Sunday, June 26, 2011

Rendang Daging

Bahan-bahannya

  • 1 kilo daging-direbus dan ambil air rebusannya
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Rempah Rendang Faiza
  • Serai - dikisar halus
  • Kerisik
  • 1 kotak santan
  • Gula merah
  • Garam secukup rasa
  • Daun limau purut
  • Daun kunyit - di hiris halus
Cara-cara membuatnya:
  1. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing, setelah itu masukkan Rempah Rendang Faiza dan ditumis lagi.
  2. Masukkan daging, air rebusan, kerisik, gula merah dan garam secukup rasa.
  3. Bila hampir kering masukkan santan dan masukkan daun limau purut dan daun kunyit.

Wednesday, June 8, 2011

Tahu Goreng






Pancake


Bahan-bahannya:-

  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar gula halus/ castor
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar butter/ margerin





Spaghetti Meatballs








Bubur Cacar


Bahan-bahannya;-
  • Tepung pulut
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya
  • 1 kotak kecil santan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 3 helai daun pandan
  • 3 warna kegemaran
  • Biji sagu (jika suka)
Cara-cara membuatnya:-
  1. Ambil tepung pulut, garam dan air secukupnya, gaul rata sehingga menjadi doh.  Bahagikan kepada empat bahagian.  Setelah itu warna kan dengan warna merah, kuning, hijau dan satu bahagian biarkan warna asal.
  2. Masakkan air didalm periuk sehingga mendidih.
  3. Gentelkan tepung mengikut bentuk kegemaran atau bulat.  Masukkan terus kedalam periuk yang mendidih, bairkan sehingga timbul, angkat dan terus dimasukkan kedalam mangkuk yang berisi air sejuk.  Biarkan seketika dan toskan.
  4. Masukkan air secukupnya dan daun pandan, biarkan mendidih kemudian masukkan santan, susu cair dan garam.  Akhir sekali masukkan tepung warna tadi dan biarkan kan mendidih, sambil kacau dan sedia untuk dihidangkan.

Udang Masak Lemak Nenas



Bahan-bahannya:

  • 1 kg udang sederhana besar/besar
  • 10 biji lada merah - dikisar
  • 5 biji cili padi (jika suka) - dikisar
  • 2 biji bawang merah besar - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 kotak santan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa (jika suka)
  • Tomato sos secukup rasa
  • Garam secukup 
  • Sehelai daun kunyit
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 biji tomato - dibelah 6
  • 1 hiris nenas - dihiris-hiris ikut suka 
Cara-cara memasak:
  1. Potongkan separuh dari kepala udang dan ekornya, cuci dan ditoskan
  2. Tumis bahan-bahan yang dikisar dan serbuk kunyit hingga garing dan masukkan santan, kacau.
  3. Biarkan 1 minit dan masukkan udang, kecilkan api, masukkan juga serai dan daun kunyit dan biarkan hingga mendidih.
  4. Setelah mendidih masukkan tomato sos, garam dan gula secukup rasa.  Akhir sekali masukkan timun dan nenas. Biarkan seketika dan tutup api.