Sunday, March 30, 2014

Kuih Seri Muka

Kuih Seri Muka
Resepinya:
Bahagian bawah:
  • 2 cawan beras pulut - dicuci dan direndam min. 1/2 jam
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 sk garam
  • Air secukupnya.
Cara-cara membuatnya: 
Masukkan pulut, santan, garam dan air.

2. Sukatkan air separas dengan beras pulut dan kukus sehingga masak.
3. Biarkan pulut sedikit sejuk.
4. Oleskan acuan kuih lompang dengan minyak dan masukkan pulut setengan acuan dan tekan-tekankan utk memadatkan pulut.

Bahagian atas:
3 biji telur
3/4 gula pasir
2 cawan santan
1 cawan air pandan (rebuskan air dengan beberapa helai daun pandan)
1 sk garam
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
Pewarna hijau secukupnya

Cara-cara memasaknya:

  1. Campurkan semua bahan dan kacau rata sehingga gula larut.
  2. Tapiskan adunan.
  3. Tuangkan ke dalam acuan yang telah diisikan dengan pulut tadi dan kukus selama 20min atau sehingga masak.  Setelah masak sebelum di angkat, biarkan lagi 5min dikukus tanpa menggunakan penutup.
* Sebelum masukkan adunan pastikan air kukus telah mendidih, kecilkan api dan kukus kuih sehingga masak.  Tidak lupa juga hendaklah menutup penutup kukus dengan kain untuk mengelakkan air termasuk ke dalam adunan kuih tadi.

Wednesday, March 26, 2014

Kuih Cara Berlauk


Bahan-bahan untuk kulitnya:-
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu segar kotak
  • 1 cawan air
  • 1/2 sk garam
  • 1 biji telur
  • 1/2 sk minyak sapi

Bahan-bahan untuk inti:-
200gm daging cincang
*1 biji bawang besar - dicincang
*3 biji bawang putih - dicincang
*3 bj bawang kecil - dimayang
2 sb rempah rendang
1/2 sb rempah kari
Perasa knor secukupnya(kalau tak nak gunakan perasa boleh ganti dengan garam n gula secukupnya dan sedikit sos tomato).
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan hiasan:-
1 batang lada - dihiris halus
Bawang goreng secukupnya
Daun sop dan daun bawang secukupnya

Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumis kan bahan (*) sehingga layu dan masukkan rempah rendang dan rempah kari, tumis hingga garing dan masukkan daging, kecilkan api dan tutup kuali sehingga daging masak. Setelah masak, angkat dan ketepikan.

2. Campukan semua bahan kulit dan kisar hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas buat roti jala atau cili sos (lebih senang isikan pada acuan, dari gunakan senduk atau teko etc) Ketepikan.

3. Panaskan acuan keatas dapur dengan api yang kecil. Sapukan acuan dengan sedikit minyak (gunakan daun pandan atau serai yg diketuk hujungnya).

4. Setelah acuan panas, paipkan adunan kulit 3/4, setelah keliling acuan sedikit masak, masukkan inti dan akhir sekali taburkan bahan2 hiasan keatasnya. Tutup dengan tutup periuk dan biarkan sehinggan masak.

5. Setelah masak cungkil sedikit dengan lidi dan angkat dengan sudu besar. Siap!

Sunday, March 23, 2014

Ayam Siat Kicap


Bahan-bahannya:-

  • 1/2 ekor ayam - dipotong, direbus dan disiat besar (lepaskan dr tulang)
  • 1 paket kecil rempah penumis
  • 4 biji lada merah - dihiris
  • 1 biji bawang merah besar - dihiris
  • 3 biji bawang putih - dicincang
  • 1/2 inci halia - diketuk (digunakan merebus ayam)
  • 1 btg serai - diketuk
  • 3 sb sos tiram
  • Kicap manis secukupnya
  • Minyak untuk memasak
Cara-cara memasak:-
  1. Panaskan minyak kedalam kuali, setelah panas masukkan rempah penumis, bawang merah, bawang putih, lada merah dan serai, tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan goreng sehingga ayam kekuningan.
  3. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Kacau rata dan siap untuk dihidangkan.

