Friday, December 30, 2011

Sagu Gula Melaka

Sagu Gula Melaka
Sagu
Bahan-bahannya:-
  • 2 cawan biji sagu dicuci dan ditoskan
  • 4 cawan air
  • Pewarna (warna merah dan hijau)
Cara-cara membuatnya:
  1. Masukkan air kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
  2. Setelah itu masukkan biji sagu, kacau sehingga biji sagu jernih.
  3. Setelah siap, tutupkan periuk utk 5 min.
  4. Ambil biji sagu dan diletakkan kedalam tapis dan cucikan dibawah air paip untuk menghilangkan kanji. Ditapis
  5. Setelah itu bahagikan kepada dua dan warnakan.
  6. Masukkan kedalam acuan berselang dan sejukkan. kedalam peti sejuk.  Hidangan ini sedap dimakan sejuk.

Santan
Bahan-bahanya:
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • 1 kotak santan
  • 1/2 sudu garam
Cara-cara membuatnya:-
  1. Masakkan air kedalam periuk bersama daun pandan sehingga mendidih & sehingga naik bau daun pandan.
  2. Setelah itu masukkan santan dan garam.
  3. Kacau untuk seketika tak perlu mendidih dan angkat, sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Sirap
Bahan-bahannya:
  • 1 keping gula melaka/ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air
Cara-cara membuatnya:-
  1. Campurkan kedua bahan dan masak sehingga gula sedikir pekat
  2. Simpan ke dalam petisejuk sebelum dihidangkan

Thursday, December 22, 2011

Pencuk/ Acar Mentah


Bahan-bahannya:
  • 1 biji timun - dibuang kulit dan dipotong-potong
  • 1 biji karot - dibuang kulit dan dipotong halus memanjang
  • 2 biji lada merah - dicincang halus
  • 3 biji bawang kecil - dihiris bulat
  • 2 ulas nenas yang telah dipotong - dihiris
  • Gula seukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit cuka
Cara-cara membuatnya:
  1. Gaulkan kesemua timun, karot, nenas, lada merah dan bawang merah dan kaau rata.
  2. Masukkan gula, garam dan cuka.  Gaul lagi, bolehlah dirasa sebelum ditutup dan disimpan didalam petu sejuk sebelum dihidangkan.

Ketam Masak Lemak

Bahan-bahannya:
  • 10 ekor ketam - disiang bersih
  • 8 biji lada hijau - dikisar
  • 1 biji bawang kuning - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 sudu besar tomato sos/ secukup rasa
  • Sehelai daun kunyit
  • 1 kotak santan
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Gula (jika perlu)

Cara-cara memasak:
  1. Tumis semua bahan yang dikisar dan serai, tumis hingga garing.
  2. Masukkan tomato sos, daun kunyit dan santan setengah kotak serta sedikit air untuk kuahnya, biarkan sehingga mendidih.
  3. Setelah mendidih, masukkan ketam, kecilkan api dan tutup periuk sebentar.  Setelah ketam masak, masukkan lebihan santan tadi berserta garam secukup rasa dan sedikit gula (jika perlu). Gaul rata biarkan mendidih sebentar dan boleh lah diangkat dan dihidangkan.

Ayam Jintan Kicap Pedas

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam - di potong kecil, gaulkan sedikit garam dan kunyit serbuk dan digoreng
  • 1 paket kecil rempah penumis(kayu manis, buah pelaga,bunga cengkih dan bunga lawang)
  • 8 sudu besar lada kering yang sudah dikisar
  • 1 biji bawang kuning - dipotong bulat
  • 2 biji bawang putih - dicincang
  • 1 inci halia - dihiris memanjang
  • 2 sudu kecil jintan halus - disangat dan dikisar
  • 2 sudu kecil jintan kasar - disangat dan dikisar
  • 2 sudu kecil lada hitam - dicuci dan dikisar
  • 2 sudu sos tiram
  • Kicap Manis secukup rasa
  • Tomato sos secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan, rempah penumis, bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.  Setelah itu masukkan lada kering dan tumis hingga garing.
  2. Masukkan lada hitam, jintan halus dan kasar. Tumis lagi.
  3. Setelah semua bahan garing, masukkan sos tiram, tomato sos dan kicap manis, gaul sebentar dan masukkan ayam.  Tak perlu letakkan garam kerana sos tiram sudah mempunyai rasa yang mencukupi.

