Tuesday, October 30, 2012

Onion Ring

Resepi Onion Ring
Bahan-bahannya:-
  • 1 biji bawang holland/ kuning 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu cair/ secukupnya
  • Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:-
  1. Hiris bawang secara bulat, lebih kurang 1cm.
  2. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan garam.  Gaulkan bawang tadi bersama tepung dan ketepikan.
  3. Didalam bekas tepung tadi masukkan telur dan susu.  Gaulkan sehingga adunan sebati (jangan terlalu cair).
  4. Setelah itu celupkan bawang yang telahdisalut dan ratakantaburkan dengan breadcrum.  Goreng dengan api yang sederhana.

Nasi Goreng Ikan Kering Thai

Resepi Nasi Goreng Ikan kering Thai
Bahan-bahannya:-
  • 2 cawan beras-dimasak dan disejukkan
  • 1 ekor ikan kering kurau/sepat- digoreng dan dipotong-potong kecil (dibuang tulang tengahnya)
  • 2 biji lada merah - dihiris halus
  • 1 biji bawang merah besar - dimayang
  • 2 biji bawang putih - dicincang
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos ikan
  • Sayur kangkung secukupnya
Cara-cara memasak:-
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan lada merah sehingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan sos tiram, sos ikan dan serbuk lada putih dan kacau seketika.
  3. Masukkan nasi dan sayur kangkung kacau sehingga rata, akhir sekali masukkan ikan kering dan gaul sehingga sebati dan boleh lah diangkat dan dihidangkan.
  4. Hidangkan bersama telur dadar.
Bahan untuk membuat telur:-
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar mayonis
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara-cara membuatnya:-
  1. Panaskan kuali dengan api yang kecil dengan sedikit minyak.  Pukul telur bersama mayonis, setelah kembang masakkan telur kedalam kuali (dua kali masak) adunan hendaklah nipis.  Ratakan telur didalam kuali untuk menipiskan telur tersebut.  Tidak perlu diterbalikkan.
  2. Setelah masak gulungkan telur tadi dan dipotong bulat nipis-nipis dan boleh lah ditaburkan ke atas nasi.  Taburkan juga serbuk lada hitam.

Hash Brown


Resepi Hashbrown
Bahan-bahannya:-
  • * 3 biji kentang - dikopek kulit dan diparut (gunakan pemarut cheese)
  • *1/2 biji bawang holland - diparut
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam (gunakan lada hitam biji dan dikisar, rasanya akan lebih enak)
  • Garam secukup rasa
  • Butter untuk menggoreng
Cara-cara memasak:-
  1. Ambil bahan * dan direndam kedalam air sejuk dan disimpan kedalam peti sejuk selama lebih kurang 20 minit.  Setelah itu keluarkan dan ditoskan air rendaman, lebih baik diperah dengan menggunakan kedua belah tangan (genggam untuk mengeluarkan air lebihan yg terkandung didalam kentang tadi.
  2. Boleh bentukkan mengikut kesukaan masing-masing.  Mai masukkan kedalam loyang dan tekankan hingga padat dan ditekap dengan menggunakan  acuan bulat (acuan telur benjo).  angkat dan masakkan ke atas kuali/ flat pan (non-stick lebih baik) dengan sedikit butter dan api yang kecil. 
  3. Biarkan masak kedua belah sehingga keperang-perangan dan diterbalikkan.  Bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama sos kegeramaran.

Monday, October 29, 2012

Pais Ikan Kembung

Resepi untuk Pais Ikan Kembung
Bahan-bahannya:-
  • 10 ekor ikan kembung (tidak berapa besar) - dibersihkan dan dikelar kedua belah ikan
  • Daun pisang - dibersihkan, dilayukan dan dipotong empat persegi
  • Daun Kunyit - dihiris halus
  • Daun limau purut - dihiris halus
  • 5 sudu besar lada kering kisar (boleh tambah lagi jika mahu pedas)
  • Garam dan gula secukupnya 
  • Stapler/ lidi penyemat
Bahan untuk dikisar:-
  • 2 biji bawang merah besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1inci serbuk
  • 1-2 batang serai
  • Air asam jawa secukupnya
Cara-cara memasak:-
  1. Ambil daun pisang yang telah dibersihkan tadi dan letakkan 1-2 sudu besar sambal yang telah dikisar, kemudian letakkan 2 ekor ikan kembung dan tutupkan ikan dengan 1-2 sambal lagi, akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit dan daun limau nipis.
  2. Lipat daun pisang mengikut cara kegemaran masing-masing dan bakar di atas kuali 'non stick', bakar dengan api yang kecil dan ditutup kuali tersebut (kalau tidak ditutup pun tak mengapa).