Wednesday, March 19, 2014

Nasi Goreng Tomato Pedas

Nasi Goreng Tomato Pedas
Bahan-bahannya:-

  • 2 cawan beras- dimasak dan disejukkan
  • 1 biji bawang merah - ditumbuk
  • 3 biji bawang putih - ditumbuk
  • 10 ekor udang sederhana besar - dipotong sedikit dibahagian kepada dan ekor
  • 1/2 cawan daging yang telah direbus
  • 2 senduk nasi pes lada kering - boleh kurang atau lebihkan sukatan
  • 2 sb tomato puri
  • 2 sb tomato sos
  • 3 sb cili sos
  • 1 cawan sayur campur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara memasaknya:-
  1. Panaskan minyak kedalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga kekuningan.  Masukkan pes lada kering dan tumis sehingga garing.
  2. Setelah itu masukkan daging, tomato puri, tomato sos, cili sos, udang dan sayur campur, kacau rata sehingga kering.
  3. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Akhir sekali masukkan nasi, kacau rata dengan api kecil.  Setelah sebati, sedia untuk dihidangkan.

Ayam Percik Halia Pedas

Ayam Percik Halia Pedas
Resepinya:-
  • 1/2 ekor ayam-potong ikut suka
  • 5 sb kicap cair
  • 2 sb gula
  • 1 sb minyak
  • 1 batang serai-dititik
  • Bahan utk dikisar:
  • 4 inci halia
  • 6 ulas bwg putih
  • 1-2ulas bawang merah besar
  • 2 sb serbuk.lada hitam(gunakan yg biji n blend)
  • 2 sb serbuk kunyit
  • 4 tangkai lada merah
  • 5 - 10 biji cili padi (ikut suka)

Cara-cara memasak:-

  1. Perap ayam dengan bahan kisar dan kesemua bahan lain selama 1-2jam ( lama pun tak ape)
  2. Masukkan ayam yg telah diperap kedalam periuk dan masak seketika sehinggan ayam separuh masak n sesuaikan rasa.  Kluarkan ayam dan masakkan kuah sehingga pekat.
  3. Bakar ayam diatas kuali non stick atau guna pemanggang ajaib.  Bakar sehingga masak. Sebelum balikkan ayam.blh lah di letakkan rempah yg dipekatkan tadi.

Homemade Mayonis

Homemade Mayonis
Resepinya: 
  • 2 biji telur kuning ( saya gunakan gred A untuk dapatkan sebanyak mangkuk didalam gambar)
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk gula
  • 1 sk mustard
  • 240ml minyak masak (saya guna minyak jagung)

Cara-caranya:-
  1. Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk, kacaukan sedikit menggunakan sudu.
  2. Pukul menggunakan whisk tangan/letrik atau blender ataupun food processor.
  3. Pukul dalam 15 saat setelah utk masukkan minyak sikit demi sedikit setengah dar minyak tadi.  
  4. Pukul lagi dalam 10 saat dan akhir sekali letakkan minyak lebihan secara perlahan sehingga habis.  Rasa dan sesuaikan rasa jika perlu. Mudah kan? Dan pastinya sedap!

Cake in a Cup

Cake in a Cup
Resepinya:-

  • 1 sb butter (penuh ala ala bukit eh)
  • 1 1/2 sb gula halus
  • 1 sb susu segar
  • 1 biji telur kuning
  • 1/2 sk esen vanila ( saya prefer esen pisang)
  • 1 sb choc chips (lebih lagi sedap)
  • 1 biji ceri merah -potong dadu (optional)
  • 1/4 cawan tepung naik sndiri
  • secubit garam

Cara-cara membuatnya:
  1. Masukkan butter ke dalam cawan dan cairkan di dlm microwave selama 20 saat.
  2. Keluarkan dan masukkan gula n garam,  kacau dengan sudu
  3. Masukkan telur, esen dan kacau lagi selama 30 saat
  4. Masukkan susu, kacau dan masukkan tepung, choc chip n ceri, kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan ke dalam microwave dan set kan HIGH untuk 50 saat. Siap!!!

