Friday, August 8, 2014

Popia Goreng Telur Puyuh


Bahan-bahannya:-
Popia
  • 1 paket kulit popia (size kecil)
  • Sedikit Udang basah - dipotong kecil
  • 1 batang karot - dipotong memanjang
  • 1 biji sengkuang - dipotong memanjang
  • Taugeh
  • 1 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk
  • 2 sudu besar udang kering - ditumbuk
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • Telur puyuh secukupnya - direbus dan dikopek kulitnya
Cara-cara memasak:-
  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing
  2. Setelah garing, masukkan udang kering dan udang, kacau udang masak.
  3. Setelah itu masukkan karot, sengkuang, perasa gula secukupnya, masak untuk beberapa minit.  Akhir sekali masukkan taugeh.
  4. Angkat dah diletakkan kedalam tapis untuk toskan minyak dan air yang berlebihan sebelum digulung dengan kulit popia.
  5. Setelah sejuk, boleh lah digulung dengan meletakkan sebiji telur puyuh dan untuk melekatkan bahagian akhir kulit tersebut, sapukan dengan 'gam' (bancuhkan tepung dan sedikit air).
Sos
Bahan-bahannya:-
  • Cili sos secukupnya
  • Tomato sos secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
Bahan untuk dikisar
  • 7 biji lada merah
  • 5 biji bawang putih
  • 5 biji cili padi
Cara-cara memasak:-
  1. Masukkan bahan kisar dan cili sos, tomato sos, garam dan gula secukupnya kedalam periuk dan masak sehingga mendidih dan pekat.

Lepat Pisang


Bahan-bahannya:-

  • 12 biji pisang rastali yang telah masak - dilecek
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan santan
  • 3/4 cawan gula pasir
  • Daun pisang secukupnya- dibersihkan, layurkan ke atas api dan dipotong mengikut saiz yang dikehendaki.


Cara-cara memasak:-

  1. Panaskan kukus. 
  2. Campurkan kesemua bahan dan dikacau rata.
  3. Isikan 2 sudu besar ke atas daun pisang dan lipat.
  4. Kukus sehingga selama 30 minit atau sehingga masak.

Ikan Terubuk Masin Goreng Lada


Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan terubuk masin - dicuci, dibuang sisik dan direndam selama 30 minit
  • Tepung jagung secukupnya
  • 3 biji lada merah - dihiris bulat
  • 3 biji lada hijau - dihiris bulat
  • 1 biji bawang merah - dihiris 
  • 1 biji bawang putih - diketuk
  • Sedikit belacan
  • Sedikit asam jawa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara memasaknya:-


  1. Ambil ikan yang telah direndam tadi dan dipotong.  Gaulkan bersama tepung jagung sehingga rata, setelah itu di goreng sehingga kekuningan, ketepikan.
  2. Panaskan kuali dan tumiskan lada merah, lada hijau, bawang merah dan bawang putih sehingga layu.  Setelah layu masukkan air asam yang telah diramaskan dengan belacan.
  3. Setelah kering, masukkan ikan yang telah digoreng tadi.

Kuih lopez

Resepinya:
Untuk lopez:-

  • 3 cawan beras pulut - cuci dan direndam minimun selama 1/2 jam
  • 2 cawan santan ( dari 1 kotak kecil santan + air)
  • 1 cawan air pandan (rebuskan air bersama daun pandan atau kisarkan daun pandan bersama air dan perah untuk mendapatkan airnya)
  • Pewarna hijau secukupnya
  • 1/2 sk garam
  • Kelapa parut + sedikit garam (dikukus sebentar jika suka)

Cara cara memasak:
1. Masukkan semua bahan di atas kecuali kelapa parut dan masak didalam periuk nasi.  Setalah masak, keluarkan dan dikukus selama 10 minit.  
2. Keluarkan dan terapkan ke dalam mana mana acuan kegemaran.  
3. Sebelum menerap adalah lagi elok di alas dengan plastik ke dalam acuan, letakkan pulut dan tekan sehingga padat.  Keluarkan dan gaulkan dengan kelapa parut.

Untuk air gula:-

  • 1 buku gula melaka
  • 2 helai daun pandan - diikat
  • Air secukupnya

Cara cara membuatnya:-
1. Masakkan bahan di atas sehingga gula larut.  Setelah masak, gula tersebut ditapis dan bolehlah dimakan bersama lopez tadi.