Thursday, October 28, 2010

Asam Pedas Ikan Merah

 
Asam pedas ada bermacam-macam jenis dan cara membuatnya, ini adalah salah satu dari masakan asam pedas johor.

Bahan-bahannya
  • 1/2 ekor Ikan Merah saiz sederhana
  • 3 sudu besar lada kering yang sudah dikisar
  • 5 biji lada merah - dikisar
  • 4 biji Bawang merah besar - dikisar
  • 2 biji Bawang putih - dikisar
  • Sedikit Halia - dikisar
  • Sedikit Kunyit - dikisar
  • Daun kesom
  • 1 batang bunga kantan - dibelah dua
  • 2 keping asam keping
  • Minyak untuk menggoreng
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa - (gula ni untuk mereka yang tak suka gunakan serbuk perasa)

Cara-cara membuatnya
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing (untuk menggaring bahan tadi, kecilkan api dan biar bahan kisar tadi kering dan garing)
  2. Masukkan air (ikut seberapa banyak kuah yang dikehendaki) dan ikan, biarkan mendidih lalu masukkan asam jawa.
  3. Setelah mendidih, masukkan daun kesom, bunga kantan, garam dan gula secukupnya dan boleh dihidangkan.
Tips:
Asam pedas ni, sedap dimakan bersama kicap manis.........ummpph!

Wednesday, October 27, 2010

Fried Sweet Sour Macaroni


Enak dihidangkan untuk minum petang ataupun untuk sarapan pagi.....

Bahan-bahannya
  • 1 pkt Macaroni - direbus hingga lembut dan ditoskan
  • 1-2 senduk Lada kering kisar
  • 4 biji Bawang merah besar - dikisar
  • 2 biji Bawang putih - dikisar
  • 1/2 kg Daging - direbus dan dipotong nipis
  • 1/2 kg Udang
  • 1 tin kecil tomato puri
  • Sedikit tomoto sos
  • Sedikit cili sos
  • 1 bungkus sayur campur (karot, kacang pees dan jagung)
  • Sedikit garam 
  • Sedikit gula
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya
  1. Panaskan kuali dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga garing.  Setelah garing, masukkan daging yang telah direbus tadi dan letakkan sedikit air rebusan daging dan tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan tomato puri, tomoto sos dan cili sos, tumis lagi.
  3. Masukkan udang dan sayur campur, kacau hingga sayur campur masak dan baru masukkan macaroni, kecilkan api, tambahkan gaaram dan gula secukup rasa dan gaul hingga rata.
  4. Setelah semua rata dan masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Tuesday, October 26, 2010

Mee Kari

Mee Kari

Bahan-bahannya
  • 1 kg Mee kuning
  • 2 senduk kari daging
  • 2 keping daging ayam/ daging lembu
  • 1 kotak santan
  • 4 biji bawang besar - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • 5 biji lada merah - dikisar
  • Sedikit lengkuas - dikisar
  • 15 biji buah keras - dikisar
  • 2 keping fish cake - dipotong nipis
  • 20 biji fish ball - dibelah dua
  • 2 keping tahu - digoreng dan dibelah 2 atau 4
  • 3 sudu kecil perasa Maggie Cukup Rasa
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • 1-2 sudu kecil asam jawa
Hiasan
  • Bawang goreng
  • Daun sop
  • Sayur sawi
  • 5 biji telur - direbus
  • Lada merah dan Lada Hijau - dihiris
  • Limau kasturi -dipotong atas
  • Kerang yang telah kopek - cuci bersih dan rebus sehingga air mendidih, buangkan air dan bilas sekali lagi, barulah ditoskan.

Cara-cara membuatnya
  1. Panaskan periuk dan tumis bahan 'dikisar' bersama rempah kari daging hingga garing.
  2. Setelah garing, masukkan daging ayam/lembu, biarkan seketika dan masukkan santan(tambahkan air untuk kurangkan kepekatan).
  3. Setelah mendidih, masukkan fish cake, fish ball dan tahu yang telah goreng tadi. Tambah kan garam dan gula secukup rasa, apabila mendidih dan setelah ditutup api baru dimasukkan sayur sawi yang telah dipotong.