Homemade Thousand Island


 


Resepinya:-

  • 1 botol kecil mayonis
  • 3/4 botol kecil cili sos
  • 1/3 botol kecil tomato sos
  • 1/2 sk serbuk lada itam *optional
  • 2-3 sb mustard
  • 1 sb jeruk lada (blend- gunakan blender kering)*optional

Cara caranya:

  1. Campurkan kesemua bahan m mix well till u get a soft texture. Siap!!

Ayam Bakar Berempah

Ayam Bakar Berempah
Resepinya:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 inci kunyit-tumbuk
  • 1 inci halia-tumbuk
  • 2 sb serbuk kari
  • 1 Sb Perahan lemon
  • 2 sb madu
  • garam secukup rasa

Caranya:

  1. Perap utk rempah menyerap pada ayam dan masak atas dapur hingga kuah pekat dan bakar. . . .semasa bakar sapukan lebihan kuah atas ayam tersebut.

Panna Cotta

Bahan-bahannya:-
1 tin nenas cube
2 1/2 cawan susu segar 
2 sb serbuk gelatin 
3 sb air 1/3 gula (blh rasa ikut citarasa)

Cara-cara membuatnya:-
1. Kisarkan kiub nenas dengan sedikit air nenas dan ketepikan.  Masukkan gelatin dgn air dan kacau, ketepikan. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak. 
2. Biarkan sehingga berbuih kecil dan tutup api. Masukkan gelatin yg dibancuh tadi ke dalam susu.
Masukkan ke dalam gelas atau mana-mana bekas pilihan.
3. Simpan didalam peti sejuk.  Setelah sejuk bolehlah letakkan puri nenas di atas puding dan hiaskan dgn buah kesukaan. Sedap di makan semasa sejuk...nyummmm.

Melted Cheese cake? Kek Cheese Leleh

Kek Cheese Leleh
Bahan-bahannya:-
  • 250gm cream cheese philadephia/ tartura/dll
  • 250ml dairy whipped cream 
  • 1/4 cawan susu pekat (blh lebih kan kalau suka rasa manis, saya tidak berapa suka bila dah ada rasa susu pekat) 
  • 3 sudu kecil perahan lemon(tidak perlu jika gunakan cream cheese philadelphia)
Cara-cara membuatnya:-
  1. Masukkan cream cheese dlm mixer dan mix sehingga kembang. 
  2. Masukkan whipped cream and mix lagi dlm 1-2 min. 
  3. Masukkan susu pekat dan lemon n mix again sehingga sebati. Boleh rasa masa ni kalau nak maniskan lagi blh tambah susu pekat. 
  4. Tuangkan adunan tadi ke atas kek (agak2) Letakkn kek utk 2nd layer dan tuangkan lagi cream cheese. 
    Kek Cheese Leleh
  5. Parut kan cheddar cheese brand craft pun ok...Siap!

Udang Goreng Butter Basah

Udang Goreng Butter Basah
Bahan-bahannya:-

  • 15 ekor udang- gaulkan dengan garam dan perap seketika.  Goreng sehingga masak atau bertukar menjadi warna merah dan ketepikan.
  • 3 sb butter
  • 4 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 biji bawang putih - dicincang
  • Beberapa cili padi - dipotong kecil

Cara-cara memasak:-
  1. Panaskan kuali dan masukkan butter. Setelah butter cair masukkan bawan putih, cili padi dan daun kari.
  2. Masukkan susu cair, bila mendidih sedikit, masukkan udang dan kacau seketika.  Kalau hendak kuahnya pekat, kacaukan sedikit tepung jagung dengan air dan masukkan kedalam kuali tadi.  Akhir sekali sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula.  Angkat dan boleh dihidangkan.