Saturday, December 10, 2011

Puding Roti


Paceri Nenas

Paceri Nenas
Bahan-bahannya:-

  • 1 biji nenas - dikopek kulit dan dibelah dua dan dipotong-potong
  • 1 paket kecil rempah penumis
  • 1 paket kecil rempah kari daging
  • 2 sudu besar kerisik
  • 3 sudu besar lada kering yang sudah dikisar
  • 1 biji bawang kuning - dimayang
  • 2 biji bawang putih -dimayang
  • 1/2 inci halia - dihiris memanjang
  • 1/2 kotak santan
  • Minyak untuk menumis
  • Serbuk perasa Knor 'pasti sedap'
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah penumis dan semua bahan yang dimayang dan daun kari tumis hingga kekuningan.
  2. Masukkan lada kering dan kerisik, tumis hinggan garing.
  3. Setelah itu masukkan pes kari (kari dicampurkan dengan sedikit air) dan tumis hingga garing.
  4. Masukkan santan dan sedikit air bersama nenas dan biarkan mereneh.  Setelah cukup masak, masukkan serbuk perasa dan garam secukup rasa.

Chilies Crab/ Ketam Bercili

Ketam Bercili
Bahan-bahannya:-
  • 10 ekor ketam - disiang dan dibersihkan
  • 8 sudu besar lada kering yang telah dikisar
  • 5 biji cili padi - diketuk
  • 2 biji bawang merah besar - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dicincang
  • 3 biji telur - dipukul sedikit
  • Sedikit belacan
  • 2 sudu besar tomato sos
  • 2 sudu besar cili sos
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun bawang

Cara-cara memasak:
  1. Tumiskan bawang putih hingga kekuningan.  Setelah itu masukkan bahan yang dikisar bersama lada kering, cili padi dan belacan.  Tumis sehingga garing.
  2. Masukkan tomato sos, cili sos, garam dan gula.
  3. Masukkan ketam, kecilkan api dan tutup periuk untuk memasakkan ketam. 
  4. Setelah ketam masak, boleh lah ditaburkan daun bawang untuk hiasan.

Monday, December 5, 2011

Ayam Masak Paprik Thai

Ayam Masak Paprik Thai
Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam - dipotong kecil, gaulkan bersama garam dan kunyit dan digoreng
  • 1 biji bawang besar - di mayang 
  • 6 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk
  • 5 biji cili padi - diketuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 sudu besar lada kering yg telah dikisar
  • 4 sudu besar sos tiram
  • Sos ikan secukup rasa
  • 1 kiub tomyam
  • Kicap manis secukup rasa
  • 1 sudu kecil perasa 'pasti sedap' knor
  • Sedikit air untuk kuah
  • 2 sudu kecil tepung jagung - dicampurkan dengan air
Sayur-sayuran
  • 1 batang karot - dipotong panjang
  • Brokilo
  • Bunga Kobis
  • Baby jagung - dipotong-potong
  • Sayur kacang panjang - dipotong panjang
  • 2 biji tomato -dibelah 8
  • Daun ketumbar
  • Daun limau purut
Cara-cara memasak:-
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada kering.
  2. Setelah garing, masukkan kiub tomyam dan daun limau purut, tumis lagi.
  3. Masukkan sos tiram, sos ikan, karot, bunga kobis, brokoli, baby jagung dan kacang panjang gaulkan semua dan masukkan air untuk kuahnya.  Tutup kuali untuk melembutkan sayur-sayuran tadi.
  4. Setelah itu masukkan ayam, sos ikan, perasa knor dan kicap manis. Masak lagi untuk ayam 'bermesra' dengan kuah paprik.  Masukkan tepung jagung dan biar kuah pekat.
  5. Masukkan daun ketumbar dan tomato. Gaulkan sebentar dan boleh lah diangkat utk dihidangkan bersama nasi putih.