Monday, October 25, 2010

Cheese Egg Toast

Healthy breakfast

Bahan-bahannya
  • 1 buku roti
  • 6 biji telur
  • 1 sudu besar susu pekat
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil rempah kunyit
  • Cheese (diparut)
  • Butter untuk membakar
  • 1/2 cawan air
Cara membuatnya
  1. Campurkan telur, susu pekat, air, garam, rempah kunyit, cheese, garam dan pukul hingga kembang.
  2. Panaskan kuali, letakkan sedikit butter.  Dalam masa yang sama rendamkan sekeping roti kedalam bancuhan telur tadi, setelah telur rata di seluruh roti, boleh lah di bakar di atas kuali tadi.  Balik-balikkan roti tersebut sehingga masak dan boleh dihidangkan.




Saturday, October 23, 2010

Puding Berkuah


Bahan-bahannya
  • 1 cawan terpung castard
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 biji telur (kuning sahaja)
  • 3 sudu besar susu pekat
Cara-cara membuatnya
  1. Masukkan tepung custard, air, telur dan susu pekat ke dalam periuk dan kacau hingga sebati.
  2. Letakkan di atas api, sambil dikacau sehingga mendidih (jangan dibiarkan lama mendidih akan membuatkan puding tersebut keras).
  3. Tutup air dan letakkan ke dalam acuan. 
Bahan-bahan untuk kuah puding
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air
  • 1 tin susu pekat
  • 3 sudu besar tepung custard
  • 1 sudu kecil esen vanila/ daun pandan
Cara-cara membuatnya
  1. Bancuhkan custard bersama 1/2 cawan air, kacau hingga larut dan satu ke dalam periuk bersama susu cair, susu pekat, air dan esen vanila, di kacau hingga kesemua bahan-bahan tersebut larut.
  2. Letakkan ke atas api dan masak sehingga kuah mendidih dan sehingga kuahnya menjadi sedikit pekat.
  3. Setelah pekat, tutup api dan dibiarkan sejuk. Setelah berada disuhu bilik boleh lah dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih segar dan sedap.






Hati Udang

Hati Udang ni sedap dimakan bersama ketupat atau pun nasi empet.

Hati Udang

Bahan-bahannya
  • 1 kg udang (di potong misai udang sahaja dan ekor)
  • 1 kg paru (di rebus, di potong kecil dan di goreng)
  • 1/2 kg hati (di rebus, jgn terlalu lama,iainya akan keras kan hati tersebut, di potong kecil dan di goreng)
  • 1 kg santan pekat
  • 1 kg Bawang merah besar  - dihiris bulat
  • 1/2 kg Bawang merah kecil- dihiris bulat
  • Lada kering secukupnya - direndam dan dikisar
  • Udang digoreng separuh masak
  • Minyak untuk memasak
Cara-cara membuatnya
  1. Panaskan kuali, bila panas, gorengkan udang separuh masak, angkat dan diketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama dan minyak yang sama, tumiskan bawang merah besar sehingga layu.  Setelah layu masukkan  lada kering yang telah dikisar, tumis hingga garing (kecilkan sikit api untuk menggaringkan lada kering tersebut).
  3. Setelah garing, masukkan santan dan kacau biarkan beberapa minit dan masukkan paru, hati dan udang, kacau hingga mendidih dan pekat (jgn terlalu pekat, kerana kuahnya akan dimakan bersama ketupat).
  4. Dalam masa yang sama, tumis bawang merah kecil untuk membuat bawang goreng didapur yang lain, setelah bawang tersebut kuning, masukkan kesemua bawang goreng tersebut bersama minyak menggoreng kedalam kuali yang pertama.
  5. bawang merah besar hirisi bulat dan goreng
  6. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan gula, lebihkan gula untuk rasa lebih sedap dan sedia untuk dihidangkan bersama ketupat atau nasi empet.....yummy!

Thursday, October 21, 2010

Egg Sandwich

 Healthy breakfast....

Bahan-bahannya
  • Sebuku Roti (I prefer Gardenia)
  • 6 biji telur ayam
  • Butter/ planta
  • Mayonis (I prefer Lady's Choice)
  • Sedikit Lada sudah

Cara membuatnya
  1. Rebus telur hingga masak.
  2. Dalam masa yang sama, ambil roti dan potong dikeliling roti (kerak roti).
  3. Sapukan roti pada setiap keping denga butter/ planta.
  4. Telur rebus tadi dikupas dan hancurkan menggunakan garpu, masukkan 2 sudu besar mayonis dan sedikit lada sulah.
  5. Sapukan mayonis pada roti yang telah diratakan butter/planta tadi.
  6. Dipotong serong dan sediakan dihidangkan.

