Thursday, March 22, 2012

Lemak Nenas Ikan Kering Kurau

Lemak Nenas Ikan Kering Kurau
Resepi Masak Lemak Ikan Kering Kurau ni memang membuka selera, lebih-lebih lagi dimakan bersama sambal belacan gile gile! dan telur dadar!
Bahan-bahannya:
  • 1 biji nenas - di potong keping dan dibuang batang tengahnya
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 helai daun kunyit
  • Beberapa keping Ikan Kering Kurau
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 kotak santan (400ml)
  • Air secukupnya
Bahan-bahan yang dikisar
  • 2 biji lada merah
  • 5 biji cili padi
  • 1 biji bawang merah besar
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 4 biji buah keras
  • 1 inci belacan
Cara-cara memasak:-
  1. Masukkan bahan yang dikisar kedalam periuk bersama air (anggaran 2 cawan) dan nenas, masak sehingga mendidih.
  2. Ambil ikan kering dan dibasuh sedikit (untuk mengelakkan rasa yang terlalu masin pada kuah) dan dimasukkan kedalam periuk tadi bersama setengah kotak santan.  Letakkan juga serai, daun kunyit, sedikit garam, gula dan suaikan rasa.
  3. Setelah kuah mendidih tuangkan lebihan santan kotak tadi dan biarkan seketika dan boleh lah dihidangkan....

Sambal Belacan Gile Gile!

Sambal Belcan Gile Gile!
Resepi sambal belacan gile gile!
Bahan-bahannya:-
  • 6 biji lada merah
  • 6 biji cili padi
  • 2 biji tomato
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu besar ikan bilis - digoreng
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 sudu besar minyak
Cara-cara memasak:-
  • Panaskan kuali bersama minyak, setelah panas, masukkan lada merah, cili padi, belacan, tomato dan ditumis sehingga bahan-bahan garing/ layu.
  • Setelah itu semua bahan dikisar kering bersama ikan bilis goreng.  Setelah siap, suaikan rasa dengan sedikit garam dan gula.

Sunday, March 18, 2012

Daging Masak Kicap Lada Hitam

Daging Masak Kicap Lada Hitam

Resepi Daging Masak Kicap Lada Hitam
Bahan-bahannya
  • 1 kg daging direbus dan dihiris nipis
  • 1 mangkuk kecil air rebusan daging
  • 2 biji bawang merah besar di hiris bulat
  • 2 biji kentang di hiris nipis
  • Minyak untuk menumis
  • Kicap manis
  • 2 kiub ayam
  • 3 biji cili padi merah (optional)
Bahan dikisar
  • 6 biji lada hijau
  • 3 biji bawang merah besar
  • 2 biji bawang putih
  • 2-3 sudu besar lada hitam
 Cara-cara membuatnya
  1. Tumiskan bahan yang dikisar hingga cukup garing, setelah garing, masukkan daging , hirisan kentang, kiub ayam dan air rebusan daging dan biarkan mendidih.
  2. Setelah air sedikit kering, masukkan bawang yang dihiris.
  3. Masukkan kicap manis secukupnya dan garam jika perlu.  Setelah cukup kepekatannya boleh lah diangkat dan dihidangkan dengan hirisan cili padi merah (tanpa biji).

Saturday, March 17, 2012

Nasi Kunyit

Nasi Kunyit
Resepi Nasi Kunyit
Bahan-bahannya:-
  • 5 cawan beras basmathi - dicuci dan direndam selama 1 jam
  • 5 biji bawang kecil - dihiris halus
  • 2 biji bawang putih - dihiris halus
  • 1 inci halia - dihiris memanjang
  • 1 paket rempah penumis
  • 2 kuib ayam
  • 2 sudu kecil kunyit serbuk
  • 3 sudu besar mentega
  • 1 ikat daun pandan
  • 5 cawan air
  • Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Toskan beras yang direndam dan terus masukkan kedalam 'rice cooker' dan tambahkan air sebanyak 5 cawan.
  2. Panaskan metega di dalam kuali, setelah panas, tumiskan rempah penumis dan bahan yg dihiris, tumis sehingga garing.  Setelah itu masukkan kunyit serbuk, kiub ayam dan daun pandan, tumis lagi seketika.
  3. Masukkan bahan yang telah ditumis tadi kedalam 'rice cooker' yang telah dimasukkan beras dan air tadi, kacau rata, letakkan garam secukup rasa dan masak nasi seperti biasa.  Setelah nasi masak, buka periuk dan gaul sedikit untuk meratakan bahan-bahan yang berada diatas nasi dan tutup semula nasi untuk 10 minit dan bolehlah dihidangkan.

