Monday, February 13, 2012

Murtabak Daging Mini

Murtabak Daging Mini


Resepi Murtabak Ayam Mini
Bahan-bahannya:
  • 2 cawan daging cincang (ayam/daging)
  • 1 cawan kentang - dipotong dadu
  • 2 biji bawang kuning(holland) - dipotong dadu
  • 1 biji bawang - dihiris
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 paket kecil serbuk kari daging Babas
  • Beberapa keping kulit popia (saiz besar)
  • 3 biji telur
  • 2-3 sudu besar tomato sos
  • 1 biji lada merah - dicincang halus
  • 1 biji lada hijau - dicincang halus
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 sudu kecil perasa maggie 'cukup rasa'
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara memasak:-
  1. Tumis kan bawang holland hingga layu, setelah itu masukkan daging, kentang dan lada, tumis hingga garing.
  2. Setelah garing masukkan Serbuk kari, perasa maggie, garam secukupnya dan serbuk lada hitam.  Biarkan sehingga pekat dan daging masak. Angkat dan biarkan sejuk sebelum membungkus.
  3. Ambil 1 biji telur dan ambil putihnya sahaja untuk dijadikan gam.  Ambil 2 biji telur dan telur kuning yang dari lebihan tadi dan dipukul, setelah itu campurkan kedalam bekas yg mengandungi kari ayam tadi.
  4. Ambil kulit popia, letakkan inti keatasnya dan dilipat persegi.
  5. Bakar diatas kuali 'non stick' dengan menggunakan sedikit minyak, bakar lah sehingga kedua dua belah masak dan garing.

Sunday, February 12, 2012

Kuih Lompang

Kuih Lompang
Untuk resepi kuih lompang..
Bahan-bahannya:-
  • 2 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula 
  • Daun pandan
  • kelapa parut
  • Secubit garam
Cara-cara memasak
  1. Panaskan kukus dan panaskan acu lompang selama 5 minit, sebelum dipanaskan oleskan sedikit minyak untuk memudahkan kuih lompang dikeluarkan setelah dimasak.
  2. Campurkan tepung beras, tepung ubi dan air sebanyak 2 cawan, kacau dan ketepikan.
  3. Ambil 2 cawan air campurkan dengan gula dan pandan.  Masakkan sehingga gula larut.  Tutup api dan biarkan seketika.
  4. Campurkan air gula tadi kedalam larutan tepung dan kacau rata.  Tapiskan dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan campurkan warna kegemaran.
  5. Masukkan adunan kedalam acu lompang dan kukus selama 20 minit atau sehingga kuih masak.  Biarkan sejuk.
  6. Setelah sejuk gaulkan bersama kelapa (campurkan kelapa dengan secubit garam)

Friday, February 10, 2012

Kari Hijau Thai


Resepi Kari Hijau Thai....
Bahan-bahannya:-
  • 1 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong ikut suka
  • Daun Selasih
  • Daun Limau Purut
  • Kacang Panjang- dipotong-potong
  • Capsicum merah - dipotong dadu
  • Limau purut - di belah 4
  • Tomato - dibelah 4
  • 1 sudu besar Sos Ikan
  • 2 sudu besar jus limau
  • 5 biji cili padi merah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 kotak Santan (200ml)
Bahan untuk dikisar
  • 6 biji lada hijau
  • 6 biji cili padi hijau
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci belacan
  • 1 sb biji ketumbar
  • 2 kiub ayam maggie
  • 1 sb jintan manis/halus
  • 1 cawan daun selasih
  • 1 cawan pokok ketumbar (dicuci bersih akarnya)
  • 2 batang serai
  • 1 sb gula perang/ merah
Cara-cara memasak
  1. Tumiskan semua bahan tumis hingga garing.  Setelah garing masukkan ayam, kiub ayam dan digaul rata.  Kecilkan api dan tutup periuk, biarkan mereneh hingga ayam empuk.
  2. Setelah empuk masukkan santan, kacang panjang, capsicum,tomato, daun limau purut, daun selasih, sos ikan, jus limau purut, garam dan gula.
  3. Biarkan seketika dan bolehlah dihidangkan.