Caramel Apple

Resepi caramel apple
Bahan-bahannya:-
  • 4 biji epal hijau - dicuci dan dikeringkan dan simpan didalam peti sejuk sebentar
  • 4 batang chopstik/ batang ice cream
  • 2 1/2 cawan gula 
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
  • Pewarna merah secukupnya
  • Dulang - untuk meletakkan epal
  • Kertas minyak - disapukan dengan minyak atau butter di atas kertas tersebut 
Cara-cara membuatnya:-
  • Masukkan gula, air, bunga cengkis, pewarna merah dan serbuk kayu manis kedalam periuk, kacau rata dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih.  Untuk menguji tahap gula tersebut sudah sedia digunakan, letakkan sudu dan masukkan kedalam air sejuk.  Gula tersebut akan terus mengeras seperti didalam gambar.  Tutup api.
  • Cucukkan epal dengan chopstik atau batang ice cream dan pusingkan apple tersebut kedalam karamel tersebut sehingga melaputi keseluruhan epel tersebut (hati-hati kerana suhu karamel ini terlalu panas).  Letakkan ke atas dulang yang telah dialas dengan kertas minyak (sila hati-hati....jangan sampai karamel melelh jatuh pada kaki pulak....).  Biarkan seketika setelah sejuk boleh lah dimakan terus...rasanya sungguh enak dan rapuh...

Sunday, October 28, 2012

Cucur Nasi Udang

Resepi Cucur Nasi Udang
Bahan-bahannya:-
  • 1 cawan Nasi 
  • Beberapa ekor udang bersaiz sederhana - dibuang kulit dan kepala, hanya tinggalkan ekor udang
  • 1 cawan Tepung gandum - masukkan sedikit-sedikit mengikut kepekatan
  • 2 biji Lada merah - dihiris halus
  • Daun sop & daun bawang - dihiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa atau 1/2 kiub ayam
  • Minyak
Cara-cara memasak:-
  1. Rebuskan kulit dan kepala udang sehingga mendidih.  Tapis dan ambil airnya.  Gunakan air rebusan udang dan kisarkan bersama nasi.
  2. Di dalam mangkuk, campurkan nasi yang sudah dikisar, tepung, kiub ayam, lada merah, daun sop dan daun bawang.  Gaul sehingga sebati, pastikan adunan pekat.  Basahkan tapak tangan dengan sedikit minyak untuk elakkan dari melekat.  Ambil udang dan balutkan udang dengan adunan tersebut, kepal-kepalkan dan terus digoreng sehingga kuning.  Diangkat dan bolehlah dihidangkan bersama sos kegemaran.

Sandwich Daging Bakar wt salads

Resepi Sandwich Daging Bakar
Bahan-bahannya:-
  • Roti hotdog
  • Daun salad  
Bahan untuk memerap daging(perap selama 1 jam) dan dibakar:-
  • Daging
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukupnya  
Bahan-bahan sandwich:-
  • 2 s/b sos cili
  • 1 biji tomato - dipotong dadu 
  • 1 biji timun - dipotong dadu (buangkan bahagian tengah-tengah timun)
  • 1-2 s/b mayonis
  • 2 s/k serbuk lada hitam
Cara-cara membuatnya:-
  1. Potong nipis daging yang telah dibakar.  ketepikan.
  2. Gaulkan semua bahan sandwich.  Ketepikan.
  3. Ambil roti, letakan daun salad dan letakkan bahan sandwich tadi.  Siap untuk dimakan...    