Nota:
Jika suka boleh lah ditambahkan cheese keping atau cheese serbuk bersama mayonis dan telur tadi.



Tuesday, October 19, 2010

Honeymoon custard


Bahan-bahan:
1 cawan tepung custard
1 tin susu pekat (ikut suka, jika terlalu manis boleh dikurangkan sukatan)
1 tin susu cair
2 tin air (sukatan tin susu cair)
1 tin buah-buahan campuran dalam tin (mix cocktail)

Cara Menyediakan
  1. Masukkan tepung kastard ke dalam mangkuk bersama susu pekat, susu cair, air dan jus buah-buahan campuran.
  2. Gaul sebati sehingga semua larut (terutama susu pekat jgn di biarkan mendak dibawah periuk).
  3. Panaskan adunan di atas api yang kecil dan kacau hingga rata supaya tidak berketul dan biarkan mendidih.
  4. Setelah pekat (jgn biarkan mendidih terlalu lama,ianya akan terlalu memekatkan adunan tadi), tutup api dan campurkan separuh mix cocktail dan kacau hingga rata.
Hiasan
  1. Masukkan lebihan mix cocktail kedalam gelas dan tuangkan bancuhan kastard.  Biarkan sejuk dan siap untuk dihidangkan.





Ayam Goreng Kunyit

Ini lagi simple sesimple simplenya..untuk mama-mama yang bekerja, boleh lah siapkan bahan-bahan tu pada malamnya and simpan dalam fridge, esok balik kerja tinggal tumis sekaligus bahan-bahan tu, senang kan?  Ok let see the ingedient

Bahan-bahannya
Bahan A
Ayam ( ambil bahagian isi sahaja )
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk Lada hitam



Bahan B
1 batang serai (dititik)
2 labu bawang besar ( dipotong bulat-lagi byk lagi sedap, especially bawang kuning)
4 ulas bawang putih (dititik)
1 biji lada merah dan 1 biji lada hijau

1 biji capsicum merah dan hijau
1 pkt Baby jagung
beberapa helai daun limau purut

Cara-cara
1. Perap kan bahan-bahan A selama 1/2 jam
2. Goreng separuh masak
3. Angkat dan letak ke tepi
4. Guna kan sedikit minyak dari gorengan bahan A, masukkan bahan-bahan B
5. Goreng hingga layu, lepas itu masukkan semula ayam yg telah digoreng
6. Goreng hingga kuning & ranggup.
7. Angkat & sedia dihidangkan




Nasi Goreng trotro

Pernah tak dengar mak kita dulu kata, masak main campak-campak? ha...kalau nak tahu ini lah versi Nasi goreng campak-campak tapi kak mai dah commercial kan kepada NASI GORENG TROTRO (dari ayat THROW heheh).  Nasi goreng trotro ni enak juga kalau di makan bersama sambal udang ke atau ayam goreng kunyit atau di makan begitu sahaja. Ok jom kita tengok bahan-bahan yang senang di sediakan

Bahan-bahannya
  • 2 cawan beras - dimasak dan disejukkan
  • 1 keping isi ayam
  • Lada merah dan lada hijau - di hiris
  • Bawang merah - dihiris
  • Bawang putih - diketuk
  • Sedikit lada putih/ sulah
  • Sayur campur (karot, kacang pees dan jagung)
  • Sedikit sos tiram
  • Garam secukupnya
  • Bawang goreng untuk hiasan
Cara-cara membuatnya
  1. Panaskan minyak dan tumis kan bawang putih,setelah garing, masukkan isi ayam dan kacau.
  2. Masukkan lada merah, hijau dan bawang tumis hingga naik bau dan masukkan lada putih/sulah dan sos tiram, kacau hingga sebati.
  3. Akhir sekali masukkan sayur campur, di gaul sekejap dan terus masukkan nasi, garam secukup rasa (jangan terlalu banyak kerana sos tiram donates ke semua rasa) dan kacau, kecil kan api kacau dalam 2 min lagi dan angkat.  Taburkan bawang goreng dan sedia di hidangkan.
Senangkan? tak perlu blender-blender pun, semua bahan di hiris.....boleh minta tolong anak buatkan kerja menghiris :).  Selamat mencuba!


Sunday, October 17, 2010

Kerang Goreng Cili yummy...