Nasi Pandan



Resepi Nasi Pandan......
Bahan-bahannya:
  • 2 cawan beras basmathi 
  • Pandan - dicuci, dikisar bersama air dan diperah untuk jusnya....
  • 2 cawan (1 1/2 cawan air pandan  + 1/2 susu cair)
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • Sedikit minyak masak
  • 1 paket kecil rempah penumis
  • 1 biji bawang merah - dihiris 
  • 1 biji bawang putih - diketuk
  • 1/2 inci halia - dihiris panjang
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar jus limau
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna Hijau
Hiasan
  • Bawang goreng
Cara-cara memasak
  1. Cuci beras, setelah itu rendamkan beras selama 10 minit setelah itu ditoskan dan dimasukkan kedalam 'rice cooker'
  2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan minyak sapi, tumis bawang merah, bawang putih dan halia bersama rempah penumis hingga garing.
  3. Setelah garing masukkan air pandan + susu cair, madu, jus limau dan garam secukup rasa, setelah mendidih, masukkan kedalam 'rice cooker' yang berisi beras.  Gaul rata dan masak nasi seperti biasa.
  4. Setelah nasi masak, buka penutup 'rice cooker' dan renjiskan pewarna hijau di atas permukaan nasi tadi dan taburkan bawang goreng.
  5. Tutup penutup 'rice cooker' dan biarkan lebih kurang 10 minit sebelum dihidangkan.

Thursday, February 9, 2012

Siakap Stim Nyonya Style

Siakap Kukus Nyonya style

Bahan-bahannya:-
  • 1 ekor ikan siakap-dibersihkan
  • Daun limau purut
  • Jus limau purut
  • Sos Thai secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • Daun pisang
Bahan untuk dikisar
  • 5 biji lada merah
  • 5 biji cili padi
  • 1 biji bawang merah besar
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 1 biji serai
  • 1 biji bunga kantan
Cara-cara memasak:-

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga garing.  
  2. Setelah garing masukkan sos thai, jus limau purut, garam, gula dan daun limau purut.  Tumis sehingga benar-benar garing.
  3. Ambil ikan diletakkan didalam bekas alaskan daun pisang dan masukkan kedalam microwave (jangan ditutup bekas tadi), set microwave pada suhu 'high' dan masak selama 10 min, setelah 10 min, tutup bekas tersebut dan kukus lagi selama 5 minit atau sehingga ikan masak.  Boleh juga dimasukkan kedalam kukus dan kukus seperti biasa sehingga ikan masak.

Bendi Goreng Sambal

Bendi Goreng Sambal
Untuk resepi bendi ni, sedap kalau dimakan kalau sayurnya garing....
Bahan-bahannya:-
  • 15 batang kacang bendi
  • 1 sudu besar lada kisar
  • 1 biji bawang merah besar - dikisar/ ditumbuk
  • 2 biji bawang putih - dikisar/ ditumbuk
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap manis
  • 1 biji telur
Cara-cara memasak:-
  1. Panaskan air dalam periuk, ambil bendi yg telah dicuci (tapi jangan dipotong mana-mana pun, untuk mengelakkan lendirnya keluar). Bila air telah mendidih, masukkan kesemua bendi untuk 1 min dan angkat dan terus dimasukkan kedalam bekas yang berisi air sejuk kalau ditambah ice lagi bagus), biarkan 2 min dan ditoskan.
  2. Potongkan bendi menyerong. Ketepikan.
  3. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama lada kering sehingga garing.  Setelah garing masukkan sos tiram dan kicap, kacau.  Masukkan telur dan kacau lagi.  Akhir sekali, tutup api dan masukkan sayur bendi.  Siap untuk dihidangkan.