Sop tulang dan french toast

Resepi Sop tulang dan french toast
Bahan-bahannya:-
  • 1 kg tulang - dibersihkan dan direbus sehingga daging empuk lebih kurang 2 jam.
  • Brokoli, bunga kobis (optional)
  • 1 biji karot - dipotog bulat/ bunga
  • 1 biji tomato - dibelah 6
  • 1 biji kentang - dibelah 8
  • 2 kiub ayam
  • 1 kiub tom yam
  • 1 sop bonjot
  • 2 s/b tepung jagung + sedikit air
  •  Daun sop dan daun bawang
Bahan untuk ditumis
  • 1 biji bawang merah besar - dihiris
  • 2 biji bawang putih - dicincang  
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara memasak:-
  1. Masukkan sop bonjot, kiub ayam, kium tomyam, karot, dan kentang.
  2. Tumiskan bahan tumis sehingga naik bau dan garing.  Masukkan kedalam periuk tulang tadi.
  3. Bancuhkan tepung jagung dan air dan masukkan kedalam periuk bersama tomato.  Sesuaikan rasa, kuah akan menjadi pekat sedikit.  Tutup api dan boleh lah dihidangkan bersama roti perancis yang telah dibakar bersama butter/ marjerin.....sungguh enak!

Kiwi ice Cream

Bahan-bahannya:-
  • 1/2 tin susu cair
  • 5 sudu besar susu pekat (ikut kemanisan masing-masing)
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar ovellete
  • 3 biji buah kiwi
  • 1 s/b gula
Cara-cara memasak:-
  1. Potong dadu 2 biji buah kiwi dan masak bersama gula sehingga buah lembik.  Tutup api dan lenyekkan buah tersebut.
  2. Dengan menggunakan letrik whisk, masukkan susu pekat, susu cair, esen vanila, ovellete dan buah kiwi yang telah dilenyek tadi.  Pukul sehingga kembang dan pekat, lebih kurang 20 minit.  
  3. Potong dadu lagi sebiji buahk kiwi yang tinggal dan masukkan ke dalam adunan dan pukul lagi selama 10 minit.  Pastikan adunan pekat.
  4. Akhir sekali masukkan ke dalam bekas dan sejukkan ke dalam freezer.

Daging Bakar Black Pepper

Bahan perapan:-
  • 1/2 kg daging lembu ( ambil bahagian isi tak berlemak)
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos lada hitam LIFE
  • 2 sudu minyak masak
Bahan-bahan untuk sos
  • Lebihan bahan-bahan perapan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar sos lada hitam LIFE
  • sedikit air
Cara menyediakan:
  1. Potong daging dalam anggaran 2 inci tebal, bersih dan tos kan airnya.
  2. Gaulkan daging tadi bersama semua bahan-bahan perapan dan perap selama 1 jam.
  3. Panaskan kuali non stick, dengan api perlahan bakar daging tadi sehingga daging empuk dan masak.
  4. Dalam kuali lain, masukkan lebihan bahan-bahan perap tadi bersama butter,sos lada hitam dan sedikit air.
  5. Kacau sos sehingga sos kelihantan berkilat dan pekat
  6. Daging yang telah disejukkan tadi bolehla dipotong nipis..dan sedia untuk dihidangkan.

Monday, October 22, 2012

Crispy Potato Sandwich

Resepi untuk Crispy Potato Sandwich
Bahan-bahannya:-
  • Roti - dibelah dua serong
  • 2 biji Kentang - dikopek kulit dan direbus sehingga empuk
  • 1 s/k serbuk Lada Hitam - gunakan lada hitam biji dan dikisar menjadi serbuk
  • 1 s/k serbuk Jintan Manis - gunakan jintan manis biji dan dikisar menjadi serbuk
  • 1 biji Lada Merah - dihiris halus atau pun dicincang
  • 1/2 biji Limau nipis atau secukup rasa - ambil jusnya sahaja
  • Daun Ketumbar - dipotong-potong (tidak terlalu halus)
  • Perasa 'cukup rasa' maggie secukupnya - mai tidak menggunakan garam
  • Butter secukupnya untuk memasak
  • Bijan secukupnya
  • Sos tomato secukupnya 
Cara-cara memasak:-
  1. Lenyekkan kentang dan masukkan lada hitam, jintan manis, serbuk perasa, lada merah,daun ketumbar dan jus limau nipis(perahkan sedikit dahulu dan rasa, jangan terlalu masam).  Gaul rata dan sesuaikan rasa.
  2. Sapukan sebelah kepingan roti dengan sos tomato (seperti digambar) dan sapukan dengan adunan kentang tadi, seterusnya aburkan bijan secukupnya.
  3. Panaskan kuali dengan api kecil dan letakkan sedikit butter bersama roti tersebut, biarkan seketika sehinggak dibahagian bawah roti tersebut garing.  Letakkan sedikit butter di atas setiap roti (seperti digambar) dan terbalikkan roti tersebut.  Biarkan seketika sehingga di bahagian kentang tersebut garing sebelum diangkat dan dihidangkan......
 