Homemade Meatball

Homemade Meatball
Resepinya:-

  • 400gm daging cincang
  • 2 biji kentang di rebus dan di lenyek
  • 3 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Secubit garam
  • Tepung gandum secukupnya
  • Minyak utk menggoreng

Cara-caranya:-

  1. Gaulkan kesemua bahan dan bulat2 kan ikut saiz yg dikehendaki.
  2. Panaskan kuali..sebelum di goreng, salutkan daging yg telah dibulatkan dan di goreng. Siap!
Resepinya spagethi

Chicken Wrap with Tortilla


Chicken Wrap with Tortilla
Resepi Tortilla (wrapper)
Resepi untuk chicken filling:-

  • 1 bahagian isi dada ayam di potong dadu (jangan kecil sgt)- atau sukahati nak byk mana
  • 1 biji tomato dibuang tengah dan di potong dadu
  • 1 biji timun di buang tengah dan dipotong dadu
  • 3 sb penuh Mayonis secukupnya
  • 1 sk Mustard (optional) x letak pun xpe
  • Daun bawang (optional)
  • Daun salad
  • Majerin untuk membakar ayam

Cara-cara membuatnya:-

  1. Panas kan kuali letakkan 1 sb majerin dan letakkan isi ayam. Dengan menggunakan api yg kecil biarkan ayam dibakar sehingga kekuningan/masak- ketepikan.
  2. Campurkan kesemua bahan termasuk ayam dan sedia untuk dibalutkan bersama oat wrapper tadi.
  3. Untuk membalut letakkan oat wrapper, daun salad dan chicken filling dan balut seperti digambar.
  4. Siap!! Happy cooking!

Oat Daging Lada Hitam

Resepinya:
  • 3 sb quaker oat-rendam dengan air panas, ketepikan
  • Daging cincang ikut suka byk mana nak
  • *1/2 biji bawang merah-hiris
  • *1 bj bwg putih-cincang
  • Sedikit minyak zaitun/sun flower or planta (minyak biasa pun blh)
  • 1/2 sk perasa maggie
  • *2 biji lada merah dihiris
  • Brokoli
  • Sayur kangkung
  • 2 sk serbuk lada hitam
  • Telur dadar
    Resepi yg sama cuma menggunakan ayam

Cara2 membuatnya:
  1. Panaskan kuali dan tumis yg bertanda * hingga bwg kuning. Masukkan lada hitam
  2. Masukkan daging dan tumis hingga daging masak.
  3. Masukkan brokoli dan kankung. Masukkan1 cawan air
  4. Masukkan perencah maggie
  5. Setelah siap tuangkan ke dalam mangkuk yg berisi oat yg telah kembang dan taburkan telur dadar gulung

Tip:
1.Klu xnak letak perencah blh letak garam n sedikittttt gula bersama sedikit perahan lemon.
2. Kalau terlalu pekat blh tambahkan sedikit air panas.

Banana & Oat Pancake


Resepinya:-

  • *1/2 cawan tepung gandum
  • *1 cawan instant oat
  • 2 biji telur
  • *1 sk baking powder
  • *2 sk serbuk kayu manis
  • *1 sk soda bikarbonat
  • *1/2 sk garam
  • *2 sb gula-boleh tambah ikut jenis pisang, kalau boleh biar maniskan sedikit.
  • *Chocolate chips-letak byk sgt sedap!
  • 1 cawan pisang yg telah dihancurkan
  • Susu H&L secukupnya
  • 1 sb mentega/majerin dicairkan
  • Mentega untuk memasak
  • Parutan cheese

Cara-cara membuatnya:

  1. Campurkan semua bahan kering dan kacau rata.
  2. Masukkan telur dan kacau setelah itu tambahkan susu secukupnya dan mentega cair.  Biarkan adunan 10 min sebelum dimasak.
  3. Panaskan kuali dan oleskan sedikit mentega(butter), masukkan 2 senduk kecil dan masak dengan api kecil. Biarkan sehingga masak sebelum di terbalikkan oleskan mentega di bahagian atas pancake dan terbalikkan. Letakkan parutan cheese ke atas pancake tadi dan biarkan sehingga pancake masak sepenuhnya....nyummm...