Wednesday, February 8, 2012

Ikan Bakar Bersambal

Ikan Bakar Sambal
Bahan-bahannya:-
  • Ikan Pari/ikan terubuk/ikan tongkol - dipotong-potong, dicuci. - lumurkan dengan sedikit garam dan perahan limau kasturi dan perapkan seketika.
  • 5 sudu besar lada kering
  • 1 helai daun kunyit - dihiris halus
  • 4 biji limau kasturi - dibelah dua 
  • Gula Melaka/merah
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang - dibersihkan dan disalai diatas api untuk melembutkannya dan dipotong ikut saiz yang sepatutnya untuk membungkus ikan dan dibakar
Bahan untuk dikisar
Ikan sebelum dibungkus dan
dibakar
  • 3 biji lada merah
  • 2 biji bawang merah 
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
Cara-cara memasak:-
  1. Tumis semua bahan yang dikisar bersama lada kering sehingga garing.  Setelah garing, masukkan air asam, gula dan garam, tumis sehingga sambal kering dan masukkan daun kunyit.
  2. Ambil daun pisang, letakkan beberapa keping ikan pari yang sudah diperap dan tuangkan sambal keatas ikan tersebut dan boleh lah dibakar
  3. Boleh bakar menggunakan kuali 'non stick' dengan api yang sederhana dan semasa membakar hendaklah ditutup kuali tersebut.  Bakarlah sehingga daun kekuningan atau sehingga ikan masak....setelah masak, bolehlah dihidangkan bersama limau kasturi.

Sum Sum Pandan

Sum Sum Pandan
Bahan-bahannya:-
  • 1 cawan tepung beras
  • 1½ sudu kecil garam
  • 5 cawan air (campuran dari 4 biji santan dan air)
  • Perasa pandan
  • Pewarna hijau
Cara-cara memasak:-

  1. Campurkan tepung beras, tepung jagung, air dan garam, kacau sehingga tepung larut.
  2. Masakkan diatas api yang sederhana dan sentiasa dikacau sehingga pekat and mendidih. (boleh dikacau menggunakan whisk).
  3. Bahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian dicampurkan perasan pandan dan pewarna hijau.
  4. Letakkan kedalam bekas-bekas kecil berselang seli
Sos
Bahan-bahannya:
  • 2 buku gula merah
  • 2 sudu besar gula
  • air secukupnya
  • Daun pandan
Cara-cara memasak:-
  1. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak sehingga gula larut dan ditapis.

Saturday, February 4, 2012

Popia Goreng

Popia Sayur dan Ayam
Bahan-bahannya:-
Popia
  • 1 paket kulit popia (size kecil)
  • 1 biji telur - ambil yang putihnya sahaja dan dipukul
  • Isi Ayam - dipotong dadu
  • Sedikit Udang basah - dipotong kecil
  • Sayur campur
  • 1 batang karot - dipotong memanjang
  • 1 biji sengkuang - dipotong memanjang
  • Taugeh
  • 4 biji telur - dipukul dan digoreng hancur
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • 1 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk
  • 5 sudu kecil perasa maggie 'cukup rasa'
  • Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing
  2. Setelah garing, masukkan ayam dan udang, kacau sehingga ayam dan udang masak.
  3. Setelah itu masukkan sayur campur, karot, sengkuang, perasa maggie dan garam secukupnya, masak untuk beberapa minit.
  4. Setelah itu, sebelum diangkat, masukkan taugeh dan telur yang telah didadar beserta serbuk lada hitam dan garam secukupnya.
  5. Angkat dah diletakkan kedalam tapis untuk toskan minyak dan air yang berlebihan sebelum digulung dengan kulit popia.
  6. Setelah sejuk, boleh lah digulung dan untuk melekatkan bahagian akhir kulit tersebut, sapukan dengan telur putih yang telah dipukul.
Sos
Bahan-bahannya:-
  • 3 sudu besar jus limau
  • Garam dan gula secukupnya
Bahan untuk dikisar
  • 7 biji lada merah
  • 5 biji bawang putih
  • 5 biji cili padi
Cara-cara memasak:-
  1. Masukkan bahan kisar dan jus limau, garam dan gula secukupnya kedalam periuk dan masak sehingga mendidih dan pekat.