Saturday, February 26, 2011

Nasi Ayam Lovely



  • 1 ekor ayam - dipotong-potong dan direbus
(Keluarkan ayam dari periuk, hanya tinggalkan beberapa bahagian ayam, contoh kaki dan leher ayam.  Asingkan stok ayam (1)untuk memasak nasi-kuantitinya mengikut berapa banyak beras yang hendak dimasak. dan (2)untuk memasak sop ayam.)
Nasi
Bahan-bahannya:
  • 4 pot beras(boleh pakai basmathi jika suka)
  • Stok ayam (ambil dari rebusan ayam)
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 paket kecil rempah penumis
  • 1 biji bawang merah besar
  • 2 biji bawang putih
  • 1 inci halia - diketuk
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan - dicuci dan disimpul
Cara-cara memasak
  1. Cuci beras dan rendam selama 2-3jam (untuk memanjangkan beras, jika menggunakan basmathi)
  2. Setelah 3 jam ambil beras dan masukkan ke dalam 'rice cooker' 
  3. Masukkan air rebusan ayam (stok ayam) mengikut sukatan beras - jika 4 pot, air rebusan bolehlah digunakan sebanyak 5 pot.
  4. Panaskan kuali dan masukkan minyak sapi, setelah panas, masukkan rempah penumis dan bahan-bahan yang dihiris, setelah semua bahan layu, angkat kuali dan terus masukkan kesemua bahan terus kedalam 'rice cooker' bersama halia dan daun pandan dan boleh lah dimasak seperti biasa.
  5. Panaskan air utk mengukus
  6. Setelah nasi separuh masak, alihkan kesemua nasi kedalam kukus dan kukus sehingga masak.  Teknik ini adalah untuk menjadikan nasi ayam lembut, berderai dan cantik.
Sop
Bahan-bahannya:
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 1 paket sop bunjot ADABI
  • paket kecil rempah penumis
  • 1 biji bawang merah besar - dihiris
  • 2 biji bawang putih - dihiris
  • 2 cm halia - diketuk
  • 1 batang karot - dipotong bunga
  • Sayur brocoli
  • Sayur cauliflower
  • 2 biji Kentang - dipotong 4
  • Daun Sop dan daun bawang
  • Bawang goreng
Cara-cara memasak
  1. Masakkan semula lebihan stok ayam dan masukkan karot, kentang ,halia dan sop bunjot
  2. Panaskan kuali dan tumiskan rempah penumis dan bahan-bahan yang dihiris, tumis sehingga layu.
  3. Masukkan bahan yang ditumis kesemuanya kedalam periuk stok ayam, setelah mendidih barulah dimasukkan brocoli, cauliflower, daun sop/bawang dan garam secukup rasa.  Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Ayam Goreng

Bahan-bahannya:
  • 3 sudu besar sos tiram
  • Kicap manis secukup rasa
  • Kicap masin secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar kunyit serbuk
  • 2 sudu besar madu
Cara-cara memasak
  1. Gaulkan kesemua bahan bersama ayam yang telah direbus, dan diperap selama 1 jam atau lebih.  Setelah itu baru lah digoreng seperti biasa dengan suhu yang tinggi (jgn digoreng terlalu lama kerana ayam tersebut sudah direbus, bila ayam kelihatan hitam keemasan, bolehlah diangkat dan dihidangkan)
Sambal
Bahan-bahannya:
  • 10 biji Lada Merah - dikisar
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • Cili sos secukup rasa
  • Tomato sos secukup rasa
Cara-cara memasak
  1. Tuangkan semua bahan yang telah dikisar ke dalam periuk dan dimasak dengan api yang kecil.  Campurkan cili dan tomato sos untuk menambahkan keenakkan sambal, akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
  2. Setelah mendidih dan pekat, baru lah diangkat dan boleh dihidangkan.
Hiasan
  • 2 biji tomato
  • 1 biji timun
  • Daun salad
  • Bawang goreng
  • Daun sop dan daun bawang