Ayam Masak Ungkep

Ayam Ungkep
Resepi Ayam Masak Ungkep
Bahan-bahannya:-
  • 1 ekor ayam - dipotong ikut suka
  • 1 paket rempah penumis
  • 10 biji cili padi - diketuk
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Perasa Maggie Cukup Rasa
Bahan untuk dikisar
  • 3 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan halus
  • 1 sudu besar jintan kasar
  • 3 biji bawang merah besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
Cara-cara memasak:-
  1. Tumiskan rempah penumis dan bahan yg dikisar hingga benar-benar garing.  Setelah garing, masukkan ayam, serai, daun kunyit dan cili padi. Kecilkan sedikit api dan tutup periuk untuk biarkan ayam masak, (tak perlu tambahkan air).  
  2. Setelah ayam masak masukkan garam, gula dan perasa, kacau dan biarkan sehingga kuah pekat.

Friday, March 16, 2012

Ayam Masak Gulai Limau Purut

Ayam Masak Gulai Limau Purut
Resepi Ayam Masak Gulai Limau Purut ni rasanya boleh juga digantikan dengan kari ikan tongkol (sebab kurenggg makan ikan tu) untuk makan bersama Nasi Dagang. yeah!
Bahan-bahannya:-
  • 1 ekor ayam - dipotong ikut suka (mai suka potong kecil)
  • 1/3 cawan santan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Perasa Maggie
  • Daun Limau purut
  • 6 biji cili padi (dibuang tangkai)
Bahan untuk dikisar
  • 3 biji bawang merah besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1/2 sudu besar jintan halus
  • 1/2 sudu besar jintan kasar
Cara-cara memasak:-
  1. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau dan masukkan lada kering.  Tumis sehingga garing.
  2. Setelah garing masukkan ayam, kecilkan api dan biarkan sampai ayam masak, setelah itu masukkan daun limau purut, santan, susu cair, perasa maggie, cili padi, garam dan gula (mesti letak, kalau tidak, tak sedap).  Tambahkan kan sedikit air jika terlalu pekat, biarkan mereneh seketika sehingga kuah mendidih dan bolehlah ditutup dan sedia dihidangkan.

Monday, March 12, 2012

Cara Asas Penggunaan Oven



A)Posisi Oven (Oven Position)
Apabila kita membuka pintu oven, kita akan dapati terdapat 3 level untuk meletakkan tray. Berikut adalah kegunaan level - level tersebut :

1) Top Level (Level Atas) - untuk quick cooking dan masakan yang memerlukan suhu kepanasan yang tinggi.

2) Middle Level (Level Tengah) - untuk masakan yang memerlukan darjah kepanasan sederhana.

3) Bottom Level (Level Bawah ) - untuk slow cooking dan masakan yang memerlukan suhu kepanasan yang rendah.


B)Suhu Oven dan conversion dalam Fahrenheit
  • 160ºC = 325ºF
  • 180ºC = 350ºF
  • 190ºC = 375ºF
  • 200ºC = 400ºF

C) Temperature Range
  • Cool/slow - 110 - 140ºC | 225 - 275ºF | Gas 1/4 - 1
  • Moderately slow - 150 - 160ºC | 300 - 325ºF | Gas 2 - 3
  • Moderate/warm - 180 - 190ºC | 350 - 375ºF | Gas 4 - 5
  • Moderately hot - 190 - 220ºC | 375 - 425ºF | Gas 5 - 6
  • Hot - 220 - 230ºC | 425 - 450ºF | Gas 6 - 8
  • Very hot - 250 - 260ºC | 475 - 500ºF | Gas 9 - 10

D) Memasak Kek, Roti, Pai
  • Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu yang betul seperti di dalam resepi.
  • Gunakan setting api : Top and Bottom Heat

E) Toast (pizza, sandwich, roti bakar)
  • Gunakan setting api : Top Heat
  • Letakkan pizza di atas tray dan bakar di atas wire rack.

F) Grill (Memanggang seperti kebab)
  • Gunakan skewer (besi pencucuk makanan) dan basting tray
  • Gunakan api setting : Top Heat dan sentiasa pusingkan kebab.

G) Panduan Keselamatan Menggunakan Oven
  • Jangan panaskan air di dalam oven
  • Jangan cuba masak telur di dalam oven
  • Jangan gunakan oven untuk memanas ruang rumah atau dapur
  • Jangan biarkan oven tanpa jagaan terutama jika ada kanak - kanak.
  • Jangan gunakan oven untuk menyimpan barangan.
  • Sentiasa pastikan sekeliling oven bersih.
  • Jauhkan oven dari beg, tuala, peralatan dapur, langsir dan barang - barang mudah terbakar.
  • Sentiasa gunakan sarung tangan untuk mengeluarkan tray yang panas.

