Wednesday, April 23, 2014

Pulut Cawan


Resepinya pulut:
1/2 kg beras pulut - direndam 2-3jam
1 cawan santan
1 sk garam
Air secukupnya

Cara membuatnya:
1.  Masukkan pulut kedalam periuk nasi (rice cooker), sukatkan air sama paras dengan pulut dan masak seperti biasa.
2.  Setelah masak keluarkan dan bentukkan mengikut citarasa masing-masing.

Untuk resepi serunding sila klik disini 

Kuih Harum Manis


Resepinya:-

1 cawan gula merah
350ml air

*2 cawan + 1/2 cawan + 1/3 cawan tepung gandum
*1/2 sk baking powder
*1 sk soda bikarbonat

1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula perang (jika tidak mahu gula perang boleh abahkan gula merah)
3 biji telur
1/2 sk garam
1/4 cawan mentega -cairkan
1 sk esen vanila
Pisang berangan secukupnya

Cara-cara membuatnya:-

1.  Masak air dan gula merah sehinga mendidih, tapis dan sejukkan.
2.  Ayakkan bahan yg bertanda (*)
3.  Pukulkan gula dan telur sehingga kembang, kemudian masukkan tepung dan garam, setelah sebati, masukkan mentega, gula merah yg disejukkan tadi serta esen vanila.
4.  Panaskan kukus sementara itu sapukan minyak atau mentega pada acuan lompang.
5.  Isi 1/2 adunan ke dalam acuan dan letakkan hirisan pisang (tebalkan sikit) dan kukus selama 15-20 minit.

Friday, April 11, 2014

Donut GEBU


Resepinya:-

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 paket(11gm) yis segera
  • 1/4 cawan mentega/ majerin
  • 1 sb penuh shortening
  • 2 sb gula pasir
  • 2 sb susu pekat
  • 1 biji telur - dipukul sedikit dengan 1/2 sk garam
  • 200ml air suam

Cara-cara membuatnya:-

1.  Campurkan air, gula, mentega, shortening dan yis segera kedalam bekas/ mangkuk yang besar.  Kacau sedikit dan biarkan selama 10 minit.
2.  Setelah yis mula berbuih, masukkan separuh dari tepung ke dalam mangkuk dan kacau menggunakan sudu, setelah itu masukkan telur dan kacau lagi, akhir sekali masukkan lebihan tepung.  Kacau dengan sudu sehingga adunan likat dan boleh diuli.  Uli sehingga sebati dan tidak meletak pada tangan atau mangkuk.  
3.  Terap doh dengan menggunakan acuan donut atau sebagainya.
4.  Panaskan kuali dengan minyak yang banyak dan api yang sederhana.  Bila panas, masukkan donut, jangan masukkan banyak-banyak kerana donut akan mengembang.  Sering diterbalikkan untuk mendapatkan warna masakan yang sama rata dan cantik.  Angkat dan sejukkan.  Siap
5.  Untuk topping, 1.celupkan donut ke dalam adunan cream cheese dan taburkan cheese yang diparut.  2. celupkan donut ke dalam adunan coklat dan taburkan choc rice di atasnya.  3.  gaul rata bersama gula halus  4.  gaul bersama gula halus dan cinnamon. dll

Thursday, April 10, 2014

Tapai Pulut


Resepinya:-
3 cawan pulut - direndam 30min dan ditoskan
3 cawan air
1/2 keping ragi - ditumbuk untuk menghancurkan
Bekas yg bertutup
Tapis air
Towel/ kain

Cara2 membuatnya:-

1. Masukkan pulut ke dalam bekas dan masukkan air, pastikan air separas dengan pulut tersebut dan kukus sehingga pulut masak
2. Setelah masak, keluarkan dan ratakan ke atas dulang dan biarkan sejuk (kalau nak cepat boleh ketakkan dibawah kipas)
3.  Pastikan pulut benar-benar sejuk.  Masukkan ragi yang telah ditumbuk ke dalam tapis air dan ratakan ragi ke atas pulut tapi, setelah rata kesemua bahagian, terbalikkan pulut dengan menggunakan sudu dan tabur lagi keseluruhan pulut.

4.  Setelah itu, masukkan pulut kedalam bekas bertutup danbalutkan dengan kain/towel dan simpan dia tempat yg gelap (saya letak di dalam almari).  Setelah dua hari baru boleh dibuka untuk dimakan.....

