Saturday, April 30, 2011

Grill Honey Chicken Mayonis

Grill Honey Chicken Mayonis
 Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ayam(dipotong-potong/10 keping kepak ayam)
  • 2 sudu besar madu 
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 1/2 sudu besar mayonis
  • Butter/marjerin untuk membakar
Bahan-bahan untuk ditumbuk 
  • 2 biji bawang merah besar
  • 4 biji bawang putih
  • 4 cm halia
  • 2 sudu besar lada hitam (lagi banyak lagi pedas dan lagi sedap)
  • 2 sudu besar lada putih
Cara-cara membuatnya:
  1. Campurkan bahan yang ditumbuk bersama mayonis, madu, sos tiram, kicap pekat dan ayam.  Perap selama 4 jam atau semalaman.
  2. Panaskan oven pada suhu 190 dan bakar atau grill ayam selama 20min atau sehingga masak.  Sebelum masukkan ayam kedalam oven sapukan atau letakkan sedikit butter/ marjerin ke atas ayam tersebut.

Wednesday, April 27, 2011

Tempe Goreng Sambal

Sambal Tempe Goreng
Bahan-bahannya:
  • 5 keping tempe - di hiris (ikut suka dan digoreng)
  • 1 paket cili boh (180gm atau ikut suka)
  • Segenggam ikan bilis halus - dicuci dan digoreng
  • 3 biji limau kasturi - ambil jusnya sahaja
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar
  • 3 biji bawang putih

Cara-cara memasak:
  1. Panaskan kuali dan tumis bahan untuk dikisar bersama cili boh dan tumis hingga garing.  Setelah garing masukkan jus limau, garam dan gula secukupnya
  2. Akhir sekali masukkan tempe yang sudah digoreng dan juga ikan bilis.  Kecilkan api dan gaul rata selama 5 min dan angkat untuk dihidangkan.

Tuesday, April 26, 2011

Popia Nestum


Popia Nestum Horlick
Kulit popia dipotong dua
Bahan-bahannya
  • 1 paket kulit popia
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan untuk dikisar
Tepung dan air untuk dijadikan gam
  • 1/2 cawan nestum
  • 1/2 cawan horlick
  • 1/4 gula 
Cara-cara membuatnya:
  1. Potong kulit popia kepada dua
  2. Buka kulit popia sekeping demi sekeping, dan gulung kemudian tampal dengan tepung yang telah dibancuhkan dengan air untuk dijadikan gam/pelekat
  3. Gunting pendek kulit popia yang telah digulung. Ulang sampai habis.
  4. Goreng popia sehingga garing, angkat dan toskan.
  5. Gaulkan popia dengan bahan yang dikisar tadi dan siap!

Popia yg sudah digulong








Sunday, April 24, 2011

Bakwan

Bakwan
Bahan-bahannya:
  • 1/2 kg tepung(setangah tepung gadun dan setengah tepung beras)
  • 2 sb udang kering-dikisar
  • 2 biji bawang merah besar - dikisar
  • 3 biji bawang putih-dikisar
  • 2 sb udang kering - dikisar
  • Sayur kobis - dihiris halus
  • 1 biji Karot - dihiris panjang-panjang
  • Daun sop - dipotong-potong
  • Daun bawang - dipotong-potong
  • 1 biji telur
  • 2 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil Baking power/ serbuk penaik
  • Garam secukup rasa/ perasa KNOR
  • Minyak untuk menggoreng
  • Air secukupnya
Cara-cara memasak:
  1. Campurkan tepung, serbuk kunyit, garam/ serbuk perasa KNOR dan baking powder di gaul rata.
  2. Setelah itu masukkan air dan telur.  Kacau lagi hingga rata.
  3. Masukkan bahan yang dihiris bersama daun sop dan daun bawang.
  4. Panaskan kuali dan boleh lah digoreng gingga kekuningan.

Cekodok Pisang/ Cucur Pisang

Cekodok pisang/ cucur pisang


Saturday, April 23, 2011

Udang Masak Lemak Lada Merah

Udang Masak Lemak


Bahan-bahannya:

  • 1 kg udang sederhana besar/besar
  • 10 biji lada merah - dikisar
  • 5 biji cili padi (jika suka) - dikisar
  • 2 biji bawang merah besar - dikisar
  • 2 biji bawang putih - dikisar
  • 1/2 inci halia - dikisar
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 kotak santan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa (jika suka)
  • Tomato sos secukup rasa
  • Garam secukup 
  • Sehelai daun kunyit
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 biji tomato - dibelah 6
  • 1 biji timun - dibelah-belah ikut suka (tak perlu buangkan kulitnya)
Cara-cara memasak:
  1. Potongkan separuh dari kepala udang dan ekornya, cuci dan ditoskan
  2. Tumis bahan-bahan yang dikisar dan serbuk kunyit hingga garing dan masukkan santan, kacau.
  3. Biarkan 1 minit dan masukkan udang, kecilkan api, masukkan juga serai dan daun kunyit dan biarkan hingga mendidih.
  4. Setelah mendidih masukkan tomato sos, garam dan gula secukup rasa.  Akhir sekali masukkan timun dan tomato. Biarkan seketika dan tutup api.