Sunday, October 21, 2012

Corn Dogs

Resepi untuk Corn Dogs
Bahan-bahannya:-
  • Sosej - dipotong dua
  • 1/2 tin Krim Jagung manis
  • 1/3 cawan Susu segar/secukupnya
  • 1/2 cawan Tepung gandum
  • 1/2 cawan Tepung jagung/ secukupnya
  • 1/2 s/k Serbuk lada hitam
  • 1 biji Telur
  • 1/2 s/k Baking Powder
  • 1/2 s/k Soda Bikarbonat
  • Secubit garam
  • Minyak untuk menggoreng
  • Lidi sate atau yang sewaktu dengannya :)
Cara-cara membuatnya:-
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali sosej dan minyak kacau hingga sebati dan sesuai kan rasa.  Kemudian masukkan kesemua bahan tersebut ke dalam tpt pengisar dan kisar sehingga hancur.
  2. Ambil sosej dan dilap (pastikan kering) dan golekkan ke atas tepung jagung dan ratakan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali yang melengkung seperti mangkuk dengan minyak yang banyak (seperti digambar)
  4. Keluarkan adunan dan pastikan adunan pekat seperti digambar supaya ianya melekat pada sosej.  Cucukkan sosej dengan lidi dan celupkan sosej yang telah di ratakan dengan tepung tadi hingga tenggelam sehingga membaluti keseluruhan sosej tersebut dan tebal (jika adunan agak cair, tambahkan lagi tepung jagung).
  5. Celupkan sosej kedalam minyak sambil memusingkan lidi, ini adalah bertujuan untuk mendapatkan bentuk corn dog yang licin, gebu dan menarik (hati-hati jangan sampai minyak terpercik).  Biarkan sehingga kekuningan dan masak.  Angkat dan toskan minyak.  Sedia untuk dihidangkan bersama atau pun tidak dengan sos kegemaran.

Saturday, October 20, 2012

Chocolate Ganache Kukus

Chocolate Ganache

Bahan-bahan

Beza kek ni, tengah-tengahnya diletakkan conflakes
  • 2 cawan tepung blue key(self raising)
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan serbuk koko vochelle
  • 4 biji telur ayam
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas

Cara-caranya

  1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk besar.... 
  2. Kacau dengan sudip ..kacau tangan saje...jangan guna mixer...nanti telebih naik....tak jadi  
  3. Bila semua bahan-bahan dah sebati dalam 5 minit je kacaunye....
  4. Then boleh ditapis adunan yang dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantik.
  5. Didihkan periuk pengukus dan kukus selama 40-50 minit.
  6. Dah siap...kalau nak letak topping lagi best.... 
Ganache
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu besar butter 
  • 1/2 cawan susu pekat manis (ikut kemanisan masing-masing)
  • 1/2 cawan whipping cream/ susu cair 
Cara membuatnya:
  1. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak secara double boiling, kacau dengan menggunakan whisk sehingga adunan menjadi licin dan cantik.
  2. Setelah itu tuangkan adunan ke atas cake yang telah siap tadi.  

