Tuesday, January 29, 2013

Nasi Goreng Cendawan Cina

Nasi Goreng Cendawan Thai
Resepi Nasi Goreng Cendawan Cina
Cendawan thai:-
  • Beberapa keping cendawan dan disiat sederhana besar
  • 1/2 biji bawang kuning - dihiris
  • 2 biji bawang putih - dicincang
  • Cili padi secukupnya - di ketuk (optional)
  • 1/2 s/b sos ikan
  • 1 s/b sos tiram
  • 2 s/b sos tomato
  • 1/3 capsicum - dipotong panjang
  • 1/3 lobak merah - dipotong panjang
  • Beberapa ekor Udang
  • Sedikit daun ketumbar
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara memasak:-
  1. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan lobak merah hingga layu.
  2. Masukkan sos tiram, sos ikan, tomato sos dan udang, kacau hingga rata.
  3. Bila udang masak, masukkan capsicum dan cendawan, kacau sehingga masak, boleh dimasukkan sedikit air dalam anggaran 2 s/b jika mahu. Siap untuk dihidangkan.
Nasi Goreng cina:-
  • 2 cawan beras dimasak setelah itu nasi disejukkan semalam dan dileraikan.
  • 1 cawan sayur campur
  • Isi ayam - direbus dan dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • 3 biji bawang putih - dicincang
  • 1 s/d serbuk lada sulah
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 2 s/b sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara memasak:-
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehinngga naik bau. Setelah itu masukkan sos tiram dan lada sulah, kacau rata.
  2. Masukkan isi ayam dan sayur campur. Setelah sayur masak masukkan nasi dan sesuaikan rasa dengan garam.
  3. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, kacau seketika dan boleh lah dihidangkan bersama cendawan thai.....

Asam Pedas Lada Hitam Ikan Sembilang

Asam Pedas Lada Hitam Ikan Sembilang
Resepi Asam Pedas Lada Hitam Ikan Sembilang
Bahan-bahannya
  • 1 ekor ikan sembilang - dipotong keping dan direndam dengan air asam lebih kurang 10 min
  • Daun kesom
  • 2 sudu kecil pes asam jawa
  • Sedikit garam
  • 1 mangkuk air
  • Perasa (knor atau maggie) - optional
  • Garam dan gula secukup rasa 
  • Minyak untuk menumis
Bahan dikisar
  • 5 sudu besar lada kering yang sudah dikisar
  • 5 biji lada merah 
  • 3 sudu kecil lada hitam 
  • 3 biji bawang merah besar 
  • 2 biji bawang putih
  • 3 cm halia 
  • 3 cm kunyit hidup
  • 2 cm belacan
Cara-cara membuatnya
  1. Tumis bahan yang dikisar hingga benar-benar garing.
  2. Setelah garing masukkan pes asam jawa dan air, biarkan mendidih, setelah mendidih masukkan ikan dan daun kesom, garam secukup rasa (jika gunakan perasa, tidak perlu meletakkan garam dan gula).
  3. Setelah ikanmasak, boleh lah diangkat dan dihidangkan.

Telur Bungkus Cheese

Telur Bungkus Cheese
Resepi Telur Bungkus Cheese
Bahan-bahannya:-
  • 2 biji telur - dipukul bersama mayonis
  • 2 s/k mayonis
  • 1 keping daging burger - dihancurkan
  • 1/3 biji bawang kuning - dipotong dadu
  • 1 s/b lada jeruk
  • 1 keping cheese
  • 1/3 biji capsicum - dipotong dadu
  • 1 s/k serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa dan sedikit gula
 Cara-cara memasaknya:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, daging, lada jeruk, capsicum, lada sulah, garam dan sedikit gulu.  Kacau sehingga daging masak.  Angkat dan masukkan kedalam mangkuk, terus ambil sekeping cheese dan letakkan bersama daging tadi.  Setelah 3 min, kacau rata cheese bersama daging tadi.
  2. Panaskan kuali (non stick pan)dengan sedikit minyak.  Dengan menggunakan api yang kecil dan masukkan telur, ratakan di atas kuali (seperti digambar).  
  3. Setelah telur masak, letakkan dagin yang dimasak tadi di tengah-tengah telur dan bungkus (seperti digambar).