Friday, April 22, 2011

Tuna Sandwich

Tuna Sandwich
Bahan-bahannya:
  • 1 bantal Roti (my preference is Gardenia)
  • 2 tin tuna
  • 2 sudu besar mayonis (my preference is Lady's Choice)
  • 1 biji limau kasturi
  • Butter/ margerin
  • Daun salad
  • Lada sulah secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
  1. Ambil roti dan di buang tepinya.  Sapukan ke semua roti dengan butter, ketepikan.
  2. Satukan tuna (jika ada air atau minyak bolehlah ditoskan dahulu), mayonis, lada sulah dan perahkan limau kasturi.  Gaul hingga rata.
  3. Sapukan tuna tersebut ke atas roti yang terlah disapukan dengan butter tadi, seterusnya letakkan daun salad ke atas roti tersebut dan ditutup dengan sebahagian lagi roti yang lain.  Boleh lah di potong serong dan sedia untuk dihidangkan. . . . . . 
Tips: Tuna tadi boleh digantikan dengan sardin, untuk sardin, jangan buangkan sedikit kuahnya dan dikeluarkan tulang sardin tersebut terlebih dahulu dan lakukan seperti proses diatas.

Wednesday, April 20, 2011

Soto Ayam

Soto Ayam

Begedil

Begedil
Bahan-bahannya:
  • 8 biji kentang
  • Daging cincang 1/2 kg atau i paket
  • 2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • Daun sop
  • Bawang goreng (lagi banyak lagi sedap!)
  • 4 biji telur
  • Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:
Daging cincang yg telah dimasak
dan dikeringkan airnya

  1. Kentang dipotong 4 dan digoreng, setelah diangkat, terus dilenyekkan.
  2. Daging cincang, dimasukkan kedalam kuali dan digoreng untuk menghilangkan air daging.
  3. Campurkan kentang yang telah dilenyek bersama daging cincang, dau sop, bawang goreng, lada sulah, garam dan 2 biji telur.  Digaul dan dibulat-bulatkan.
  4. Kentang yang dipotong
    dan di goreng
  5. Panaskan kuali.  Pukulkan 2 biji telur, ambil telur putihnya sahaja, pukul hingga kembang, ambil kentang yang telah di bulatkan dan dicelupkan kedalam telur sebelum digoreng

Kuah soto
Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 paket rempah soto
  • 2 biji bawang merah besar - dikisar
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 2 inci lengkuas - diketuk
  • 1 batang serai - diketuk
Cara-cara memasak:
  1. Masukkan ayam kedalam periuk dan rebus.  Sementara itu, tumiskan bahan-bahan yang dikisar, tumis hingga naik bau.  Setelah itu dimasukkan bahan tumisan kedalam periuk yang merebus ayam, campurkan lengkuas dan serai, biarkan sehingga ayam masak.
  2. Setelah ayam masak, keluarkan dari periuk.
  3. Carik-carikkan isi ayam untuk ditaburkan ke atas soto.
  4. Lebihan tulang ayam tadi bolehlah dimasukkan kedalam periuk rebusan tadi. Tambahkan garam secukup rasa dan siap!

Sambal kicap
Bahan-bahannya:
  • 20 batang cili pada
  • 4 biji bawang putih
  • Kicap manis secukup rasa
  • 3 biji limau kasturi
  • Air sop soto secukupnya
  • Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:
Cili padi, bawang putih dan sop soto
  1. Buangkan tangkat kesemua cili padi.
  2. Cili padi, bawang putih dan ambil air sop soto secukupnya dan dikisar hingga halus.
  3. Masukkan kesemua bahan yang dikisar kedalam periuk, masukkan kicap manis, garam dan perahkan limau kasturi mengikut citarasa masing-masing.
  4. Masakkan bahan tadi sehingga mendidih dan sediit pekat.  Sedia dihidangkan.
Bahan untuk hiasan:
  • Daun sop dan daun bawang
  • Bawang goreng
  • Taugeh - dicelur dgn air panas, tos dan terus dimasukkan kedalam air air/air batu (ini adalah untuk membuatkan taugeh lebih tahan lama, kekal cantik dan rangup).

Monday, April 18, 2011

Sambal Belacan


Bahan-bahannya
  • 10 biji lada merah
  • 3 biji lada hijau
  • 3 biji tomato
  • 10 biji cili padi (Ikut suka)
  • 5 cm belacan
  • Segenggam Ikan bilis - ditumbuk halus
  • Garam secukup rasa
  • Gula merah secukup rasa
Cara-cara membuatnya
  1. Masukkan lada merah, lada hijau, belacan, tomato dan digoreng hingga layu dan di blender bersama serbuk ikan bilis.
  2. Setelah hancur, masukkan gula merah secukup rasa dan sedia di makannnnnnn.......sedap!!!

Sunday, April 17, 2011

Kek Pisang



Bahan-bahannya
  • 5 biji telur
  • 250gm butter (1 buku)
  • 1 cawan gula (dikisar halus)
  • 1 3/4 tepung naik sendiri (Blue KEY)
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu kecil esen pisang
  • 2 biji pisang rastali yang sudah masak(kalau boleh biar kulitnya sudah menjadi hitam) - dilenyekkan hingga hancur)
  • Pewarna kuning, hijau dan merah
Cara-cara membuatnya

  1. Panas kan oven 190c (boleh ubah ikut pada jenis oven)
  2. Pukul butter bersama gula hingga kembang/ putih
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang
  4. Masukkan esen pisang
  5. Masukkan tepung dan pukul lagi
  6. Masukkan pisang dan pukul untuk meratakan adunan
  7. Alaskan loyang dengan kertas minyak dan sapukan sedikit bata di keliling loyang dan atas kertas minyak tersebut
  8. Bahagikan adunan ke 3 bahagian dengan warna yang berlainan setiap satu, setelah itu boleh lah diselang selikan warna apabila hendak dimasukkan ke dalam loyang.(design ni boleh ikut creativi masing-masing)
  9. Hentak-hentakkan sedikit untuk meratakan adunan di dalam loyang dan untuk mengeluarkan angin yang terperangkap.
  10. Di bakar selama 30-35 min, angkat dan boleh lah dihidangkan.