Friday, October 19, 2012

Baked Banana with Cinamon

Baked Banana with Cinamon
Resepi Baked Banana with Cinamon
Bahan-bahannya:-
  • Pisang - dikopek kulit
  • Sedikit butter untuk membakar
  • Chocolate Rice
  • Susu Pekat Manis
  • Block Cheese
  • Serbuk Cinamon/ kayu manis (ambil sekeping dan kisar sehingga benar-benar halus)
Cara-cara memasak:-
  1. Panaskan kuali, setelah kuali panas, kecilkan api dan masukkan sedikit butter dah beberapa biji pisang (seperti digambar).  Bakarkan sehingga kedua-dua belah masak (gunakan 'thong' untuk menyenangkan pisang di terbalikkan.
  2. Setelah siap, letakkan ke atas pinggan dan tuang kan susu pekat manis di atasnya, parut kan block cheese, taburkan chocolate rice and akhir sekali taburkan serbuk cinamon......OMG! siap, dah boleh lah dimakan panas-panas!

Otak-Otak Ikan Kukus

Otak-Otak Ikan Kukus
Resepi untuk Otak-otak Ikan Kukus
Bahan-bahannya:-
  • 3 s/b Pes Lada kering
  • 1 helai Daun kunyit - dihiris halus
  • Beberapa helai Daun limau purut - dihiris halus
  • 1-2 biji Limau nipis - ambil jusnya
  • 1/2 cawan Santan
  • 1 s/b Tepung Jagung 
  • 1 s/k Serbuk kunyit
  • 4 biji Telur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun pisang
  • Stapler atau lidi penyemat
Bahan untuk dikisar:-
  • 1 mangkuk Isi Ikan (tenggiri atau siakap tapi mai lebih suka kembung kerana lagi manis) untuk menyenangkan mengeluarkan isi ikan, tarik kepala dan ekor ikan (tak perlu kuat-kuat) sesudah itu boleh gunakan pisau dan hiris dari bawah kepala ikan hingga ke ekornya.
  • 1 biji Lada merah
  • 1 biji Bawang merah besar
  • 2 biji Bawang putih
  • 1 inci Lengkuas
  • 2 batang Serai
  • 3 biji Buah keras
  • 1/2 inci belacan - dibakar dahulu
Cara-cara memasak:-
  • Masukkan bahan yang telah dikisar dan masukkan pes lada kering, telur, santan, serbuk kunyit, tepung jagung, jus limau nipis, daun limau purut dan daun kunyit.  Gaul sehingga rata.  Akhir sekali masukkan garam dan gula (manis kan sikit lagi sedap).
  • Rebuskan daun pisang ke dalam air mendidih sebentar, angkat dan lap.  Potong mengikut kegemaran masing masing.
  • Letakkan adunan ikan tadi ke atas daun pisang dan lipat.  Panaskan kukus, kukuskan ikan tadi sehingga masak lebih kurang 20 minit.
  • Selepas dikukus, boleh terus dimakan begitu sahaja atau pun lagi sedap jika di panggang atau otak-otak itu dibakar di atas kuali dengan sedikit minyak........

Thursday, October 18, 2012

Layered Chocolate Cheese Cake

Layered Chocolate Cheese Cake
Resepi Layered Chocolate Cheese Cake
Bahan-bahan untuk chocolate layer:-
  • 1/2 cawan Tepung gandum
  • 2 biji Telur
  • 1/2 cawan Susu Pekat Manis
  • 1/2 cawan Air panas
  • 1/2 cawan Minyak masak (kalau nak caikan butter pun boleh juga)
  • 2 s/b Koko
  • 2 s/b Milo
  • 1 s/k Baking Powder
  • 1/2 s/k Soda Bikarbonat
  • 1 s/k Esen Vanila
Cara-cara membuatnya:-
  1. Campurkan kesemua bahan dan kacau (tak perlu terlalu lama) kemudian ditapis. Ketepikan.
Bahan-bahan untuk layered cheese:-
  • 250gm Cream Cheese (mai guna philadelphia)
  • 1 s/b Tepung Gandum
  • 1 biji Telur
  • 1/2 cawan Gula pasir
  • 3 sudu Air
  • 1 s/b jus limau/ pati oren sunquick
Cara-cara membuatnya:-
  1. Pukulkan cream cheese dan gula sehingga lembut dan kembang.  Kemudian masukkan telur, air, sunquick, pukul lagi sehingga sebati dan akhir sekali masukkan tepung.  Ketepikan.
Cara-cara memasaknya:-
  1. Panaskan kukus.  Sapukan loyang dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak/ kertas kuih.  Ambil 1 sudu besar adunan chocolate dan asingkan untuk membuat corak, ketepikan.  Masukkan separuh dari adunan chocolate kedalam loyang dan tutup dengan aluminium foil untuk mengelakkan air masuk ke dalam.  Pastikan air dikukusan mendidih baru masukkan adunan tersebut.  Masak untuk 15 minit.
  2. Setelah masak, keluarkan, dan masukkan adunan cheese separuh sahaja, tutup dengan aluminium foil dan kukus lagi untuk 15 minit.
  3. Ulang langkah no 1 dan no 2.  Pada langkah terakhir (pada adunan cheese) gunakan sudu dan tuang untuk membuat garisan  di atas adunan cheese dan lorekkan dengan lidi atau garpu mengikut kreativiti masing-masing.