Thursday, February 24, 2011

Ayam Masak Kurma

Ayam Masak Kurma

Bahan-bahannya:-
  • 1 ekor ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
  • 1 paket kecil rempah kurma - dibancuh dengan sedikit air
  • 1 paket kecil rempah penumis (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 2 biji bawang merah - dkisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 4 biji lada hijau - dikisar
  • 3 biji buah keras - dikisar
  • Serai - dititik
  • 2 keping asam keping
  • 1 biji bawang merah - dihiris bulat
  • 1/2 tin susu cair (kalau nak gunakan santan pun boleh)
  • 2 biji kentang - dibelah 4
  • 2 biji tomato - dibelah 4
  • 1 biji karot - dipotong bunga
  • Garam secukup rasa
  • Perasa Maggie 'Cukup Rasa'
Cara-cara memasak:-
  1. Tumis bawang yang dihiris bersama rempah penumis hingga naik bau dan masukkan serai dan semua bahan kisar dan ditumis lagi hingga garing.
  2. Setelah itu masukkan ayam, kentang, karot, susu cair dan asam keping dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Akhir sekali masukkan tomato, garam dan perasa maggie.

Nasi Tomato


Monday, February 21, 2011

Chicken Porridge Speciallll


Bahan-bahannya:
  • 2 pot Beras - dicuci bersih
  • 2 keping ayam - dipotong dadu
  • 1 paket kecil sayur campur
  • 2 sudu kecil lada sulah
  • 1 paket rempah sop ADABI
  • 3 sudu kecil 'Secukup rasa, Knorr'
  • 1 biji bawang merah besar - dihiris 
  • 2 biji bawang putih - diketuk
  • 3 cm halia -  diketuk
  • Daun sop dan daun bawang
  • Bawang goreng
  • 1 biji tomato - dihiris ikut suka
Cara-cara memasaknya
  1. Masukkan beras yang telah dicuci, ayam dan halia ke dalam periuk dan rebus dgn air yang banyak.
  2. Setelah menjadi bubur, masukkan sayur campur, lada sulah dan 'secukup rasa knorr'.
  3. Tumis bawang putih, bawang merah tumis hingga naik bau dan masukkan serbuk rempah sop, tumis sebentar dan masukkan kesemua bahan tumis ke dalam periuk yang berisi nasi dan ayam tadi.
  4. Masak hingga sayur campur tadi masak, masukkan garam secukup rasa.  Akhir sekali masukkan buat tomato dan taburkan daun sop/bawang dan bawang goreng untuk hiasan.

Sunday, February 20, 2011

Nasi Ayam Penyet


Ayam Goreng
Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam - dicuci dan direbus
  • 1 sudu besar jintan halus - dikisar
  • 1 sudu besar jintan kasar - dikisar
  • 2 sudu besar ketumbar - dikisar
  • 1 biji bawang merah besar - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • 4 cm halia - diisar
  • 1 paket kecil rempah kari daging
  • 3 sudu besar kunyit serbuk
  • garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara membuatnya
  1. Toskan ayam yang telah direbus, simpan stok ayam utk membuat sop.
  2. Campurkan semua bahan-bahan yang dikisar bersama rempah kari, kunyit dan garam bersama ayam yang telah direbus, gaul dan diperap, 1 jam. 
  3. Panaskan minyak, sebelum digoreng ambil ayam diketuk isi nya(sedikit sahaja, jgn sampai hancur!) dan baru lah digoreng hingga garing. (jangan terlalu lama, ianya akan mengeraskan isi ayam) *Tips: panaskan kuali pada suhu tinggi untuk menggaringkan bahagian luar ayam sahaja, kerana ayam telah lembut bila direbus.
Sambal Belacan
Bahan-bahannya
  • 10 biji lada merah
  • 3 biji lada hijau
  • 3 biji tomato
  • 10 biji cili padi (Ikut suka)
  • 5 cm belacan
  • Segenggam Ikan bilis - ditumbuk halus
  • Garam secukup rasa
  • Gula merah secukup rasa
Cara-cara membuatnya
  1. Masukkan lada merah, lada hijau, belacan, tomato dan digoreng hingga layu dan di blender bersama serbuk ikan bilis.
  2. Setelah hancur, masukkan gula merah secukup rasa dan sedia di makannnnnnn.......sedap!!!
Bahan hiasan/sampingan
  1. Tempe goreng
  2. Tahu goreng
  3. Ulam-ulaman
Sop
Bahan-bahannya
  • Stok ayam
  • Bawang goreng
  • Daun sop dan daun bawang
  • 2 kiub ayam
Cara-cara membuatnya
  1. Ambil stok ayam tadi dan masukkan 2 kiub perencah ayam ADABI, bawang goreng, daun sop dan daun bawang.  Simplekan? dah ready untuk di makan bersama nasi dan ayam.  Selamat Mencuba!