Kerang goreng cili ni boleh di makan dengan nasi panas bersama telur dadar, very the sedap....ada dua cara, yang ini I sempat share kan yang bersama dauh selasih, kalau nak letak daun kunyit pun sedap....tapi resepinya ada lain sikit. selamat mencuba!

Bahan-bahannya
  • Kerang
  • Lada kering- dikisar halus
  • Bawang merah - dikisar halus
  • Bawang putih - dikisar halus
  • Sos tiram
  • Cili sos
  • Tomato sos
  • Daun selasih
  • Serai
  • Minyak untuk menumis
Cara-caranya
  1. Bersihkan kerang dan rebus bersama serai (untuk wangi).  Kopekkan hanya sebelah cengkerang sahaja dan tinggalkan cengkerang yang berisi.
  2. Tumiskan  bahan yang dikisar tadi hingga garing, setelah garing, masukkan sos tiram, cili sos dan tomato sos, gaulkan hingga sebati dan kering.
  3. Masukkan kerang yang telah direbus tadi, kacau hingga rata dan kecilkan api.
  4. Akhir sekali, letakkan daun selasih dan boleh dihidangkan.









Sambal Tumis Ikan Bilis


Sambal tumis ni simple dan senang untuk di sediakan, just like me, I suka makan dengan lempeng but a plain one and also with jemput-jemput ikan bilis or what they call it now as CUCUR.


Bahan-bahannya
  • Ikan bilis saiz sederhana di belah dua dan dibuangkan kepalanya
  • Rm1.00 Lada kering dikisar halus
  • Bawang merah - dikisar halus
  • Bawang merah - dipotong bulat untuk hiasan
  • Sedikit belacan
  • Sedikit Asam jawa
  • Sedikit gula
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Gorengkan ikan bilis dan ketepikan
  2. Panaskan kuali dan tumiskan lada kering, bawang merah dan belacan.  kecilkan api dan tumis hingga garing dengan secukupnya.
  3. Masukkan asam jawa bersama sedikit air.
  4. Letakkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan bawang merah yang dipotong bulat kedalam kuali.
  5. Kacau hingga sebati dan masukkan gula secukup rasa dan tutup api.  Sedia untuk dihidangkan.

+ Nota: 
Tak perlu diletakkan garam kerana ikan bilis dan belacan tadi sudah mempunyai rasa masin mereka sendiri.








Lempeng

Lempeng....yang jarang-jarang kita jumpa sekarang ni, kadang-kadang kita terlepas pandang yang lempeng sungguh enak dan senang di sediakan dan ianya juga satu sajian pagi yang sungguh berkhasiat kalau nak di comparekan dengan mee goreng atau nasi goreng. Untuk ibu-ibu yang busy bekerja dan tak cukup masa (nak makeup, nak gosok baju nak cari accesories etc) boleh lah mencuba masakan lempeng ni.  Lempeng juga adalah sajian yang berkhasiat untuk otak kita.  Sedap dimakan bersama sambal tumis.

Bahan-bahannya
  • 1 kg Tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • Secubit garam
  • Secubit gula
  • 1 biji telur
  • Sedikit pewarna kuning/ kunyit serbuk
  • Air secukupnya
  • Butter atau planta

Cara-cara memasak
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali air dan gaulkan dengan senduk  hingga sebati.
  2. Campuran tadi hendaklah cair sedikit.
  3. Panaskan kuali atau flat pan, sapukan diatasnya sedikit butter/ planta.
  4. Bila cukup panas, tuangkan sesenduk bancuhan tadi dan layangkan kuali untuk membuat bentuk bulat.
  5. Terbalikkan lempeng (sebelum di terbalikkan, hendaklah di sapukan atau di layangkan sedikit butter/ planta).
  6. Angkat jika cukup masak, biar kan sejuk sesudah itu boleh lah di gulung.





Ikan Merah Kukus



Masakan ikan kukus ni ialah yang paling....senang/mudah/simple/easy dan yang sewaktu dengannya, its so simple macam masak maggie mee 2min. :), kalau tak percaya, lets browse the resepi:-


