Sunday, January 18, 2015

Pulut Panggang

Pulut Panggang
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pulut:
  • 1 kg beras pulut - di cuci dan direndam selama 3 jam
  • 3 cawan santan
  • secubit garam
  • Daun pisang secukupnya - di lap dan di alurkan di atas api supaya lembut dan dipotong segiempat tepat.
  • Stapler
Cara-cara membuatnya:
  1. Toskan beras pulut dan kukus selama 30 min, keluarkan dan campurkan dengan santan dan garam.  Kukus lagi sehingga masak.
Bahan-bahan untuk serunding ikan:

  • 1 kg ikan mata besar/ kembung
  • 4 keping asam keping
  • 2 cawan santan pekat
  • 8 biji bawang merah*
  • 1 inci halia*
  • 1 sudu besar lada hitam biji*
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Serbuk perasa jenama maggie - jika suka
Cara-cara membuatnya:

  1. Bersihkan ikan dan rebus bersama 2 keping asam keping dan sedikit garam sehingga masak.  Setelah itu toskan, bila sejuk buangkan tulang ikan.
  2. Tumbukkan ikan tersebut/ dikisar
  3. Kisarkan bahan yang bertanda (*).
  4. Masukkan ke semua bahan yang dikisar, ikan, santan, garam, gula, perasa dan lebihan asam keping ke dalam periuk/ kuali dan masak sehingga kering berderai seperti serunding.
  5. Isikan pulut ke atas daun pisang, leperkan pulut dan letakkan serunding di atasnya dan balut, staple.
  6. Bakar/ grill kan ke atas kuali.

Ayam Percik Pantai Timiur

Resepi Ayam Percik Pantai Timur
Bahan untuk merebus ayam:
  • 1 ekor ayam
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit garam
  • Air untuk merebus
 Bahan-bahan untuk kuah: 
  • 2 biji bawang merah besar*
  • 4 biji bawang putih*
  • 3 inci Halia*
  • 6 batang serai*
  • 2-3 keping asam keping
  • 1 kotak kecil santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  Cara-cara membuatnya:
  1. Dari bahan merebus ayam, kisarkan bawang putih dan halia dan lumurkan pada ayam.
  2. Masukkan kesemua kedalam periuk bersama air, asam keping dan garam dan rebus sehingga masak. Ketepikan
  3. Kisar bahan-bahan untuk kuah, masukkan santan, sedikit air, gula, garam dan asam keping.  Masak sehingga
    pekat.
  4. Bakar/ grill ayam, sapukan kuah ke atas ayam setelah kuah meresap, terbalikkan dan sapukan lagi kuah di bahagian sebelahnya.

Friday, January 16, 2015

Twisties Oat

Twisties Oat
Bahan-bahannya:
  • Instant Oat
  • Gula
  • Coffemate
  • Laksa beras
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara membuatnya:
  1. Kisarkan (gunakan pengisar kering) oat, gula dan coffemate.  
  2. Ambil laksa beras dan patah-patahkan lebih kurang size 1-2 inci.  Panaskan kuali dengan api yang sederhana, setelah minyak panas, masukkan laksa dan goreng (laksa akan mengembang, jadi jangan letak terlalu banyak dalam satu masa).  Biarkan sejuk.
  3. Setelah sejuk campurkan dengan bahan yang dikisar tadi sehingga sebati.  Sedia untuk di makan.

Sop Tomato

Sop Tomato
Resepinya:
  • 1 biji bawang - dihiris
  • 1 biji bawang putih - diketuk
  • 1 paket kecil rempah penumis
  • Sedikit isi ayam
  • 1 biji tomato-diblender dgn 1 cawan air
  • Sayur brokoli
  • Sayur bunga kobis
  • 2 biji lada merah-dihiris
  • 1 sk lada hitam - ditumbuk
  • 1 sb sos ikan
  • 1 kiub ayam
  • Fishball secukupnya
  • air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah merah n putih sehingga kekuningan.  Masukkan ayam dan goreng sehingga masak.
  2. Masukkan air, setelah mendidih masukkan semua bahan lain.  Sesuaikan rasa, biarkan sehingga semua masak dan sedia untuk dihidangkan.

