit kering, masukkan lada merah dan hijau yang di potong 4 bersama bawang merah yang dihiris bulat, kacau.
    3. Masukkan kicap masin dan manis secukupnya dan boleh lah diangkat untuk dihidangkan.

    Sunday, November 7, 2010

    Ketola Masak Air


    Bahan-bahannya
    • 2 batang ketola - dibuang kulitnya dan dipotong bulat
    • 1 biji lada merah - dihiris
    • 1 biji lada hijau - dihiris
    • 1 biji bawang merah besar - dihiris
    • 1 biji bawang putih
    • 1 biji tomato - dibelah 4
    • 1 sudu besar udang kering
    • 1 biji telur
    • 1 sudu - Pasti Sedap Knorr
    • Minyak untuk menumis
    Cara-cara membuatnya
    1. Panaskan minyak kedalam periuk, bila panas, masukkan bawang putih, setelah naik bau, masukkan bahan-bahan yang dihiris, setelah garing, masukkan air, setelah mendidih, pecahkan telur kedalam periuk dan masukkan ketola, tomato dan biarkan sebentar, setelah mendidih semula baru masukkan  Pasti Sedap Knorr dan sedia untuk dihidangkan.

    Sambal Tumis Santan Petai

    Bahan-bahannya

    • 1 kg udang basah - dibuangkan kepala dan tinggalkan bahagian ekornya.
    • Petai - dibuang kulit
    • 6 sudu besar Lada yang telah dikisar
    • 5 biji lada merah
    • 2 biji bawang merah besar- dikisar
    • 2 biji bawang putih - dikisar
    • 1 inci belacan
    • 1 batang serai - diketuk
    • 2 sudu kecil pes asam jawa
    • Minyak untuk menumis
    • Garam secukup rasa
    • Gula secukup rasa
    Cara-cara membuatnya
    1. Panaskan minyak ke dalam kuali, setelah panas tumiskan bahan-bahan yang dikisar dan tumis sehingga cukup garing (untuk menggaringkan tumisan, kecil kan api dan biarkan bahan ditumis hingga garing).
    2. Masukkan udang, petai, serai,pes asam jawa, garam,  gula dan kacau untuk seketika dan boleh lah di angkat.

    Thursday, November 4, 2010

    Bread Pudding/ Puding Roti

    Bread pudding ni sesuai sgt di hidangkan untuk minum ptg atau at any occasion for dessert menu....dan ianya di makan berasama sos/kuah sama seperti kuah Pudding Berkuah

    Bahan-bahannya
    • 1 bantal roti
    • 8 biji telur
    • 1 tin susu cair
    • 1 tin air (sukatan dari tin susu cair tadi)
    • 1/2 cawan gula
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 1 sudu kecil serbuk kayu manis (kalau tak suka tak perlu letak) 
    Cara-cara membuatnya
    1. Pukulkan telur (tak perlu hingga kembang)
    2. Masukkan gula, susu cair dan air, kacaukan hingga gula larut
    3. Masukkan 1 sudu esen vanila.
    4. Potong roti kecil2 seperti didalam gambar dan susun ke dalam mangkuk, setelah itu masukkan bahan yang dipukul tadi ke dalam mangkuk roti, biarkan ia kembang dan biarkan selama 10 min.  Tabur kan kismis dan serbuk kayu manis.
    5. Setelah 10 min masukkan ke dalam kukus yang telah dipanaskan sebelumnya. Kukus lebih kurang 20 min atau sehingga masak.
    6. Setelah masak di keluarkan dari kukus dan sedia untuk dimakan.  Lagi sedap kalau kuahnya disimpan didalam peti sejuk.  Untuk kuahnya sila klik disini Pudding Berkuah
    Tips:
    Pudding roti ni tak boleh di potong-potong, terus di ambil menggunakan sudu atau senduk dan masukkan ke dalam mangkuk kecil dan tuangkan kuahnya