Sunday, April 6, 2014

Sardin Tempoyak

Sardin Tempoyak...mmg superlicious!
Resepinya...
1 tin sardin
1 biji bawang merah - ditumbuk
2 biji bawang putih - ditumbuk
1/2 inci halia - dihiris
1 biji lada merah - dihiris serong
5 biji cili padi - diketuk
1 btg serai - diketuk
1 biji bawang merah - dihiris bulat
2 biji lada hijau - dibelah dua
1 sb cili sos
1 sb tomato sos
4 sb tempoyak
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara memasak:-

1. Tumiskan bahan yang di tumbuk, halia, cilipadi dan serai sehingga naik bau.
2. Masukkan kuah sardin dan tempoyak dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan sedikit air, tomato dan cili sos, biarkan sehingga mendidih. Setelah itu sesuaikan rasa dengan garam dan gula jika perlu.
4. Akhir sekali masukkan ikan sardin, bawang dan lada hijau. Siap!

Kuih Kaswi


Resepinya:-
Bahan A:

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sb tepung pulut
  • 1 sk kapor (pastikan rata sukatannya, kalau lebih kuih tak akan sedap)
  • 1 cawan air

Bahan B:

  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan

Bahan C:

  • 1 cawan Kelapa parut (ambil putihnya sahaja)
  • Secubit garam
  • Cara2 memasaknya:

1.  Campurkan semua bahan B kedalam periuk dan masak hingga gula larut, tutup api dan sejukkan.  Panaskan kukus.

2.  Campurkan bahan A kedalam mangkuk, setelah sebati,  campurkan dengan bahan B yang telah sejuk atau suam tadi.  Tapis kan dan masukkan kedalam bekas/teko untuk memudahkan apabila dituang ke dalam acuan.
3.  Oleskan acuan dengan minyak dan kukus seketika.  Keluarkan dan masukkan adunan tadi dan kukus selama 20 min atau sehingga masak.
4.  Ambil bahan C dan kukus seketika.
5.  Akhir sekali, biarkan kuih sejuk, keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan bersama kelapa.

*note: utk keluarkan kuih dr acuan, gunakan pisau yg tajam hujung(celupkan sedikit hujung pisau kedalam minyak) dan korek keliling acuan, kuih akan melunsur jatuh dengan mudah.

Thursday, April 3, 2014

Honeydew Pudding/Puding Tembikai Susu


*1 mangkuk kecil honey dew yg telah dipotong dadu
*2 biji telur
*1 tin susu cair
*3 sb coffemate
*3 sb susu pekat
*3 sb gula (blh tambah atau kurangkan)
*Pewarna hijau secukupnya
1 paket agar-agar (tiada warna)
100ml(1 × 1/4cawan) air
1/2 cawan honey dew - diparut

Cara-cara memasak:-
1. Ambil semua bahan (*) dikisar. Ketepikan.
2. Campurkan air dan agar-agar dimasak sehingga mendidih dan terus masukkam bahan yang dikisar tadi. Gaul rata dan tutup api. Masukkan honey dew yang telah diparut tadi dan masukkan ke dalam acuan kegemaran. Biarkan sehingga keras dan boleh lah dimasukkan ke dalam peti sejuk.
#resepi #resepiMyaf

Wednesday, April 2, 2014

Acar Tumis


Resepinya:-
1 biji lobak merah - dihiris panjang
2 biji timun - dibuang empulurnya dan dipotong panjang
2 biji bawang putih - dicincang
4 biji bawang kecil - dibelah dua
2 biji lada merah - dibelang 4
1 sb biji sawi
1 senduk kuah besar lada kering kisar
Tomato sos - secukupnya
Cili sos - secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara2 memasaknya:-
1. Panaskan kuali dgn minyak dan tumiskan bawang putih, setelah naik bau masukkan lada kering dan tumis sehingga garing.
2. Setelah itu masukkan tomato sos, cili sos, biji sawi, gula dan garam secukup rasa.
3. Setelah itu masukkan bawang merah, lobak merah dan timun. Kacau rata sebentar sahaja dan boleh lah diangkat.

kuih Cara Manis


Bahan-bahannya:-
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan kotak 
1 cawan air
1/2 sk garam
1 biji telur
1/2 sk minyak sapi
Sedikit pewarna hijau

Gula secukupnya
Serbuk kayu manis secukupnya (optional)

Cara-cara membuatnya:
1. Campukan semua bahan dan kisar hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas buat roti jala atau cili sos (lebih senang isikan pada acuan, dari gunakan senduk atau teko etc) Ketepikan.
3. Panaskan acuan keatas dapur dengan api yang kecil. Sapukan acuan dengan sedikit minyak (gunakan daun pandan atau serai yg diketuk hujungnya)
4. Setelah acuan panas, paipkan adunan kulit 3/4, setelah keliling acuan masak sedikit, masukkan gula dalam anggaran 1/3 sk gula, taburkan serbuk kayu manis keatas kiuh dengan menggunakan tapis minuman dan ayak diatasnya dan biarkan sehingga masak. 
5. Setelah masak cungkil sedikit dengan lidi dan angkat dengan sudu besar. Siap! 