Banana in Tortilla

Banana in Tortilla
Resepinya:-

  • Beberapa keping tortilla, saya gunakan oat tortilla
  • Peanut butter
  • Pisang montel (saya suka pisang rastali sebab lebih manis)

Cara-cara membuatnya:-

  1. Ambil sekeping tortilla dan sapu rata dengan peanut butter.  Gulung ketat2. Siap!!

* boleh terus dimakan atau dipotong sebelum dihidangkan.

Homemade BBQ Chicken

BBQ Chicken
Bahan-bahannya:-

  • 500 gm isi ayam-boleh potong nipis atau ikut suka
  • 1/2 cawan kicap soya cair (boleh tambah jika suka)
  • 3 sb madu (boleh tambah jika suka)
  • 2 sb sos cili (boleh tambah jika suka)

Cara-cara membuatnya:-

  1. Campurkan kesemua bahan dengan ayam dan perap beberapa jam atau semalaman.
  2. Bakar diatas kuali 'non stick' dengan api yg kecil. Tuangkan keseluruhan ayam (jika muat) bersama2 air perapan sekali.  Bakar sehingga masak (jgn lupa terbalik balikkan ayam semasa membakar).
    Ditambah dengan pewarna merah

Banana with Cinnamon

Banana with Cinnamon
Bahan-bahannya:-

  • 10-15 biji pisang rastali(yg dah masak2 pun xpe lagi sedap) - di potong 3 atau 4
  • *1 cawan tepung 
  • *1 sk baking powder/ serbuk penaik
  • *1 sk bikarbonat soda
  • *1 sb cinnamon/ serbuk kayu manis
  • *1/2 sk garam
  • *1 sb gula
  • 2 sb minyak jagung etc
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 biji telur

Cara2 membuatnya:-
  1. Gaulkan semua yg bertanda (*) dan kacau rata.
  2. Pukulkan susu, gula and minyak.  Kemudian masukkan bahan (*) dan kacau sehingga sebati
  3. Celupkan pisang kedalam adunan sedikit demi sedikit, jgn masukkan semua pisang 
  4. Panaskan kuali dan minyak..setelah panas masukkan pisang tadi dengan menggunakan garpu.
  5. Setelah siap bolehlah di hias dengan taburan gula halus. Siap!!



Homemade Garlic Tortilla with BBQ Chicken

Homemade Garlic Tortilla with BBQ Chicken
Bahan-bahannya:-

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 serbuk penaik/ Baking powder
  • 8-10 bj bawang putih-ditumbuk halus
  • 1/2 sk garam
  • 2 sk perasa maggie/knorr
  • 2 sb minyak jagung etc
  • 3/4 Susu segar suam

Cara2 membuatnya:-
  1. Campurkan tepung, garam,serbuk perasa dan serbuk penaik,  Kacau rata.
  2. Masukkan minyak dan gaul rata.
  3. Masukkan susu panas kacau dengan sudu dan apabila susu menurun bolehlah diuli dengan tangan sehingga mendapat tekstur yg licin. Bahagikan pada beberapa bahagian dan bulatkan.
  4. Panaskan kuali dengan api sederhana besar.
  5. Gelek/geleng(??? Hehe) sehingga nipis nipis......sekali.
  6. Letakkan di atas kuali dan pastikan kuali benar2 panas.
  7. Masak sehingga kedua belah kekuningan. Siap!

*semasa membakar akan terbentuk gelembung2 pada roti, hanya tekan2kan dengan senduk.

*untuk tortila yg sudah siap terus masukkan kedalam bekas bertutup dan tutup untuk elakkan dari kering.