Kek Pisang Mikromini

Kek Pisang
Resepinya:
  • 4 biji pisang berangan - dilecek
  • 4 biji telur (kalau guna gred A cuma guna 3 sahaja)
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung naik sendiri/ self raising
  • 1 cawan minyak masak
  • 3-4 sk serbuk kayu manis/cinnamon
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1 sk esen pisang
  • Chocolate rice secukupnya
Cara-cara membuatnya:


  1. Ayakkan tepung bersama soda bikarbonat, ketepikan.
  2. Masukkan telur, gula, minyak dan pisang, esen dan serbuk kayu manis ke dalam blender dan kisar sehingga larut.
  3. Tuangkan adunan bersama tepung dan chocolate rice dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung dan pukul sehingga sebati.
  5. Masukkan ke dalam bekas kegemaran atau ke dalam paper cup (tuangkan adunan penuh), tabur kan chocolate rice ke atas adunan tadi  dan kukus selama 10-15 minit. (Pastikan air kukusan telah mendidih, sederhana kan api barulah di kukus adunan tadi).

Spegeti olio

Spageti Olio
Resepinya:
  • 1 paket spageti - direbus sehingga masak, di tos dan letakkan 2 sb minyak zaitun/jagung etc.
  • 1 biji bawang kuning - di potong dadu
  • 2 biji bawang putih - di cincang
  • Minyak zaitun/ jagung etc untuk menumis
  • 1/2 kg udang - dibuang kulit   } direbus
  • 1/2 kg sotong - dibuang kulit  }
  • Daging cincang secukupnya
  • 1 biji capsicum kuning - di potong dadu
  • 1 biji capsicum merah - di potong dadu
  • Sayur brokoli secukupnya
  • 3 sudu besar Perasa Knor/ secukupnya
  • Chilli flakes
  • Parsly flakes
Cara-cara memasak:-
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak, tidak perlu sehingga minyak panas, masukkan bawang dan bawang putih, tumis sehingga wangi dan masukkan daging cincang, setelah daging agak masak masukkan capsicum, brokoli, perasa, chilli dan parsly flakes dan kacau sebentar.
  2. Masukkan 1-2 cawan air rebusan, setelah mendidih masukkan udang, sotong dan spageti. Kacau rata dan sesuai kan rasa dengan garam jika perlu.
  3. Akhir sekali sebelum di angkat, tuangkan sedikit lagi minyak zaitun/ jagung untuk mencantikkan lagi hidangan.

Ungkep Ubi

Ungkep Ubi
Resepinya:
  • 2 kg ubi - dibuang kulit dan di potong kecil
  • *1 biji bawang merah besar
  • *3 biji bawamg putih
  • *2 sb ketumbar
  • *1 sb jintan manis/halus
  • 1 sb udang kering - ditumbuk kasar
  • 1 cawang ikan bilis - situmbuk kasar
  • 1 sk serbuk kunyit
  • Lada kering kisar secukupnya (pes lada kering)
  • Sedikit Garam (tak perlu byk kerana ikan bilis dan udang sudah masin)
  • Gula secukup rasa (lebihkan sikit)
Cara-cara memasak:

  1. Kisarkan bahan yang bertanda (*).
  2. Tumiskan bahan tersebut bersama lada kering kisar, udang kering dan ikan bilis.  Tumis sehingga garing.
  3. Masukkan ubi dan air untuk mengempukkan ubi. 
  4. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.   Masak ubi sehingga masak dan kering. Sekian......

Friday, January 9, 2015

Kuih Tiram Rangup

Kuih Tiram Rangup
Resepinya:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 2 sb majerin
  • 1/2 sk garam
  • 1/3 cawan air sejuk (air yang dalam peti sejuk)
  • Gula secukupnya (dikisar halus)/ gula icing
  • 5 sb tepung jagung
  • 5 sb minyak masak
Cara-cara membuatnya: 
  1. Campurkan tepung jagung dan minyak sehingaa sebati dan ketepikan.
  2. Campurkan tepung gandum, telur, garam dan majerin.  Gaulkan sehingga sebati, setelah itu masukkan air sikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang licin dan bulat-bulatkan doh kepada bahagian kecil.
  3. Canai doh sehingga nipis, sapukan batter tepung jagung ke atas doh yang telah di canai dan gulung padat doh tadi.
  4. Potong kecil doh yang telah digulung, kemudian roll kan menegak (seperti di gambar).
  5. Goreng seperti biasa sehingga warna keemasan, angkat dan toskan.  Biarkan sejuk dan taburkan lah dengan gula.  Sedia untuk dihidangkan.