Puteri Ayu Strawberi


Resepi Puteri Ayu Strawberi:-
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan (1 kotak santan + air)
1 1/2 cawan gula - dikisar halus

4 biji telur
1 sk baking powder
1 sk ovellete
2 sb jem strawberi
3 warna kegemaran(saya guna pink, hujau dan kuning)
1/2 biji kelapa muda parut
2 sb tepung ubi
Secubit garam

Cara2 memasaknya:-

1. Ambil santan dan panaskan kedalam periuk sehingga mendidih, biarkan sejuk.
2. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan putih dan masukkan ovellete dan jem strawberi, pukul lagi sehingga sebati.
3. Satukan tepung dengan baking powder. Masukkan tepung dan selang seli dengan santan dengan menggunakan senduk sehingga sebati.
4. Bahagikan 3 dan warnakan ikut suka.
5. Kukuskan kelapa dengan garam untuk lebih kurang 5 minit. Keluar dan sejukkan.

6. Masukkan 1-2 sk kelapa kedalam acuan dan tekankan dengan jari. Setelah itu masukkan adunan tadi berselang seli dengan cepat supaya warna tidak merebak. Kukus selama 10 minit. Setelah masak, biarkan sejuk dan boleh dikeluarkan dari acuannya.
#resepi #resepiMyajs

Ikan Sumbat Sambal


Resepi Ikan Sumbat Sambal:-
  • 8 ekor ikan selar besar/ ikan caru
  • 10 biji lada merah/ pes lada kering
  • 1 biji bawang merah besar - ditumbuk
  • 3 biji bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci belacan - ditumbuk
  • 2 btg serai - ambil bahagian putih dan ditumbuk halus
  • Jus limau secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Gula/ gula merah secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara-cara memasak:-

1. Bersihkan ikan dan belahkan belakang ikan (buang insang dan isi perut ikan smpai bersih & jgn dipotong bahagian kepala)
2. Untuk sambal, campurkan bahan yg ditumbuk bersama lada (jika guna lada merah sila tumbukkan dulu ya). Campurkan dengan jus limau, garam dan gula (lebihkan sikit gula baru sedap)
3. Sumbatkan sambal kedalam ikan dan balutlah dengan daun pisang.
4. Panaskan kuali sebaiknya gunakan kuali 'non stick' atau kuali biasa, letakkan sedikit minyak dan goreng ala bakar ikan tersebut setelah masak terbalikkan ikan tersebut, gunakan api yg sederhana sahaja. Setelah masak bolehlah dihidangkan....

Bubur Oat Kurma Ikan Bilis


Resepinya:
6 sb quaker oat-rendam dengan air panas dan lobak merah yg dihiris, ketepikan (blh makan untuk 2 orang)
1 mangkuk kecil ikan bilis - dicuci dan di goreng garing
*1/2 biji bawang merah-hiris
*1 bj bwg putih-cincang
*2 biji lada merah - dihiris serong
Sedikit minyak zaitun/sun flower or planta
1 kiub ayam 
1 sb rempah kurma
*5 biji cili padi-diketuk
Lobak merah - dihiris panjang
Sayur kesukaan (optional)
Jus limau secukupnya
Daun bawang
Sedikit air

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan kuali dan tumis yg bertanda * hingga bwg kuning
2. Masukkan rempah kurma dan tumis seketika.
3. Masukkan1 cawan air dan biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan perencah maggie dan sayur.
5. Setelah siap tuangkan ke dalam mangkuk yg berisi oat yg telah kembang dan taburkan daun bawang. Perahkan sesikit jus limau dan taburkan ikan bilis....

Tip:
1.Klu xnak letak perencah blh letak garam n sedikittttt gula bersama sedikit perahan lemon.
2. Kalau terlalu pekat blh tambahkan sedikit air panas.