Sunday, July 29, 2012

Baked Wheat Bread Sausage


Resepi untuk Baked Wheat Bread Sausage
Bahan-bahannya:-
  • 3 keping roti 'wheat bread'
  • 2-3 batang sausage - dipotong serong
  • 1 keping cheese - dipotong panjang-panjang
  • Sos Thai/ Sos cili
  • Planta/butter secukupnya
  • Mayonis secukupnya
  • Serbuk lada sulah secukupnya
Cara-cara memasak:-
  1. Panaskan kuali 'non stick' dengan api yang kecil.  Ambil roti dan sapukan planta (sebelah sahaja) dan dipanasnkan diatas kuali (pastikan bahagian yang disapukan tadi ditelangkupkan ketas kuali).  Biarkan sebentar hingga kekuningan dan diangkat.
  2. Terbalikkan roti dan sapukan bahagian yang lagi satu dengan planta, diikuti dengan mayonis, letakkan sausage, cheese dan taburkan lada sulah.  Ambil roti tersebut dan bakarkan lagi diatas kuali dan biarkan sehingga roti nampak garing/ kekuningan dan cheese mulai cair sedikit. Angkat dan paipkan sos thai dan sedia untuk dihidangkan.  Untuk mendapatkan kerapuhan dan roti dan keenakkan cheese yang lemak itu hendaklah di hidangkan semasa masih panas.

Thursday, July 26, 2012

Roti John


Resepi Roti John
Bahan-bahannya:-
  • Beberapa keping roti frankfurter atau 'finger rolls'
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 4 keping daging burger - dihancurkan
  • 1 biji bawang holland/kuning - dipotong dadu
  • 3-4 biji telur
  • Planta secukupnya
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Mayonis secukupnya
  • Sos Thai secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Kobis - dipotong halus atau diparut
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara memasak:-
  1. Belahkan dibahagian tengah roti (jangan putus) dan sapukan planta kedua belah roti tersebut dan ketepikan.
  2. Satukan serbuk kari, kurma, bawang, daging burger dan sedikit air.  Tumis bahan-bahan tadi sehingga kering dan masukkan garam secukup rasa.
  3. Pecahkan 3 biji telur (kalau rasa adunan terlalu pekat barulah tambahkan lagi 1 biji telur), dipukul sedikit dan dicampurkan dengan rempah yang telah ditumis tadi.
  4. Panaskan kuali dengan api yang kecil, sapukan planta dan masukkan adunan rempah dan telur keatas kuali dan ratakan, biarkan seketika dan letakkan roti diatasnya dan biarkan sehingga masak (biarkan garing sedikit akan lebih sedap).
  5. Setelah masak, diangkat (rempah dan roti akan melekat) dan sapukan mayonis yang sudah berisi inti rempah tadi dan taburkan kobis, serbuk lada sulah dan akhir sekali paipkan sos thai keatasnya.  Ditutup roti tersebut dan sedia untuk dihidangkan.

Tom Yam Campur

Resepi Tom Yam
Bahan-bahnnya:-
  • 10 ekor udang - dibersihkan dan dipotong kepala
  • Sedikit daging - dipotong nipis
  • 1-2 keping ayam - dipotong kecil
  • Beberapa helai daun limau nipis
  • Daun ketumbar
  • 1 inci lengkuas - diketuk
  • Sayur bunga kobis
  • Brokoli
  • 1 batang karot - dipotong panjang
  • Cendawan - disiat-siat
  • 1 batang celery - dipotong serong
  • 2 biji bawang putih - diketuk
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar jus limau
  • 1 sudu besar gula
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 kiub ayam
  • 2-3 s/b pes tom yam
  • Air secukupnya
Bahan untuk dikisar:-
  • 1 biji bawang holland
  • 1 biji tomato merah (untuk mencantikkan warna tomyam dan rasa yang lebih enak)
Cara-cara memasak:-
  1. Masukkan daging, ayam dan air kedalam periuk dan direbus sehingga masak.
  2. Setelah masak, masukkan lengkuas, serai, jus limau, sos ikan, bahan kisar, gula, udang, kiub ayam, kiub tomyam, celery dan karot.  Biarkan sehingga karot dan celery masak.
  3. Setelah masak masukkan bunga kobis, brokoli, cendawan, daun limau purut (disiat-siat dan diramas) dan daun ketumbar.  Biarkan dalam setengah minit dan tutup api (untuk mendapatkan sayur yang rangup dan sedap).

Ayam Goreng Kunyit

Resepi yang mudah diantara termudah....Ayam Goreng Kunyit
Bahan-bahannya:-
  • 1/2 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong kecil-kecil (boleh gunakan isi ayam sahaja lebih baik)
  • 6 batang kacang panjang - dipotong panjang
  • 1 biji bawang holland - di potong bulat (biarkan kasar-kasar, supaya bawang akan lebih rangup setelah digoreng)
  • 2 biji bawang putih - diketuk
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Gaulkan ayam bersama garam dan kunyit.  Biarkan seketika, setelah itu barulah digoreng garing, ketepikan.
  2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih dan sayur kacang panjang.  Setelah sayur agak layu masukkan bawang, ayam goreng, kunyit serbuk dan sedikit garam (jangan terlalu banyak, sebab ayam goreng tadi sudah bergaram).
  3. Gaul rata seketika dan angkat.

Friday, July 6, 2012

Ayam Goreng Kunyit Bersos Pelam

Ayam Goreng Kunyit Bersos Pelam
Resepi Ayam Goreng Kunyit Bersos Pelam
Bahan-bahannya:-
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil
  • 6 batang kacang panjang - dipotong panjang
  • 1 biji bawang kuning (saiz besar) - dipotong bulat
  • 1 biji capsicum - dipotong panjang
  • 2 sudu besar Sos Pelam - Ikut citarasa
  • 1/4 cawan air
  • Kunyit serbuk secukupnya
  • Garam secukupnya
Cara-cara memasak:-
  1. Ambil ayam yang telah dicuci dan digaul bersama serbuk kunyit (lebihkan sikit baru sedap) bersama garam dan diperap untuk seketika (kalau lebih lama lagi bagus)
  2. Setelah diperap, ayam digoreng hingga garing (kalau kurang garing nanti kurang sedap). Ketepikan.
  3. Ambil kacang panjang dan dicelurkan kedalam air panas selama 1 minit.
  4. Panaskan kuali bersama sedikit minyak dan tumiskan bawang, capsicum dan kacang panjang. Tumis sehingga bawang layu.  Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi, kacau hingga rata.  Masukkan sos pelam dan air, gaul hingga kering.
  5. Akhir sekali masukkan garam/ serbuk perasa knorr jika suka.  Angkat dan sedia untuk dihidangkan.