Resepi untuk Homemade BBQ Chicken

Mee Hong Kong

Mee Hong Kong
Bahan-bahannya:-

  • Mee teow, mee kuning, instant maggie
  • 3 biji telur
  • 4 biji bawang putih-dicincang
  • 1 sb serbuk lada sulah
  • Udang-dibuang kulit hanya tinggalkan bahagian ekor(kulit udang direbus dan diambil air rebusannya)
  • Sotong-dipotong ikut suka
  • Isi ayam-dipotong dadu
  • 1 keping 'fish cake'
  • Sayur sawi
  • Lobak merah-dipotong ikut suka
  • 2 sb tepung jagung-dicampurkan sedikit air
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sb kicap manis
  • Serbuk perasa secukupnya

Cara-cara memasak:-
  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.  Pukul sebiji telur ke dalam mangkuk dan mee untuk seorang makan dan dicampurkan bersama telur.  Masak mee seperti memasak telur dadar. Sehingga kekuningan, angkat dan ketepikan. Ulang langkah yang sama untuk setiap seorang.
  2. Panaskan kuali bersama minyak dan tumiskan bawang putih dan serbuk lada sulah.
  3. Masukkan ayam dan sotong.
  4. Masukkan air rebusan udang, setelah mendidih, masukkan 'fish cake', udang, lobak merah, sos tiram, kicap dan serbuk perasa.
  5. Setelah itu masukkan tepung jagung yang telah dicairkan. (Kuah akan menjadi pekat) masukkan sayur sawi.
  6. Pukul 1 biji telur di dalam mangkuk.  Tutup api kuah dan siramkan telur ke dalam kuali kuah tadi(semasa menyiram telur sambil mengacau kuah sehingga telur habis)
  7. Tuang kuah yang telah siap ke atas mee yg telah di 'dadar' tadi.

Roti Jala


Bahan-bahannya:-
  • 1kg tepung gandum
  • 4 tin susu Air
  • 1 1/2 sk garam
  • 4 sb susu pekat
  • 1 biji telur
  • 1 sb mentega-dicairkan(optional)
  • Pewarna kuning.

Cara-cara membuatnya:
  1. Campurkan kesemua bahan, untuk lebih senang boleh di kisar kesemua bahan dalam pengisar.
  2. Panaskan kuali 'non stick' dan jala...setelah warna kuningnya menjadi terang bolehlah diangkat dan dilipat kemas-kemas.

Pulut Kuning

Pulut kuning
Bahan-bahannya:-
  • 1 kg beras pulut
  • Serbuk kunyit/ pewarna kuning secukupnya
  • 3 keping asam keping
  • 2 cawan santan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 helai daun pandan - diikat
Cara-cara membuatnya:-
  1. Cuci beras pulut dan tos, campurkan serbuk kunyit dan asam keping dan rendam beras pulut (pastikan air menenggelami beras tersebut).  Rendam selama minimum 8 jam.
    Kukus pulut
  2. Panaskan kukus.  Tapiskan beras pulut tersebut dan keluarkan asam keping. Alaskan kukus dengan daun pisang dan kukus beras(pastikan air sudah mendidih baru dikukus) tadi untuk lebih kurang 20 minit. Lubang kan kukus dibahagian tengah untuk membenarkan wap masuk.
    pulut dikacau bersama santan
  3. Didalam mangkuk, masukkan santan, garam serta gula dan dikacau sehingga larut.  Setelah pulut masak, keluarkan pulut dan masukkan kedalam mangkuk tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau rata bersama santan.  Setelah itu, masukkan semula pulut kedalam pengukus bersama daun pandan dan kukus sehingga masak, lebih kurang 20 minit.

Terung Berlada

Terung Berlada
Bahan-bahannya:-

  • Beberapa biji terung-belah dua dan digoreng dgn sedikit minyak
  • Lada merah
  • Air asam jawa
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Tomato
  • Serai-diketuk
  • Daun kunyit-dirajik
  • Garam m gula secukupnya

Cara2 memasak:

  1. Lada merah, bawang merah, bawang putih dan tomato dikisar dengan pengisar kering.
  2. Tumiskan bahan yg dikisar bersama serai dan daun kunyit sehingga garing.
  3. Setelah garing masukkan air asam dan tumis lagi sehingga sedikit kering dan sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
  4. Akhir sekali tuangkan sambal ke atas terung yg telah digoreng tadi.