Thursday, February 10, 2011

Daging Dinding Berlada


Bahan-bahannya: 
  • 1kg daging 
  • Minyak untuk menggoreng
  • 10 biji lada merah -dicincang/ ditumbuk
  • 6 biji lada hijau - dicincang/ ditumbuk
  • 2 biji bawang merah besar- dicincang/ ditumbuk
  • 2 biji bawang putih -dicincang/ ditumbuk
  • 2 biji tomota - dicincang/ ditumbuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Di cincang kasar atau ditumbuk
Cara-cara membuatnya:
Boleh ditumis hingga kering dan akan
jadi begini, pun sedapppp....
  1. Daging direbus hingga empuk, setelah itu di hiris (jgn terlalu nipis) dan di goreng garing.  Setelah itu semua daging tersebut diketuk atau ditumbuk (jangan sampai lumat pulak tau.
  2. Ambil bahan-bahan yang untuk dicincang ke dalam food processor (cincang atau ditumbuk) biarkan kasar-kasar.
  3. Panaskan minyak ke dalam kuali dan tumis bahan yg dicincang/ ditumbuk tadi hingga garing.
  4. Biarkan betul-betul garing (airnya kering) dan masukkan daging yang telah ditumbuk, garam dan gula secukup rasa.

daging yang ditumbuk dalam lesung 

Tuesday, February 8, 2011

Curry Butter Prawn


Bahan-bahannya:

  • 1 kg udang (besar atau sederhana besar)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Segenggam daun kari
  • 10 biji cili pada (ikut tahap kepedasan)
  • 2 sudu besar butter
  • 3 biji kuning telur
  • Acuan roti jala
Cara membuatnya:
  1. Udang-potong/gunting separuh kepala dan ekor udang.  Gaulkan dengan serbuk kunyit bersama sedikit garam dan di goreng separuh masak.
  2. Masukkan daun kari dan cilipadi, kecilkan api dan teruskan menggoreng untuk 1-2 min lagi.
  3. Toskan udang dan ketepikan.  Tutup api dapur.
  4. Pukul telur dan ditapis (supaya telur tidak tersumbat bila kirai).
  5. Gunakan kuali dan minyak lebihan tadi dan masukkan butter, biarkan sehingga butter cair. Bila sudah cair, tutupkan api.  Tuangkan telur ke dalam acu roti jala dan pusingkan ke dalam kuali seperti membuat roti jala secara laju (jgn pegang acuan terlalu tinggi, ini boleh menyebabkan telur berketul-ketul dan tidak panjang-panjang.
  6. Biarkan hingga kekuningan/ masak (jangan di kacau) dan terus diangkat dan ditoskan di atas 'kitchen towel'.  Biarkan sejuk dahulu barulah boleh ditaburkan diatas masakan udang tadi dan boleh lah dihidangkan......