Nasi Goreng Otak-otak Kari

Nasi Goreng Otak-Otak Kari
Resepi untuk Nasi Gorang Otak-otak
Bahan-bahannya:-
  • 2 cawan beras-dimasak dan disejukkan(lebih baik disimpankan semalaman)
  • 3 sudu besar pes lada kering - boleh kurangkan jika tidak suka pedas
  • 2 tangkai daun kari
  • 1-2 sudu besar serbuk kari ikan
  • 1 mangkuk kecil sayur campur
  • Beberapa keping otak-otak (yang telah dibakar) - dihancurkan sedikit
Bahan untuk dikisar
  • 1 biji bawang merah besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1/2 inci belacan 
Cara-cara memasak:-
  1. Tumiskan daun kari (1 tangkai) dan bahan yang dikisar sehingga naik bau, setelah itu masukkan pes lada kering dan tumis sehinnga garing.
  2. Masukkan sayur campur, kacau sehingga sebati.  Setelah sayur agak-agak masak bolehlah dimasukkan nasi dan kacau rata.
  3. Masukkan otak-otak, daun kari dan sesuaikan rasa.  Akhir sekali taburkan serbuk kari.  Kacau sehingga nasi masak sempurna dan bolehlah diangkat dan dihidangkan...

Tuesday, October 16, 2012

Durian Crepe

Durian Crepe
Resepi Durian Crepe
Bahan-bahannya untuk membuat crepe:-
  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 1 s/b Tepung Ubi
  • 2 s/b Gula
  • 1 cawan Air/ secukupnya
  • 1/2 cawan Susu cair
  • 1/2 s/k esen Vanila
  • 2 s/k butter - dicairkan 
  • 1 biji Telur
  • Warna kesukaan dan secukupnya
Cara-cara memasak:-
  1. Ayakkan tepung gandum dan tepung ubi.
  2. Masukkan susu cair, air dan kacau rata.  Kemudian masukkan telur, dikacau lagi.
  3. Setelah itu masukkan butter cair, esen vanila, gula dan pewarna, setelah sebati dan gula larut, tapiskan adunan tadi.  Pastikan adunan seperti hendak membuat lempeng tetapi sedikit nipis. 
  4. Masak crepe hanya disebelah bahagian sahaja (tidak perlu diterbalikkan).
Bahan-bahan untuk inti:-
  • Non-Dairy Whipping Cream/ Fresh Cream
  • Beberapa ulas durian - buang kan biji
Cara membuatnya:-
  1. Putar kan whipping cream/ fresh cream menggunakan whisk sehingga kental.
  2. Letakkan satu sudu cream di atas crepe kemudian letakkan isi durian dan ditutupkan dengan cream.  Akhir sekali, lipatkan crepe tadi seperti membuat popia.

Ice Cream ver. 2

Ice Cream mudah
Resepi untuk membuat ice cream
Bahan-bahannya:-
  • 1/2 tin susu cair
  • 5 sudu besar susu pekat (ikut kemanisan masing-masing)
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar ovellete
  • 5 sudu besar serbuk milo
  • 1 sudu kecil serbuk koko
  • Chocolate rice secukupnya
Cara-cara memasak:-
  1. Bancuhkan 2 sudu besar milo dan koko bersama sedikit air dan kacau sehingga larut.
  2. Dengan menggunakan whisk, masukkan susu pekat, susu cair, esen vanila, ovellete dan bancuhan milo+koko tadi.  Pukul sehingga kembang dan pekat, lebih kurang 20 minit.  Masukkan lebihan serbuk milo dan 1 sudu besar chocolate rice ke dalam adunan dan pukul lagi selama 10 minit.  Pastikan adunan pekat.
  3. Akhir sekali, sebelum masukkan adunan ke dalam bekas plastik, taburkan 1-2 sudu besar chocolate rise dan gaul.   Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan ke dalam freezer.