Saturday, March 10, 2012

Ubi Rebus bersama Sambal Ikan Bilis

Ubi Rebus bersama Sambal Ikan Bilis
Resepi ubi rebus dan sambal tumis ikan bilis
Bahan-bahannya:-
  • 1 cawan ikan bilis - dibelah dua dan digoreng
  • 5 sudu besar cili kisar (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • 2-3 biji bawang merah - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • 2 sudu besar udang kering - dikisar
  • 1 inci belacan - dikisar
  • 2 biji bawang merah - dihiris halus
  • Air asam jawa secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga wangi, masukkan lada kering dan tumis sehingga garing (kecilkan api untuk menggaringkan lada).  Setelah garing masukkan gula secukup rasa dan tumis lagi untuk beberapa minit.
  2. Setelah itu masukkan air asam dan akhir sekali masukkan ikan bilis. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Resepi Ubi Rebus
Bahan-bahannya:
  • Ubi - dikopek kulit dan potong-potong
  • Sedikit garam
Cara-cara memasak:-
  1. Ambil ubi dan masukkan ke dalam periuk bersama air dan garam.  Rebus sehingga ubi sehingga lembut dan masak.  Angkat dan toskan airnya.

Tempe dan Tahu Goreng Tepung Berempah

Tempe dan Tahu Goreng Tepung Berempah
Resepi Tempe dan Tahu Goreng Tepung Berempah sedap dimakan jika dicicah bersama Sambal Kicap.
Bahan-bahannya:-
  • Tempe - dipotong ikut suka
  • Tahu - dipotong ikut suka
  • Tepung beras
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar rempah kari 
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan untuk dikisar
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan halus
  • 1 sudu kecil jintan kasar
Cara-cara memasak:-
  1. Campurkan bahan kisar bersama gara, tepung beras, rempah kari, serbuk kunyit dan air dan digaul rata.
  2. Untuk menggoreng, celopkan tempe/ tahu dan terus digoreng sehingga kekuningan dan bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama sambal kicap.

Sambal Belacan best!

Sambal Belacan best!
Resepi Sambal belacan best!...
Bahan-bahannya:-
  • 8 biji lada merah - dibelah dua
  • 10 biji cili padi
  • 1 biji bawang merah-dibelah empat
  • 1 belacan
  • Segenggam ikan bilis (ikut citarasa sendiri)
  • 1 biji tomato/jus limau kasturi
  • Gula secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak masak
Cara-cara membuatnya:-
  1. Panaskan kuali bersama minyak dan masukkan lada merah, cili padi,bawang merah, belacan dan ikan bilis. (jika gunakan tomato, boleh dimasukkan sekali)
  2. Goreng sehingga lada separuh layu dan angkat, dikisar kering atau ditumbuk.
  3. Setelah siap (jika tidah menggunakan tomato) masukkan jus limau kasturi dan sedikit gula dan kacau rata. Siap untuk dihidangkan......

Saturday, March 3, 2012

Telur Dadar Cencalok dan Mayonis

Telur Dadar Cencalok dan Mayonis
Resepi Telur Dadar Cencalok dan Mayonis
Bahan-bahanya:-
  • 5 biji telur
  • 3 sudu besar cencalok - dibuang airnya sedikit
  • 3 sudu besar mayonis
  • 1 biji bawang merah - dicincang halus
  • 1/2 biji bawang merah - dicincang halus
  • Daun bawang - dipotong kecil
  • 3 sudu besar serbuk keju (atau diparut sendiri)
  • Sedikit minyak
Cara-cara memasak:-
  1. Campurkan kesemua bahan dan dipukul hingga telur kembang sedikit.  Panaskan kuali 'non stick', letakkan sedikit minyak dan digoreng seperti biasa dengan api yang kecil.

Ayam Masak Tauco

Ayam Masak Tauco
Resepi Ayam Masak Tauco....
Bahan-bahannya:-
  • 1 kg ayam - dipotong kecil dan digoreng
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 biji bawang merah - dihiris
  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu besar kicap manis
  • 3 sudu besar tauco hancur(kalau ada yang tidak hancur, bolehlah di hancurkan sendiri)
  • Sedikit air
Bahan A
  • 6 biji lada hijau - di potong serong (kasar)
  • 2 biji lada merah - dipotong serong (kasar)
  • 6 biji cili padi - diketuk
  • 2 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 3 batang serai - diketuk
Cara-cara memasak:-
  1. Tumiskan bahan A sehingga garing.  Setelah garing, masukkan sos tiram, kicap manis, tauco dan tumis lagi.
  2. Setelah itu, masukkan ayam goreng, asam jawa dan tuangkan air , biarkan mereneh hingga kuah sedikit kering. Akhir sekali masukkan bawang merah yg dihiris, biarkan sebentar, tutup api dan boleh lah dihidangkan.