Tuesday, December 14, 2010

Ayam Masak Kicap Special


Bahan-bahannya
  • 1/2 ekor Ayam - dipotong kecil 
  • Sedikit garam
  • Sedikit kunyit serbuk
  • 1 paket kecil rempah penumis
  • 4 biji lada merah - dihiris
  • 3 biji lada hijau - dihiris
  • 3 biji bawang merah besar - dihiris
  • 2 biji bawwang putih - diketuk
  • 1 inci halia - dihiris halus
  • 1/2 inci kunyit - dihiris
  • 1 batang bunga kantan - dibelah dua
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Kicap masin secukup rasa
  • Kicap manis secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 1 sudu besar tepung jagung (utk pekatkan kuah)
Cara memasak
  1. Gaulkan ayam yang terlah dipotong tadi bersama garam dan kunyit serbuk dan digoreng garing, ketepikan.
  2. Tumiskan rempah penumis biarkan seketika dan masukkan bahan-bahan yang dihiris dan bawang putih, tumis hingga garing.
  3. Masukkan, sos tiram, lada sulah, bunga kantan dan serai dan tumis lagi.  
  4. Setelah naik bau, baru masukkan air (ikut banyak mana kuah yang diperlukan), kicap masin dan kicap manis...setelah mendidih, masukkan ayam, biarkan seketikan dan masukkan bancuhan tepung jagung kedalam cawan, kacau bersama suku cawan air dan masukkan ke dalam masakkan tadi, bila masakan pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Friday, December 10, 2010

Ikan Goreng Sambal Lada Merah


Masakkan ni sedap kalau dimakan bersama sayur yang berkuah, seperti kacang boncis masak lemak, kobis masak lemak, sawi masak air atau pun sop sayur....

Bahan-bahannya
  • Ikan sela - di ratakan dengan kunyit dan garam dan digoreng
  • 5 biji bawang merah besar - dikisar
  • 2 biji bawang merah besar - dihiris
  • 10 biji lada merah - dikisar
  • 2 sudu besar tomato sos
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Minyak untuk memasak
Cara memasak
  1. Panaskan minyak kedalam periuk, apabila panas tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga garing.
  2. Setelah garing masukkan tomato sos, sedikit air dan bawang yang dihiris, tumis lagi hingga sedikit garing, setelah itu baru lah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Angkat dan simbahkan keatas ikan goreng tadi.

Thursday, December 9, 2010

Spaghetti Bolognese


Bahan-bahannya
  • 1 paket daging cincang (daging/ayam)
  • 6 biji bawang kuning - di cincang/dipotong dadu
  • 2 pkt spegeti - direbus and ditoskan (campur kan dengan minyak untuk tidak melekat dan lagi cantik)
  • 2 senduk lada kering yang sudah dikisar
  • Sos cili secukup rasa
  • Sos tomato secukup rasa
  • 1 botol besar spaghetti pes - mai suka PREGO
 Cara-cara Memasak:-
  1. Tumis bawang yg dicincang sehingga wangi, masukkan lada kering dan tumis hingga garing
    Masukkan daging cincang, kacau seketika dan masukkan pes dan tumis lagi.  Sesuaikan rasa dengan sos cili, tomato, garam dan gula.
    Tips: Jika hendak muai, boleh lah ditambahkan air 1 
  2. gelas, biarkan mendidih dan masukkan tepung jagung + air untuk memekatkan kuah.

Saturday, December 4, 2010

Kari Ayam




Kari ayam ni sedap sanagat kalau dimakan bersama lempeng , roti atau pun roti jala......


Bahan-bahannya
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil
  • 5 biji lada merah - dikisar
  • 2 biji bawang merah besar - dihiris
  • 2 biji bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia - dihiris 
  • 1 paket kecil rempah penumis
  • 2 kiub perasa ayam maggie
  • 1 senduk serbuk kari ayam
  • 1/2 kotak santan
  • 4 biji tomato - dibelah 4
  • 2 biji kentang - di belah 4
  • 4 biji lada hijau - dipotong 4
  • 2 biji lada merah - dipotong 4
  • 1 batang karot
  • Daun kari
  • 2 sudu besar minyak sapi 
  • Sedikit minyak untuk memasak
  • Garam secukup rasa
Cara-cara memasak
  1. Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi dan minyak, setelah minyak panas, masukkan rempah penumis dan tumis, kemudian masukkan daun kari bersama bahan-bahan yang  dan dimayang dan ditumis hingga kekuningan/ naik bau.
  2. Masukkan rempah kari dan diitumis lagi hingga garing.
  3. Setelah garing masukkan ayam, kentang, karot, 2 biji lada hijau dan 3 biji tomato, perencah ayam, gaul dan kecilkan api, tutup periuk untuk mengempukkan ayam.  Sesekali, buka tutup periuk dan kacau, bahan-bahan supaya tidak hangus/ melekat pada periuk.
  4. Setelah ayam empuk masukkan santan dan sedikit air, kacau dan besarkan sedikit api, apabila mendidih boleh lah dimasukkan lada merah, lebihan lada hijau dan lebihan tomato. Biarkan mendidih lagi, masukkan garam, tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Wednesday, December 1, 2010

Ikan Bawal Sweet Sour


Bahan-bahannya
  • 2 ekor Ikan Bawal 
  • 4 biji Lada Merah dan Hijau -dihiris halus
  • 2 biji Bawang merah - dihiris halus
  • 2 biji Bawang putih - diketuk
  • 5 sudu besar lada kering yang sudah dikisar
  • 1 inci Halia - dihiris halus
  • Tomoto sos - secukup rasa
  • Cili sos - secukup rasa
  • 1 tin Nenas dalam tin-ambil buahnya saja
  • 2 sudu besar tepung jagung yang di campurkan dengan 1/2 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar Tepung jagung
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara memasak
  1. Ikan digaul dengan garam dan ratakan dengan tepung jagung da digoreng hingga masak.
  2. Panaskan minyak ke dalam kuali.
  3. Tumis bahan-bahan yang dihiris hingga naik bau, masukkan lada, tomato sos, cili sos dan kacau hingga garing.
  4. Masukkan air ikut banyak mana kuah yang dikehendaki.
  5. Setelah mendidih masukkan tepung jagung(untuk memekatkan kuah).
  6. Setelah kuah pekat tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi dan taburkan nenas.  Sedia untuk dihidangkan.