Monday, October 15, 2012

Karipap Telur Bakar Sardin


Resepi untuk Karipap Telur Bakar Sardin
Bahan-bahannya:-
  • Roti secukupnya - di potong bahagian tepi
  • 1 tin Sardin
  • 2 sudu besar Mayonis
  • 2 biji Limau kasturi - diambil jusnya
  • 2 biji lada Merah - dicincangpnya
  • Butter/ mentega secuku
  • 1 sudu kecil Serbuk Lada sulah
  • Telur - dipukul
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit minyak untuk membakar
Cara-cara memasak:-
  1. Ambil sardin dan keluarkan kuahnya, masukkan ke dalam mangkuk, masukkan mayonis, lada merah, serbuk lada sulah dan jus limau.  Gaul sehingga sebati, ketepikan.
  2. Ambil roti dan disapukan butter, letakkan sardin tadi secukupnya dan gulung.  Kepitkan tepi kiri dan kanan roti dengan jari kemudian ditekankan dengan garpu seperti di gambar.
  3. Panaskan kuali dan titiskan sedikit minyak.  Celupkan roti ke dalam telur tadi dan bakar di atas kuali, terbalikkan dan bakar sehingga rata.

Friday, October 12, 2012

Half Boiled Egg in a Toast

 Resepi untuk Half boiled egg in a toast
Bahan-bahannya:-
  • 2 keping roti (roti A, roti B)
  • 1 biji telur
  • Butter secukupnya
  • Mayonis secukupnya
  • Serbuk lada sulah/ serbuk lada hitam
  • Daun sop/ daun ketumbar/ daun parsley - di potong halus
  • Sos cili secukupnya (jika suka)
  • Cawan/ acuan bulat untuk membuat benjo
Cara-cara memasak:-
  1. Sapukan roti A&B (sebelah sahaja) dengan butter.  Panaskan kuali dan letakkan kedua roti ke dalam kuali (pastikan bahagian yang telah disapu butter berada di atas permukaan kuali).
  2. Sementara itu ambil telur dan masukkan kedalam mangkuk/ cawan yang berisi air panas, ketepikan.
  3. Setelah roti dibakar dan kekuningan angkat, pada roti A sapukan mayonis, pada roti B pula tekapkan (untuk membuat lubang) dengan menggunakan cawan atau acuan pembuat benjo (bulat) pastikan jangan sampai terkoyak.
  4. Ambil roti A dan letakkan roti B di atasnya dan dibakar semula di atas kuali (pastikan menggunakan api yang kecil), ambil telur yang telah direndam (jika panas, alirkan di bawah air paip seketika).  Pecahkan telur dibahagian tengah roti, taburkan serbuk lada sulah/ lada hitam dan daun pilihan.  Biarkan roti dibakar sehingga telur kelihatan separuh masak dan bolehlah diangkat dan letakkan sedikit sos cili jika suka.  Boleh juga ditutup kuali (boleh gunakan apa-apa penutup periuk, jika kuali tiada penutup, ini adalah untuk memerangkap udara panas dan telur akan cepat masak).
  5. Hidangkan semasa panas-panas untuk menikmati kerangupan roti bakar bersama telur separuh masak yang enak!

Wednesday, October 10, 2012

Milky Egg Toast

Milky Egg Toast
Resepi untuk Milky Egg Toast
Bahan-bahannya:-
  • 10 keping Roti - di potong 2 (potong senget)
  • 5 biji Telur 
  • 2 sudu kecil Garam (rata)
  • 3-4 sudu besar Susu pekat manis (cuba 3 dulu dan rasa)
  • Sedikit pewarna kuning/ serbuk kunyit+air
  • Minyak untuk membakar
Cara-cara memasak:-
  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan dicampurkan kesemua bahan.  Pukul sebati.
  2. Panaskan kuali oleskan sedikit minyak.  Bila sudah panas (dengan api kecil) celupkan roti ke dalam telur dan bakar di atas kuali tersebut.  Terbalikkan untuk meratakan masakan.  Jika menggunakan 'non stick pan' tidak perlu meletakkan minyak, boleh terus dibakar.