Black Pepper Chicken

Homemade BBQ Chicken
Bahan-bahannya:-
  • Ayam/Isi ayam dipotong keping
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Lada hitam-dikisar menjadi serbuk
  • Kicap soya pekat/cair
  • Mayonis
  • Sedikit minyak
  • (Maaf ya...tiada sukatan sebab semuanya saya agak-agak je...sorry....)


Cara membuatnya:-
  1. Campurkan ke semua bahan bersama ayam dan perap min 30 minit (biarkan semalaman lagi sedap)
  2. Panaskan kuali "non stick' dan tuangkan kesemua ayam bersama sosnya sekali dan bakar dengan api sederhana kecil. Balik2kan ayam dari masa ke semasa sehingga masak.

Homemade Ice Cream

Homemade Ice Cream
Bahan-bahannya:-

  • 1 tin susu cair
  • 10 sudu besar susu pekat (ikut kemanisan masing-masing)
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar ovellete    

Cara-cara memasak:-

  1. Dengan menggunakan whisk, masukkan susu pekat, susu cair, esen vanila dan ovellete.  
  2. Pukul sehingga kembang dan pekat, lebih kurang 20 minit.   Pastikan adunan pekat.
  3. Akhir sekali, bahagiakan adunan kepada dua bahagian, satu dibiarkan warna asal (vanila) dan lagi satu dengan warna kesukaan masukkan adunan ke dalam bekas plastik dan sejukkan ke dalam freezer.

Kuih Keria

Kuih Keria
Bahan-bahannya:-
  • 250gm keledek (kuning, oren atau ungu) - direbus dan dilenyek
  • 80gm tepung gandum
  • 1/2 s/k garam
  • 80gm gula 
  • 3 s/b air
  • Minyak untuk mengoreng

Cara-cara membuatnya:-
  1. Ambil keledek, garam dan tepung digaul rata, uli sehingga rata.
  2. Bentukkan bulat-bulat. 
  3. Simpan peti sejuk (jika tidak mahu letak dipeti sejuk pun boleh juga, tambahkan sedikit tepung semasa menguli, saya letak dipeti sejuk kerana adunan sedikit lembut-tak suka byk tepung).  Ambil adunan keria tadi dan bentuk seperti membuat donut. 
  4. Bila hendak digoreng panaskan kuali dengan api yang sederhana besar dan goreng sehingga keria tenggelam.  Goreng sehingga kekuningan kedua belah kuih tadi, angkat dan toskan.
  5. Untuk membuat gulanya, masukkan gula dan air, kacau dan panaskan kuali/periuk dan masak sehingga gula larut dan berbuih.  Masukkan kesemua keria tadi dan kacau sebentar sehingga kelihatan gula bertali-tali dan tutup api, teruskan mengacau sehingga gula menjadi keras dan kering menyelaputi kuih keria tadi.  Boleh diangkat dan sedia untuk dihidangkan....:)

Sambal Ikan Bilis Kacang Pedas

Sambal Ikan Bilis Kacang Pedas
Bahan-bahannya:-

  • 1 mangkuk ikan bilis yang telah di kopek, dicuci dan digoreng garing
  • 1/2 mangkuk kacang tanah - digoreng
  • 2 biji bawang merah - ditumbuk kasar
  • 3 biji bawang putih - ditumbuk kasar
  • 3 senduk nasi pes Lada kering - ikut kepedasan masing-masing
  • 3 keping asam keping
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:-
  1. Tumis bahan yang di kisar kasar bersama asam keping sehingga garing, setelah garing masukkan lada kering, tumis sehingga kering dan garing.
  2. Setelah kering, masukkan ikan bilis, kacang, garam dan gula.  Kacau sehingga rata dan siap untuk dihidangkan.