Ice Cream Durian Nepolitan

Ice Cream Durian Nepolitan
Resepi Ice Cream Durian Nepolitan
Bahan-bahannya:-
  • 1 tin susu cair
  • 10 sudu besar susu pekat (ikut kemanisan masing-masing)
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar ovellete
  • Pes Durian
Cara-cara memasak:-
  1. Ambil isi durian dan letakkan sedikit gula lebih kurang 2 s/b, kacau sehingga pekat dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan whisk, masukkan susu pekat, susu cair, esen vanila dan ovellete.  Pukul sehingga kembang dan pekat, lebih kurang 20 minit.  Masukkan pes durian secukupnya (boleh letak lebih jika suka, tiada sukatan).  Pastikan adunan pekat.
  3. Akhir sekali, sebelum masukkan adunan ke dalam bekas plastik dan sejukkan ke dalam freezer.

Donut Ball

Donut Ball
Resepi Donut Ball
Bahan-bahannya:-
  • 2 cawan tepung
  • 1 cawan air (boleh lebihkan sedikit)
  • 4 s/b gula
  • 1 s/k yis segera mauripan
  • Secubit garam
  • Gula halus secukupnya
Cara-cara memasak:-
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali Gula halus dan kacau sehingga sebati.
  2. Simpan kedalam peti sejuk semalaman.
  3. Keluarkan 1 jam sebelum digoreng. Goreng sehingga kekuningan.
  4. Setelah sejuk sedikit, bolehlah digaul bersama gula halus dan sedia untuk dihidangkan. 

Ikan Tenggeri Masak Tauco

Ikan Tenggiri Masak Tauco
Resepi Ikan Tenggeri Masak Tauco
Bahan-bahannya:-
  • 1 ekor ikan tenggiri sederhana besar - dipotong kecil dan digoreng
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar tauco hancur(kalau ada yang tidak hancur, bolehlah di hancurkan sendiri)
  • Sedikit air
Bahan A
  • 6 biji lada hijau - di potong serong (kasar)
  • 2 biji lada merah - dipotong serong (kasar)
  • 6 biji cili padi - diketuk
  • 2 biji bawang merah - dihiris
  • 2 biji bawang putih - dicincang
  • 1 inci halia - dipotong panjang
  • 1 biji tomato - dipotong 4
  • 3 batang serai - diketuk
Cara-cara memasak:-
  1. Tumiskan bahan A sehingga garing. Setelah garing, masukkan, kicap manis, tauco dan tumis lagi.
  2. Setelah itu, masukkan ikan goreng, asam jawa dan tuangkan air (jika perlu) , biarkan mereneh hingga kuah sedikit kering.
  3. Bolehlah diangkat dan dihidangkan..

Fish Pancake

Fish Pancake
Resepi Fish Pancake
Bahan-bahannya:-
  • 3 keping ikan merah/kerisi - kukus sebentar, buangkan tulang dan hancurkan
  • 2 biji lada merah - dipotong daduuk
  • 2 biji lada hijau - dipotong dadu
  • 1/2 biji bawang holand- dipotong dadu
  • 2 sk serbuk lada hitam
  • 1 sk perasa knor
  • 2 sk parsly kering (blh diganti dgn daun bawang dihiris halus)
  • 1 biji limau kasturi - diambil jus
  • 1 sb mayonis
  • Planta untuk menggoreng
Cara-cara membuatnya:
  1. Campurkan kesemua bahan dan perapkan kedalam peti sejuk lebih kurang 15-30 min.
  2. Panaskan kuali (non stick lagi baik),gunakan api yang kecil, letakkan 1 sb planta.
  3. Setelah itu masukkan ikan tadi, b oleh gunakan tangan atau pun sudu besar mengikut saiz yang disukai.
  4. Masaklah sehingga kedua bahagian kuning keemasan.
  5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Hanya dimakan begitu sahaja sudah memadai.