    Cencaru Sumbat Sambal


    Bahan-bahannya
    • 10 ekor ikan cencaru (saiz sederhana) 
    • 3 sudu besar lada kering yang sudah dikisar
    • 2 biji lada merah - dikisar
    • 3 biji bawang merah besar - dikisar
    • 2 biji bawang putih - dikisar 
    • sedikit belacan - dikisar bersama bawang
    • 1 sudu kecil asam jawa
    • Sedikit garam dan gula
    Cara-cara membuatnya
    1. Ikan sela dipotong tepi dan jgn dipotong di bahagian kepala.
    2. Campurkan bahan yang dikisar bersama asam jawa, garam dan gula.  Jika bahan kisar terlebih air, boleh lah dimasakkan bahan tumis kedalam periuk untuk mengurangkan air bahan tadi sebelum disumbatkan kedalam ikan.
    3. Sumbatkan bahan tersebut kedalam ikan.
    4. Goreng ikan kedalam kuali.  Untuk ikan masak keseluruhan, lebihkan minyak sewaktu menggoreng.  Setelah ikan masak bolehlah diterbalikkan ikan dan masak seterusnya.

    Monday, November 1, 2010

    Mee Goreng Basahzz


    Mee goreng basah yang sungguh sedap, makan sekali akan nak dan nak dan nak lagi!...


    Bahan-bahannya
    • 1 bungkus Mee siam - rendam kan dalam air, biarkan semalaman
    • 3 sudu besar lada Kering yang telah dikisar
    • 2 biji bawang merah besar - dikisar
    • 1 biji bawang putih  - dikisar
    • 2 sudu besar udang kering -  dikisar 
    • Daun kucai
    • Daun sawi
    • Taugeh
    • Fish Sandwich
    • Tomato sos secukup  rasa
    • Cili sos secukup rasa
    • 4 sudu besar Sos tiram
    • Kicap manis secukup rasa
    • 400 gm Udang basah
    • 600gm Daging - direbus dan di potong nipis
    • Beberapa keping fish sandwich
    • Buah tomato - dibelah 6

    Hiasan
    • Lada merah - dihiris nipis
    • Lada Hijau - dihiris nipis
    • Daun sop - di hiris


    Cara-cara membuatnya
    1. Panaskan kuali dan tumis bahan yang untuk dikisar hingga garing, setelah garing masukkan sos tiram, cili sos, tomato sos dan kacau.
    2. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan udang.
    3. Seterusnya selepas garing, masukkan mee, sawi, tomato, kucai,  taugeh, fish sandwich dan di kacau.  Akhir sekali masukkan sedikit air rebusan daging untuk melembutkan mee tadi.  Setelah lembut dan cukup rasa, boleh lah di angkat dan di hiaskan dengan daun sop, lada merah dan lada hijau.

    Creamy Marble Cake

    Bahan-bahannya
    • 8 biji kuning telur
    • 4 biji putih telur - dipukul hingga putih
    • 1 buku butter (butter cap tong)
    • 2 cawan tepung naik sendiri
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 1 sudu besar susu pekat
    • 1/2 cawan air masak
    • 1 3/4 gula ising
    • Pewarna kuning, merah, coklat

    Cara-cara membuatnya
    1. Pukulkan butter bersama gula hingga kembang.
    2. Masukkan telur kuning dan pukul lagi untuk beberapa min.
    3. Masukkan esen vanila, susu, air masak dan pukul utk meratakan bahan-bahan tadi.
    4. Seterusnya masukkan telur putih yang telah dipukul hingga putih dan kembang, pukul lagi.
    5. Akhir sekali masukkan tepung sikit demi sedikit dan memukul.  Setelah semuanya rata, asingkan kepada 3 bahagian dan warna kan setiap satu bahagian dgn warna-warna yang berlainan.
    6. Panaskan oven 190 c 
    7. Letakkan adunan ke dalam acuan berselang-seli warna mengikut kesukaan masing-masing (terlebih dahulu sapukan acuan tersebut dengan butter, untuk elak dari melekat)
    8. Setelah itu, ambil lidi atau garpu kacau-kacaukan pada adunan tersebut utk meratakan warna dan sedia untuk di bakar.
    9. Bakar selama 25-30 min.