Tuesday, March 18, 2014

Puding Jagung Lapis Biskut Keju

Puding Jagung Lapis Biskut Keju
Bahan-bahannya:

  • 1 tin(425gm)/ 1 1/2 cawan krim jagung*
  • 1 tin susu cair*
  • 1 cawan air*
  • 1 cawan gula* (blh kurangkan)
  • 2 sb tepung jagung*
  • 2 sb tepung kastard*
  • 2 sb butter*
  • Biskut keju
  • Buah koktail

Cara-cara membuatnya:
  1. Campurkan semua bahan yang bertanda (*) kedalam periuk dan masak dengan api kecil, sentiasa dikacau sehingga adunan pekat.
  2. Masukkan kedalam bekas/gelas pilihan dan lapiskan dengan biskut.  Ulang langkah tadi, akhirkan dengan puding jagung dibahagian atas dan akhir sekali letakkan buah koktail. Sejukkan dan sedia untuk dimakan.

Tempe Goreng

Tempe Goreng
Bahan-bahannya:
  • Tempe - dipotong ikut suka
  • Tepung beras
  • Garam secukupnya
  • Perasa Knor
  • Serbuk kunyit
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak:
  1. Campurkan kesemua bahan dan masukkan tempe yang telah dipotong dan biarkan seketika sebelum digoreng.
  2. Panaskan kuali dan goreng sehingga warna menjadi keemasan.  Angkat dan hidangkan bersama sambal kicap pedas......
Sambal Kicap
Bahan-bahannya:-
  • 15 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing) - dikisar
  • 3 biji bawang putih - dikisar
  • 1 sudu besar gula merah
  • Kicap Manis secukupnya
  • Jus limau/ perahan limau kasturi
Cara-caranya:
  1. Masukkan bahan yang telah dikisar kedalam periuk dan masak.
  2. Campurkan gula merah, kicap dan jus limau.  Masaklah sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Biji Sagu Santan Bersos Koktail

Biji Sagu Santan bersos koktail
Bahan-bahannya:
Bahan A

  • 200gm biji sagu - dicuci sedikit dan direndam selama 15 minit
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam
  • 1 sb gula

Bahan B

  • 1 tin kecil buah koktail-buangkan sedikit airnya
  • 1/2 buku gula melaka

Cara-cara memasak:-

  1. Masukkan buah koktail (dengan separuh dari air tin tersebut) and gula melaka kedalam periuk dan masak sehingga buah layu.
  2. Setelah masak, masukkan kedalam bekas atau gelas dan ketepikan.
  3. Masukkan biji sagu yang telah direndam kedalam periuk bersama santan, air, garam dan gula, masak dengan api kecil sambil dikacau sehingga biji sagu kembang dan masak.
  4. Setelah masak boleh lah dituangkan ke dalam gelas yg telah diisi dengan buah koktail, biarkan sejuk dan boleh dihidangkan.


Tip: jangan letak gula koktail terlalu banyak 1 sb sudah mencukupi untuk sesuaikan dengan kuantiti biji sagu yang diisi ke dalam gelas/ mangkuk.

Chocolate Cake in a Sandwich Toaster

Cake in a sandwich toaster
Bahan-bahannya:

  • 1 cawan tepung naik sendiri*
  • 2 sk serbuk penaik*
  • 1/2 sk soda bikabonat*
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan mentega/ minyak
  • 1 sk esen vanila
  • 2 biji telur
  • Choc cair/ choc sos/ choc chips etc
  • Gula halus+cinnamon powder(serbuk kayu manis)

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan sandwich toaster sehingga lampu merah padam.
  2. Ayakkan bahan yg bertanda (*), ketepikan.
  3. Pukul mentega/minyak dengan susu pekat, setelah itu masukkan telur dan esen vanila dan pukul sehingga kembang.
  4. Masukkan tepung sikit demi sedikit sambil memukul sehingga sebati.
  5. Sapukan sedikit minyak/mentega pada toaster dan letakkan adunan kek ke dalam toaster(letakkan sedikit dahulu) kemudian letakkan sos choc./choc chips etc.  Setelah itu tutupkan dengan adunan selebihnya memenuhi bahagian sandwich dan tutup toaster, masakkan selama 5 minit atau sehingga kek masak.
  6. Setelah masak, hidangkan dan taburkan dengan gabungan gula halus dan cinnamon powder. Siap!