Sunday, January 4, 2015

Mee Teow Goreng Kerang

Mee Teow Goreng Kerang
Resepinya:
  • 4 bj bawang putih -diketuk n cincang
  • Paste lada kering secukupnya
  • *Cili sos
  • *Sos tiram
  • *Kicap manis
  • 1 kg Mee teow
  • Kerang secukupnya
  • Udang secukupnya - buang kepala dan separuh kulit, cuci dan rebus kulit n kepala udang (air rebusan ini untuk membasah mee)
  • Fish ball - dibelah dua
  • Taugeh secukupnya
  • Daun kucai - dipotong pjg2
Cara-cara memasak: 
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bwg putih, setelah naik bau masukkan paste lada kering dan tumis sehingga garing. Masukkan semua bahan yg bertanda (*).  Tumis lagi.
  2. Masukkan kerang, fish ball dan tuangkan sedikit air rebusan dan biarkan sehingga mendidih dan pekat semula/sehingga kerang masak.  
  3. Masukkan udang.Masukkan mee, taugeh, kucai dan kacau rata.
  4. Masukkan air rebusan  ikut citarasa nak basah mcmana, kacau sehingga mendidih, sesuaikan rasa dengan 3 bahan (*), tidak perlu letak garam dan bolehla diangkat untuk dihidangkan.


Caramel Popcorn

Caramel Popcorn
Resepinya:
  • 1/2 cawan jagung - dicuci dan dikeringkan
  • 2 sb butter
  • 1 sb minyak jagung/ masak
  • 1 sk garam
Cara-caranya:
  1. Panaskan periuk (gunakan api sederhana) yg boleh ditutup dengan butter n minyak, setelah panas masukkan 2 biji jagung, jika jagung telah
    meletus baru masukkan keseluruhan jagung tersebut,
    kacau rata dan tutup. Biarkan jagung meletus sehingga senyap dalam masa yg sama goyang-goyangkan periuk utk pastikan keseluruhan jagung meletus.
  2. Setelah masak, tutup api dan tuangkan ke dalam mangkuk/ bekas. (Sebelum itu sapukan keseluruhan mangkuk/bekas dengan minyak, utk memudahkan mencuci caramel yg melekat). Ketepikan.
Resepi Caramel


  • 1 cawan gula perang
  • 4 sb butter
  • 1 1/2 sk garam
  • 2 sb madu (optional)
  • 1 1/2sk esen vanila
  • 1 1/2sk baking soda
Cara-caranya:


  1. Dengan menggunakan api yg sederhana kecil, masukkan kesemua bahan ke dalam periuk, kacau dan biarkan sehingga mendidih dan gula larut.
  2. Setelah mendidih, masukkan esen vanila dan baking soda, kacau rata, asunan akan mengembang dan tutup api.
  3. Tuangkan adunan caramel ke dalam bekas popcorn dan kacau rata.
    Langkah untuk menggaringkan popcorn: keluar kan popcorn dan letakkan ke atas tin/ bekas pembakar, alaskan dengan kertas minyak, ratakan dan bakar ke dalam oven dengan susu 160c selama 45 minit. Kacau setiap 10 min. Jika
    menggunakan microwave set kan HIGH selama 1.5 minit, kacau pada setiap 15 saat.

Magelek

Magelek
Resepinya:
  • 1 cawan kacang dal - dicuci dan di rendam lebih kurang 4 jam dan ditos
  • 3 batang cili kering - di gunting halus
  • Beberapa helai daun kari - dihirs halus
  • 1/2 biji bawang merah besar - dipotong dadu
  • 1 sk jintan manis
  • 2 sb perasa maggie
Cara-cara membuatnya:
  1. Kisarkan kacang dal, jgn campurkan air, gunakan
    pengisar kering, tak perlu terlalu halus.  
  2. Campukan kesemua bahan dan kepal-kepalkan dan leperkan.  Letakkan di atas kertas minyak atau pinggan/bekas yg telah disapu dengan minyak untuk elakkan dari melekat.
  3. Panaskan kuali dengan api sederhana sehingga panas
    dan masukkan magelek tadi bersama daun kari dan masak sehingga kekuningan.  Angkat dan bolehlah dihidangkan.