Sunday, October 30, 2011

Kek Asam Manis Kukus

 Resepi kek Asam Manis Kukus
Bahan-bahannya:-
  • 2 cawan biskut Marrie yang telah dikisar halus
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 5 biji telur 
  • 250 gm butter
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Asam manis secukupnya
Cara-cara memasak:-
  1. Pukulkan butter dan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur dan susu, pukul untuk 1 minit.
  2. Masukkan biskut, esen dan baking powder, pukul lagi hingga sebati.
  3. Bahagikan kepada dua bahagian dan warnakan hijau dan merah.
  4. Alaskan loyang dengan aluminium foil atau kertas minyak.  Balut Penutup lotang dengan kain untuk mengelakkan air kukusan jatuh ke atas kek.
  5. Kukus berselang seli dan diletakkan asam manis diantaranya.  Untuk lapisan terakhir, letakkan pada api sederhana dan masak lebih kurang 15 minit lagi.  Untuk lapisan terakhir Boleh lamakan masa mengukus lebih kurang 30-35minit atau sehingga kek masak.
  6. Tip: untuk lebih mudah bolehlah dikukus didalam bekas plastik dan tidak perlu mengalas bahagian bawah dengan foil atau kertas minyak, ditutup dan kukus

Wednesday, October 26, 2011

Bubur Cacar

Bubur Cacar
Bahan-bahannya:-
  • 1 paket bubur cacar - dicuci dan direndam
  • 1 kotak santan
  • 1/2 tin susu cair
  • Gula secukup rasa
  • Secubit garam
  • Beberapa helai daun pandan
  • 2 sudu besar biji sagu - direndam dengan air panas
  • 1 biji keledek merah/kuning- dikopek dan dipotong dadu
Cara-cara memasak:-
  1. Rebuskan keledek hingga empuk bersama daun pandan, setelah empuk, masukkan bubur cacar yang direndam tadi bersama biji sagu (buangkan air kerana akan terlalu memekatkan kuah bubur nanti).
  2. Masukkan gula secukup rasa, secubit garam, santan dan susu cair, kacau, jangan sampai santan pecah, kecilkan api, setelah mendidih, tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Ikan Masak Taucu

Ikan Masak Taucu
Bahan-bahannya:-
  • 5 ekor ikan kerisi - digaulkan bersama sedikit garam, kunyit serbuk dan digoreng
  • 2 biji bawang besar - dihiris halus
  • 2 biji bawang putih - dicincang
  • 1 inci halia - dihiris panjang
  • 1 1/2 sudu besar taucu
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 3 biji lada hijau - dipotong tengah
  • 3 biji lada merah - dipotong tengah
  • 5 biji cili padi - diketuk
  • Air secukupnya
  • Perasa Knor 'Pasti Sedap'
  • Gula secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Tumis bawang putih, bawang merah, lada merah, lada hijau, cili padi hingga layu.
  2. Masukkan taucu dan tumis lagi.
  3. Masukkan pes asam jawa, belacan (dihancurkan) dan air secukupnya.
  4. Biarkan mendidih dan masukkan perasa knor dan sedikit gula.
  5. Akhir sekali masukkan ikan goreng, biarkan mendidih sebentar dan angkat.

Tuesday, October 25, 2011

Agar-agar Buah


Bahan-bahannya:
  • 1 paket (18gm) agar-agar- dicuci dan ditoskan
  • 6 cawan air
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • Gula (secukup rasa)
  • 1 tin sedang buah koktel
Cara-cara memasak:-
  1. Masakkan agar-agar besama air hingga larut dan mendidih, masukkan gula, susu pekat dan susu cair, biarkan mendidih sebentar sambil dikacau.
  2. Tapiskan agar-agar tersebut.  Sebelum dimasukkan ke dalam acuan atau loyang, masukkan buah koktel dan barulah dipenuhkan dengan agar-agar tersebut. Biarkan sejuk, setelah sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk dan sedap jika dihidangkan sewaktu sejuk.

