Friday, July 8, 2011

Daging Lada Hitam Bukhari


Resepi ini adalah ikhsan dari buku RESEPI REMPAH FAIZA
Bahan-bahannya:
  • 1/2 kg daging - dipotong-potong dan direbus
  • 5 biji bawang merah besar - dikisar
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 2 cm halia - dihiris panjang
  • 2 sudu kecil perasa 'Pasti sedap' knor
  • 2 sudu besar Rempah Bukhari Faiza
  • 2 sudu besar lada hitam - dikisar halus
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak ke dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan sos tiram, rempah bukhari Faiza, lada hitam dan garam.
  3. Tumis hingga garing dan masukkan daging bersama air rebusan daging.
  4. Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan daging sehingga empuk dan bolehlah dihidangkan.....

Nasi Goreng Raja Kari Faiza


Bahan-bahannya:
  • 2 cawan beras dimasak dan disejukkan
  • 2 keping isi ayam-dipotong dadu
  • 1 paket kecil sayur campur - dicuci dan di toskan
  • 2 biji bawang merah besar - dimayang
  • 3 biji bawang putih - diketuk
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 3 biji telur - dipukul dan di goreng (hancur)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil 'seasoning sos' maggie
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali dan tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan bawang merah dan lada sulah dan isi ayam tumis hingga garing.
  2. Masukkan sos tiram, 'seasoning sos' dan sayur campur.
  3. Akhir sekali masukkan nasi, garam dan telur yang telak didadar tadi, gaul hingga rata dan boleh la dihidangkan.