Bahan-bahannya
  • 1/2 ekor ikan merah saiz besar (kalau ikan kecil guna seekor)
  • 3 helai daun bawang
  • segenggam daun katumbar
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 ulas bawang putih - dimayang nipis
  • 1 inci halia - dihiris nipis
  • 2-3 titik minyak bijan
  • 1 batang cili merah & hijan - dihiris
  • 1 sudu kecil asam jawa/ limau purut (ambil jusnya sahaja)
  • 1 biji karot – di potong bulat berbunga (ikut suka, kalau nak tambah sayuran lain pun boleh)
  • Secubit garam (sos tiram dah cukup rasa so jgn letak garam lebih-lebih
Cara-cara
  1. Masukkan ikan ke dalam bekas yang tahan panas.
  2. Dalam bekas yang lain, campurkan sos tiram, kicap cair, garam dan asam jawa/jus limau purut dan minyak bijan.
  3. Taburkan halia dan bawang putih. Kalau boleh, masukkan ke celah-celah ikan.
  4. Tabur daun bawang, daun ketumbar, cili merah dan hijau potong ke atas ikan.
  5. Akhir masukkan bahan yang di campur tadi ke dalam bekas ikan dan kukus selama 20 minit atau hingga ikan masak. 
* Note: 
Kalau tak nak gunakan pengukus, boleh juga kita gunakan microwave, tapi bekas ikan itu hendaklah ditutup untuk mendapat kan effect kukusan selama lebih kurang 11 min.








Nasi Lemak Kukus


Nasi Lemak Kukus
Resepinya..
Bahan-bahannya
  • 5 cawan beras Basmathi
  • 2 biji pati santan
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3 helai daun pandan
  • 1 biji bawang merah besar - dihiris
  • 2cm halia - dihiris
  • Perasa knorr (optional)
  • Garam secukup rasa
Hasil sebelum di letakkan santan
Cara-cara membuatnya
  1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus, kukus hingga separuh masak.
  2. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk, sekurang-kurangnya 30min - 1 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.  
  3. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi selama 10 min.  
  4. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur bawang merah, halia dan garam, biar seketika supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan dan serai hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
    Nasi Setelah diletakkan santan
    untuk dikukus lagi
    Tips: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.





Rendang Ayam Cili Padi



Rendang ini sesuai dimakan bersama ketupat atau nasi empet dan sesuai dihidangkan di hari raya

Bahan-bahannya
  • 1/2 ekor Ayam
  • 1/2 cawan Cili padi - dikisar(Boleh ditambah jika suka)
  • 2 biji Bawang merah - dikisar
  • 3 biji Bawang putih - dikisar
  • 1 inci Halia - dikisar
  • 1/2 inci Kunyit - dikisar
  • 1 btg Serai - dikisar
  • 1 inci Lengkuas - dikisar
  • 2 sb Kerikis kelapa
  • 5 biji Buah keras- dikisar
  • 2 keping Asam keping
  • Daun limau purut -dibuang batang tengah
  • Daun kunyit-di siat-siat
  • 1/2 kotak Santan
  • Garam dan gula perang secukup rasa
Cara-cara membuatnya
  1. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan kerisik ke dalam periuk dan ayam, masak sehingga ayam separuh empuk.
  2. Masukkan santan,  asam keping, garam dan gula perang secukup rasa.
  3. Masaklah sehingga empuk dan pekat lalu masukkan daun limau purut dan daun kunyitSetelah pekat, boleh lah diangkat dan dihidangkan.........



Tiramisu


Bahan-bahan
  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara memasak

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream (putar menggunakan mixer)sehingga gebu.
  3. Potong kek kepada 2 atau 3 bahagian (ikut suka)
  4. Tuangkan 1/2 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  5. Sapu 1/2 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  6. Susun lagi bahagian yang selebihnya(ditindih seperti sandwich)
  7. Tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  8. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...




Moist Chocolate Cake


Bahan-bahan

Beza kek ni, tengah-tengahnya diletakkan conflakes
  • 2 cawan tepung blue key(self raising)
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan serbuk koko vochelle
  • 4 biji telur ayam
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas

Cara-caranya

  1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk besar.... 
  2. Kacau dengan sudip ..kacau tangan saje...jangan guna mixer...nanti telebih naik....tak jadi  
  3. Bila semua bahan-bahan dah sebati dalam 5 minit je kacaunye....
  4. Then boleh ditapis adunan yang dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantik.
  5. Didihkan periuk pengukus dan kukus selama 40-50 minit.
  6. Dah siap...kalau nak letak topping lagi best.... 
Topping Chocolate

  • 250gm cooking coklat
  • 1 sudu besar butter
  • 1/2 cawan whipping cream
Caranya
  1. Cairkan cooking coklat secara double-boil
  2. Angkat dari air panas dan masukkan butter dan 1/2 cawan whipping cream. Kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan atas kek dan hias.