Sunday, October 23, 2011

Ikan Bawal Sweet Sour Thai


Bahan-bahannya:-
  • 2 ekor ikan bawal
  • Tepung jagung
  • Sedikit garam
  • 2 biji bawang putih - diketuk
  • 1 biji bawang merah - dihiris
  • 2 biji lada merah - dicincang halus
  • 2 biji lada hijau - dicincang halus
  • 5 biji cili padi - diketuk
  • 1 biji capsicum hijau/kuning - dipotong kiub
  • 1 biji capsicum merah - dipotong kiub
  • Daun ketumbar 
  • 3 sudu besar sos Thai
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar tomato sos
  • 3 sudu besar sos tiram maggie
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara memasak:-
  1. Gaulkan ikan bersama sedikit garam.  Golekkan ikan tersebut ke atas tepung jagung dan digoreng.
  2. Panaskan kuali dan minyak.  Tumiskan bawang putih dan masukkan bawang merah, lada merah, lada hijau, cili padi dan capsicum.
  3. Kemudian masukkan sos thai, sos ikan, sos tiram dan tomato sos.  Setelah garing bahan tumisan, tambahkan sedikit air untuk kuah dan sedikit gula. (tak perlu letak garam kerana, sos-sos sudah mencukupi).
  4. Bancuhkan 1 sudu kecil tepung jagung bersama sedikit air, setelah larut, masukkan ke dalam kuali tumisan untuk memekatkan kuah, setelah mendidih,  masukkan daun ketumbar ke dalam kuah dan dituangkan tumisan tersebut ke atas ikan goreng tadi.  Akhir sekali, taburkan lebihan daun ketumbar ke atas ikan tersebut.

Friday, October 21, 2011

Sambal Tumis Udang Petai Buah Keras


Bahan-bahannya:-

  • 1 kilo udang basah
  • Lada kering (ikut tahap kepedasan masing-masing) -direndam dan dikisar
  • 3 biji lada merah - dikisar
  • 3 biji bawang merah besar - diikisar
  • 1 inci belacan - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1 batang serai - dikisar
  • 4 biji buah keras - dikisar
  • Petai (secukupnya)
  • 1/2 kotak santan
  • 1 sudu besar pes asam jawa
Cara-cara memasak:-
  1. Gorengkan petai ke dalam minyak panas untuk seketika, angkat dan ketepikan
  2. Gorengkan udang ke dalam minyak panas untuk seketika, angkat dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga garing, setelah garing, masukkan santan, asam jawa, petai dan udang, masak sebentar
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan boleh lah dihidangkan.

Thursday, October 20, 2011

Ikan Goreng Berlada

Bahan-bahannya:
  • Ikan Sela - digoreng bersama kunyit serbuk dan garam secukupnya
  • 15 biji lada merah - dikisar
  • 4 biji bawang merah - dikisar
  • 1 biji bawang merah - dihiris bulat
  • 4 biji bawang putih - dikisar
  • 1 sudu besar pes asam jawa (ikut citarasa masing-masing)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara membuatnya:-

  1. Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga garing/ naik bau.  Bila garing masukkan asam jawa, garam dan gula secukupnya, dikacau seketika dan tutup api.
  2. Susun ikan yang telah digoreng tadi dan simbahkan sambal ke atas ikan tersebut dan akhir sekali taburkan bawang yang dihiris halus ke atas simbahan sambal tadi.

Tuesday, October 18, 2011

Agar-agar Santan Pandan

 Resepi Agar-agar santan pandan
Bahan-bahannya:-
  • 1 bungkus agar-agar - dicuci
  • 1 cawan gula 
Bahan dikisar
  • 1 kotak kecil santan 
  • Beberapa helai daun pandan - cuci dan rebuskan dengan 6 cawan air sehingga daun layu
  • 1 biji telur
  • sebucit garam
    Cara-cara membuatnya:-
    1. Ambil 5 cawan jus pandan sahaja dan masukkan agar-agar bersama gula. Masak sehingga gula larut.  Setelah itu tapiskan agar-agar tersebut.  Agar-agar yang telah ditapis tadi dimasak lagi.
    2. Masukkan santan, garam dan telur ke dalam mangkuk, dipukul bersama garpu dan tapis. 
    3. Campurkan adunan santan kedalam periuk agar-agar tadi (gunakan api yang sederhana) bersama sedikit warna hijau dan biarkan mendidih sambil dikacau dan tutup api.
    4. Letakkan kedalam acuan yang digemari, biarkan pada suhu bilik, setelah sejuk bolehlah dimasukkan kedalam peti sejuk.  Hidangkan semasa sejuk.

    Kek Marble

    Kek Marble
    Resepinya .....
    Bahan-bahannya
    • 5 biji telur
    • 200gm butter (1 buku)
    • 1 cawan gula (dikisar halus)
    • 1 3/4 tepung naik sendiri (Blue KEY)
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 1 sudu besar susu pekat
    Cara-cara membuatnya
    1. Panas kan oven 190c gunakan api bawah, bergantung pada oven masing-masing.
    2. Pukul butter bersama gula hingga kembang/ putih
    3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang
    4. Masukkan esen vanila dan susu pekat
    5. Masukkan tepung dan pukul lagi (hanya untuk sebatikan tepung dan adunan tadi)
    6. Alaskan loyang dengan kertas minyak dan sapukan sedikit bata di keliling loyang dan atas kertas minyak tersebut
    7. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang, hentak-hentakkan sedikit untuk meratakan adunan di dalam loyang dan untuk mengeluarkan angin yang terperangkap.
    8. Di bakar selama 30-35 min, angkat dan boleh lah dihidangkan.