Tuesday, October 9, 2012

Sausage Roll wt Melted Cheese

Sausage roll wt melted cheese
Resepi untuk Sausage roll with melted cheese
Bahan-bahannya:-
  • Beberapa keping roti - di gelek hingga menjadi nipis(tidak perlu dibuang tepi roti)
  • Sausage - digoreng seketika dan ditoskan
  • Sayur Salad - dipotong dua supaya tidak terlalu besar
  • Buah tomato - dihiris nipis
  • Cheese - untuk sekeping cheese, dipotong dua
  • Serbuk roti
  • 1 biji telur- dipukul
  • Sedikit serbuk kari
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:-
  1. Ambil sekeping roti, letakkan di atasnya sayur salad, cheese yang telah dipotong dua, dua keping tomato dan sebatang sausage.  Taburkan sedikit rempah kari dan serbuk lada hitam diatas roti tersebut dan gulung.  Pastikan sayur tidak terlalu besar supaya apabila digulung ia tidak terlebih dari roti dan memudahkan roti untuk melekat.
  2. Celupkan gulungan roti tadi ke dalam telur dan digolekkan ke dalam bekas serbuk roti, ulang semula step tadi, buat dua kali dan bolehlah digoreng.
  3. Setelah digoreng, biarkan sedikit sejuk bolehlah dia potong-potong dan sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, October 3, 2012

Low Fat Oreo Ice Cream

Oreo Ice Cream
Resepi untuk Low Fat Oreo Ice Cream
Bahan-bahannya:-
  • 2 1/2 cawan Coffemate
  • 2 1/2 cawan Susu HL (perasa vanila)
  • 1 bungkus kecil Biskut Oreo
Cara membuatnya:-
  1. Ambil 4 keping biskut oreo dan dihancurkan.  Untuk krimnya,  dikeluarkan dan diketepikan.
  2. Campurkan coffemate, susu, krim biskut tadi dan biskut yg telah dihancurkan kedalam mangkuk.
  3. Gunakan whisk dan putarkan pada kadar yang tinggi (high speed) selama lebih kurang 5 minit.  Jika tiada whisk bolehlah diblend selama 5 minit (hasilnya sama tetapi texture nya a bit different).
  4. Masukkan adunan tadi kedalam bekas dan disimpan di dalam freezer lebih kurang 30 min atau bila ice cream hampur mengeras.  Setelah itu keluarkan semula dan pukul dgn whisk pada kadar tinggi atau diblend sehingga adunan pekat.   Setelah pekat boleh lah dimasukkan kedalam bekas utk disimpan ke dalam freezer, sebelum itu boleh lah ditaburkan dengan serbuk biskut oreo untuk menambah perisa.

Cucur Udang

Cucur Udang
Resepi untuk Cucur Udang
Bahan-bahannya:-
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • Taugeh
  • Daun kucai - dipotong 2 inci
  • 400 gm udang - dikopek, asingkan kulit dan kepala udang dan direbus, sejukkan air rebusan.  Untuk isi udang dipotong dua
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 biji lada merah - dicincang
  • 1 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara memasak:-
  1. Campurkan tepung, garam, serbuk kunyit, telur dan air rebusan kulit dan kepala udang.  Dikacau sehingga sebati.  
  2. Setelah itu masukkan sayur taugeh, daun kucai, lada merah dan udang kedalam adunan tepung tadi dan dikacau rata.
  3. Panaskan kuali bersama minyak dan boleh disudukan kedalam kuali dan digoreng hingga kekuningan atau masak.
Resepi untuk Sos
  • 5 biji lada merah
  • 4 biji bawang putih
  • Tomato sos
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:-
  • Ambil lada merah dan bawang putih, dan dikisar sehingga hancur, masukkan bahan kisar kedalam periuk dan dimasak.  Masukkan tomato sos, garam dan gula secukup rasa.  Masakkan sehingga sambal pekat dan boleh lah dihidangkan.